Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


PETANDA KEMUSNAHAN KEPIMPINAN Dr. MAHATHIR UMNO/BN & LEDAKAN KESEDARAN MASSA (1)

Amin Sapiro (cuma faham Reformasi tafsiran BA)

Bah 1

RAMAI diantara mereka yang mengaku diri pemikir politik dan “think-tank” @ strategis politik dalam UMNO (khususnya) menganggap bahawa ledakan kesedaran rakyat massa yang kian cendorong menyingkir diri dari menyokong UMNO (sebaliknya berbondong-bondong menyebelahi Pembangkang Melayu), cuba dirumuskan oleh mereka sebagai masalah kecil dan ‘mudah selesai’ (easy solution) jika ditangani melalui agenda/muslihat teratur.

Beberapa Contoh Sembrono

Contohnya: Seorang cendekiawan membawa usul agenda “Perpaduan Melayu”. Sekaligus Dr. Mahathir melemparkan cadangan kepada PAS & KeADILan, kununnya usul itu bertujuan memperbaiki keterampilan dan kedaultan orang Melayu yang sedang menghadapi kehancuran kerana wujudnya perpecahan yang serius..

Tetapi majoriti orang Melayu yakin bahawa unsur perpecahan orang Melayu (jika benar berlaku) adalah bertitik-tolak dari sikap “mabuk kuasa” dan “dasar kepentingan diri” yang didalangi oleh Mahathir sendiri.

Malah ramai yang mentafsirkan bahawa usul itu adalah agenda sulit Mahathir sendiri. Tetapi untuk tidak terlalu ketara dan diharap akan dapat mengelirukan Pembangkang, maka dicari dan diupahlah dengan janji imbuhan naik pangkat seorang “non-politician” dari luar membawa cadangan tersebut.

Adalah agak anih, tanpa lengah-lengah, Mahathir secara peribadi terus melemparkan usul itu kepada pembangkang, dengan kemungkinan besar tanpa persetujuan pemimpin UMNO/BN. Buktinya, kepala surat kepada Pembangkang itu hanya menggunakan “letter head” Jabatan Perdana Menteri dan bukan UMNO!!

Dari itu sudah nampak Dr. Mahathir tidak serius atau UMNO tidak merestuinya. Dengan itu KeADILan menolak mentah-mentah.

Hematnya, orang Melayu sudah semakin faham bahawa Dr. Mahathir dan UMNO memang sudah ketandusan sokongan Melayu. Jika usul itu berasal dari beliau sekalipun, lebih baik beliau (Mahathir) pergi tidor di Mahligai “kayangan”nya saja.. Mahathir tidak dapat lagi merobah keputusan orang Melayu yang semakin berbondong keluar UMNO dan telah menyebelahi Pembangkang Melayu.

PAS Bijak Menduga “Kilas Ikan Di Air”

PAS begitu bijak menilai agenda Mahathir dan UMNO. Walaupun pemimpin mereka begitu responsive, tetapi ternyata mereka sangat berhati-hati. Mereka semakin pintar dan bijaksana memainkan sifat “kurang sabar” Mahathir untuk melihat hasil cadangannya.

Hingga, tersemburlah kenyataan celupar dari mulut beliau (Mahathir) yang menyindir PAS kununnya akan diterima masuk BN semula jika PAS menginginkannya. Itu adalah assumpsi paling dungu lagi bebal. Iasekaligus memecahkan tembelang busuk yang tersembunyi dalam celana dalam Mahathir sendiri.

Sekaligus, PAS, komponen Pembangkang BA dan seluruh penyokong BA sudah nampak “udang disebalik batu” yang ditersembunyi dalam batu jemala “kepala hotak” Mahathir. PAS wajar main “lengah-lengah” kerana agenda Mahathir-UMNO sudah tersemu. Lagipun, tidak ada siapa semudah itu mempercayai seorang licik seperti Mahathir - termasuk pemimpin UMNO sendiri (khabarnya).

Urutan peristiwa itu merapatkan lagi hubungan PAS dengan komponen Pembangkang BA dan seluruh penyokong BA. Hubungan itu semakin bertambah erat dan saling berpadu setelah dikaji bahawa Mahathir sebenarnya berhasrat untuk menarik semula orang Melayu terhadap UMNO yang ternyata semakin merudum. UMNO mahu membaiki situasi parti sendiri dengan menggunakan Pembangkang Melayu.

Kesannya, segala agenda Mahathir-UMNO semakin terdedah kebelakangan ini kerana keceluparan mulut Mahathir juga. Ini disokong oleh serangan dari ketua Wanita UMNO, Rafidah Aziz yang bermulut tempayan “pekasam rentung” itu terhadap Pembangkang Melayu yang semakin pintar. Rafidah semacam menyuarakan rungutan Mahathir. Pekung Mahathir semakin terdedah!

