Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


BANDINGKAN…SIAPA DR. MAHATHIR DAN SIAPA TUNKU ABDUL RAHMAN?

Amin Sapiro (beristighfar pajangggg masih…..!!)

Baca Ini……
[[SERANG INDONESIA: TUNKU TOLAK RANCANGAN BRITISH

KUALA LUMPUR 27 Jan. - Perdana Menteri pertama, Allahyarham Tunku Abdul Rahman telah menolak satu rancangan British yang akan membolehkan Malaysia melancarkan perang ke atas Indonesia dalam masa konfrontasi Indonesia di awal tahun 60-an.

Bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu, Said Zahari mendedahkan di dalam bukunya Meniti Lautan Gelora bahawa rancangan British itu ialah untuk meledakkan sendiri sebuah kapal perangnya di perairan Selat Melaka dan kemudian menuduh Indonesia melakukannya.

Menurut Said, berikutan dengan itu ''Tunku Abdul Rahman lantas akan mengisytiharkan perang ke atas Indonesia.''

Sebaliknya, Tunku telah meminta setiausaha politiknya, Yap Chin Kwee mencatatkan penolakannya terhadap rancangan British itu kerana, kata Tunku, beliau hanya bergaduh dengan Sukarno dan bukan dengan rakyat Indonesia yang sedarah sedaging dengannya.

Ketika itu Malaysia sudahpun memutuskan hubungan diplomatiknya dengan Indonesia……]]

Sekadar Pandangan untuk jati diri pejuang Reformasi dan Islah…..

SEBAGAI orang Melayu, kita merasa terpanggil meneliti sinopsis buku itu. Kita harus bertanya kepada diri sendiri dan mengimbanginya dalam fikiran kita:

Mahathir Mohamad yang sekarang sudah jadi Presiden UMNO(?) dan PM Malaysia 20 tahun. Ada bukti sejarah bahawa Mahathir itulah yang telah mengkhianati Allahyarham Tunku, mengkhianati wadah perjuangan UMNO yang ditubuhkan bersama-sama pejuang anti Malayan Union, mendendami kita sebagai orang Melayu yang berasal (kebanyakannya) sama rumpun bangsa Indonesia, menyebabkan UMNO Lama terkubur kerana Mahathir tamak kuasa….

Akhirnya, Mahathir menubuhkan UMNO baru yang di BARUAkannya. Dan sekarang UMNO Baru(A) itu telah ditukar identiti jadi “uMMno” (United MAMAK-MALBARI Nesynal Organization).

Fikir sekarang, tidakkah anda ingat bahawa Mahathir inilah juga yang telah memberi laluan bebas kepada Presiden George Bush untuk MENYERANG Iraq dalam Perang Desert Storm? Padahal Iraq adalah sebuah negara Islam, dan banyak khazanah Islam musnah dalam serangan terbabit..!! Hingga rakyat Islam Iraq kini merengkok dalam kemiskinan dan kehinaan di mata dunia dengan berlanjutnya sekatan dagangan yang tidak ada hujungan. Apa mahathir buat untuk menebus dosa negara kita (maksudnya kita juga sebagai ummah).

Apakah UMNO masih menganggap Mahathir ini layak bercakap tentang Kemerdekaan tanahair kita, masih diyakini punya kasih sayang sesama rumpun bangsa Melayu, betul-betul berniat mengiktiraf kedaulatan wakil rakyat zuriat Melayu.

Tidakkah sekarang beliau akan membawa masuk pekerja Nepal dan Myanmar – warisan suku-sakat pemberontka Horiger kaum India dan Gurkha Nepal utara India. Mengapa tidak dari negara jiran Indonesia? Mereka pun miskin juga. Adakah kerana Mahathir takut rakyat Indonesia berketurunan Melayu dan berbudaya yang sama akan merosakkan agendanya. Agenda apa? Boleh agak bukan?

Bukti Mahathir tidak percaya kepada orang Melayu, Mahathirlah PM dari puak “UMNO” yang meMAMAK-MALBARIkan Kabinet UMNO Baru(A). Yang jelas sekarang – Mahathir sewenang-wenangnya bersikap “gunting dalam liptan” @ “ular dalam selimut” kepada pemimpin Melayu UMNO(?) dengan melantik suku-sakat “mamak-malbari”.

Apakah kita pasti ketaat-setiaan mereka menjadi ahli Kabinetnya. Mereka bukan wakil rakyat yang dipilih rakyat yang dipastikan bersumpah dan berjanji di hadapan rakyat akan beramanah. Tapi Mahathir melantik barua-baruanya walaupun secara “pintu Belakang – Senator” saja?

Mereka hanya pilihan Mahathir seorang saja – dicabut dari kaumnya, diangkat dan dimartabatkan mengikut kehendaknya. Di mana letaknya martabat UMNO, wakil rakyat Melayu dan kedaulatan bangsa dan sistem yang diperjuangkan oleh bapak-bapak dan ibu-ibu kemerdekaan kita?

Apakah waris-waris orang Melayu yang beragama Islam dalam uMMno tidak merasa diri mereka terhina dan diperhina oleh si “Mamak Tongkang” ini? Tidakkah orang Melayu telah terpinggir dalam sistem pemerentahan regim Mahathir ini?

Memang ada sebab yang kuat dan persis bagi kita orang Melayu wajib dan wajar meninggalkan uMMno sekarang. Kita wajib dan wajar tumbangkan BN yang menjadi kuda tunggangan Mahathir dan jongos-jongosnya.

Mahathir tidak akan membela orang Melayu dan agama Islam kerana terbukti selama 20 tahun beliau telah mencemuh Melayu PAS dan Islam PAS. Bukti sahih ada dalam dokumen ucapan beliau di setiap Perhimpunan UMNO.

Sekarang beliau mahu berbincang, kununnya demi perpaduan Melayu dan penghayatan Islam?? Masih percayakah kepada lidah ular yang memagut batang leher Nabi kita dengan mempersenda Baginda kununnya berjanggut kerana tak ada pisau Gilette. Ia terbukti memutar aqidah kita orang Islam ke zaman Jahiliah!!

Nak harap Abdulah Ahmad Bedawi penggantinya? Beliau sendiri berkata, “Tidak ada yang kekal melainkan UMNO”. Habis, pengganti Mahathir ini menyuruh kita beranggapan bahawa Tuhan sudah matikah atau boleh mati? Nauzubillahhhhh…. Inikah pemimpin sebuah negara Islam?

Kita tidak dapat menggambarkan wajah Nabi Muhammad SAW. TETPI kita semua tengok sendiri muka mummy FIRAUN yang dikupas dari bungkusan kain perca pembalut tubuh keringnya.

Rupa Firaun saling tak tumpah macam MAHATHIR anak lelaki Mohamad Iskandar Kutty – si mahaFIRAUN yang semakin kurus kering tinggal tulang..!!

Berfikirlah menanti tahun 2004.

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO berkerat Rotan)


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 30 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com