Salah Tafsir Fakta Memberi Rumusan Palsu

Kedua: Tanggapan Dr. Ramlah Adam yang membuat kesimpulan kununnya agenda “perpaduan Melayu” saranan Dr. Mahathir itu berjaya “memecahbelahkan” antara golongan “tua” dengan yang “muda” dalam kepimpinan PAS. Dengan itu ia dipandangan sebagai satu kejayaan dan kebijaksaan Mahathir & UMNO.

Hematnya, Dr. Mahathir harus melupakan nasihat mereka yang menggelarkan diri cendekiawan seperti Dr. Ramlah; kerana orang seperti ini terang-terang memberi kesimpulan palsu. Tambahan pula rumusan seorang yang tidak pernah meneliti fakta hasil “turun padang” lebih layak digelar rumusan “profesor CANGKUNG” saja.

Orang seperti itu cuma berfikir dan bikin rumusan politik sempang perennang semasa duduk-cangkung di liang tandas bagi melayakkan mereka digelar “profesor CANGKUNG”. Dan, sesekali orang seperti ini akan menjengah untuk meninjau pergolakan politik rakyat melalui jendela kampus. Sekaligus, orang seperti ini akan terus membuat kesimpulan berdasar bacaan dari media “pengampu UMNO”. Itulah hasil rumusannya!!

Kerana wujud orang seperti ini (seperti Mahathir Khir dan yang setaraf isu rong kepala dan sewaktu dengan beliau); dan jika Dr. Mahathir mengakui ia sebagai benar, dan seandainya “think-tank “ dan strategist UMNO/BN menerima segala salah tafsir fakta oleh perumus bertaraf “sembang-sembang warung teh tarik” itu; pasti UMNO sendiri akan salah susun strategi.

Inilah punca yang membawa UMNO/BN terhapus dari muka bumi ini! Pembangkang tidak ada masalah apa-apa, malah makin bertepuk dan berdondang sayang “unplugged” seperti di Jln Kebun dulu.

Rumusan Para “Belodok” Dalam UMNO Sendiri

Yang dimaksudkan “belodok” itu ialah mereka yang sama karekter dengan spesis ikan pesisir muara yang berbentuk sangat hodoh, hidup dalam dua dunia dengan makan kotoran di permukaan lumpur busuk setelah pasang surut dan air laut kering.

Para pelayar internet yang cenderung politik pasti akan menemui seorang politikus “belodok” bernama Ghazali Md Dom yang mendalangi lamanweb “UMNO Reformasi dot com”.

Beliau, bersama Datuk (belodok juga kah ini? Hehehe..) bernama Tengku Mahmud Tengku Mansur telah cuba membesar-besarkan peristiwa LamanWeb Refomasi “bergelap” sedikit masa dulu.

Mereka terus membuat kesimpulan mendadak kununnya penyokong BA mengalami perpecahan. Beliau mengandaikan kununnya sekarang wujud pertikaikan kepimpinan dengan Dr. Chandra menjadi punca.

Sekali lagi, orang-orang seperti ini, selain dari bersikap “belodok” malah mereka adalah “goblok brengsek” yang bakal menjerumuskan partinya, asalkan dapat makan dengan mengutip elaun mengendali lamanWeb terbabit (berapa sebulan?).

Orang seperti ini sama seperti beberapa penulis upahan di media berkala pro UMNO sperti Yahya Ismail dan Zein Isma dan propagandis upahan media harian pro-UMNO.

Berbanding dengan pengendali-penulis Laman-lamanWeb Reformasi yang wujud dan semakin berpengaruh luas dan diyakini rakyat, mereka tidak memerlukan sebarang bayaran.

Mereka menulis dan melaksanakan fungsi perjuangan berkonsepkan reformasi dan islah demi menjana keluhuran hati untuk berjuang “menegakkan Keadilan dan Kebenaran dengan nawaitu menumbangkan Kezaliman dan mendedahkan Keboborakan” yang sedang mengancam hidup rakyat. Rakyat wajar mengetahui informasi itu sebagai memberi mereka bahan berfikir menghadapi tahun keramat 2004.

Dan “Belodok-belodok” yang berotak “goblok brengsek” inilah yang akan terus memberi tanggapan dan tafsiran palsu kepada pucuk pimpinan parti dengan mengharap upah sebahara emas.

Akhirnnya, rumusan mereka yang salah dan berbentuk mengampu itu (dengan sajian cerita dongeng yang sedap-sedap didengar saja), persisnya mereka inilah yang akan menjadi anai-anai meruntuhkan UMNO dari dalam teras batang tubuh parti itu sendiri.

Apa faktor yang meledakan perjuangan rakyat menentang regim Mahathir tidak kunjung padam? Kita akan perhatikan di Bahagian ke-2.

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO berkerat Rotan)


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 31 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com