Amin Sapiro (dah mula round satu)
HEBOH sana sini, mereka yang menyokong calun-calun tertentu dalam pertandingan di peringkat Bahagian UMNO semakin rancak mempromosi pendirian calun sokongan mereka. Jika dulu wang menjadi “capital investment” yang mampu mempengaruhi undi dan sokongan terhadap seseorang calun, sekarang lain pula keadaannya.
Sudah Main Telefon Bibit
Seseorang ‘tekong’ kempen dikenalpasti dengan telefon bimbit terselit di pinggang. Jika dulu cuma satu saja, sekarang sampai dua-tiga. Satu di pinggang, satu lagi dikocek baju depan… yang satu lagi “tersorok” dalam “suspender”.
Kabarnya, yang “tersorok” dalam “suspender” itulah yang paling nyaring bunyinya. Kalau kurang battery kena dicas serta-merta. Jika tidak tak ada info. Tak ada info macamana nak memberi dan menerima arahan untuk bertindak, kata seorang yang pakar main telefon jenis itu.
Macamana nak cas battery kalau dah malap? Bertanya seorang juru kempen yang baru direkrut. Maka menjawaplah si Vetren UMNO yang masak ditampuk, “Malam-malam ko pegi ler dosko dangdut.. GRO kan banyak? Tak kan kau tak tau camana cara nak cas battery yang kurang tenaga…!!”.
Maka di sanalah mereka sama-sama cas battery masing-masing. Dengan itu, telefon kembali berdering!! Tak ada siapa yang runsing. Ok.. semua tanggung beres. Bisa atur..!! Duit UMNO hancurrrr…..
Kempen Sudah Bertukar Strategi
Dr. Mahathir mencegah keras kempen menggunakan pengaruh “politik wang”. Dalam Perhimpunan lalu, Mahathir beri amaran – siapa guna politik wang pencalunan mereka akan ditolak. Silap-silap, keahlian mereka akan terbatal. Nama pelaku akan dilaporkan kepada BPR. Latarbelakang mereka akan diselongkar dan akan didedahkan. Mungkin mereka akan berjawap dengan “kaki kuntau” upahan di Bkt. Aman..!!
Hahah… amaran begitu banyak antara mereka yang risau. Ada calum ketua Bahagian yang geram sakan. Ada yang kata, “Mahathir ingat dia naik jadi Presiden siapa yang sokong? Kalau kita yang sokong, maknanya kita pun boleh humbankan Mahathir ke longkang..”.
Mereka pun mulai tukar strategi. Sudah wujud semula polarization dalam parti. Sudah bangkit semua isu Team A dan Team B. Di beberapa Bahagian terdengar pengkelompokan “teaming” semakin menjadi-jadi. Kempen sudah mula hebat, semacam pertarungan “main judi”. Dulang Rolette politik berpusing, buah dadu berlegar, wang bertukar tangan. Siapa yang menang, untung sakan.
Faktor Team A dan Team B sedang digerak lancar. Team B semakin banyak modal. Mereka semacam menyebelahi Pembangkang. Faktor “Anwar” jadi modal besar. Korupsi Mahathir, dasar pengkronian dan nepotisme Presiden menjadi “bahan bakar” memanaskan kempen. Team B semakin mendapat sokongan. Kununnya mereka “geng-up” dengan Mr. Clean.
Projek Lembu Pawah – Umpan Pengaruh
Team A tidak duduk diam. Mereka ada banyak “resourses”. Antaranya janji kontrak dan tender. Bermula dengan janji memfaraitkan projek Mega bernilai ratusan juta hinggalah kontrak buat “jamban curah” di desa-desa terpencil.
Tak cukup dengan itu, kabarnya projek “lembu pawah” sedang dilancarkan secara besar-besaran. Para penyokong akan dijamin seekor lembu jantan dan 2 lembu betina. Lembu-lembu itu akan dimadukan. Yang runsing ialah lembu jantan – lembu betina satu reban.
Yang paling menyulitkan, lembu jantan dan lembu-lembu betina semua bertandok belaka. Maka parahlah lembu jantan kena ancam dek lembu-lembu betina. Masing-masing mana boleh tahan tengok madu bikin “amalan lazim” depan mata kepala, kan?
Hahaha… itu cuma analogi saja. Sebenarnya itulah yang berlaku antara Team A dan Team B. Nama Mahathir dan Dollah Bedawi dan jadi cagaran. Yang kering modal cuma Najib saja. Md Tyson sudah ada penyokong. Muhyiddin sudah “back-up”. Masing ada cara bagi “umpan” jerung-jerung bawahan yang kelaparan..!
Puteri UMNO dan Mak Cik Ganyut
Hishamuddin apa kabarnya? Oiiissyyy…Susah mau cakap. Hisham memang sah “pondan Siam”. Sejak lari ke Australia semasa Aziz Sheikh Fadhil kempen setengah mampos di Lunas, rating peminat “Anchor Beer” ini sudah dikalahkan oleh pemegang franchise “Carlsberg”. Tetapi yang peliknya, yang akan disokong ramai ialah yang “kaki Toddy”. Siapa agaknya? Hahaha… itu soalan ‘cepu mas’..!!
Wania UMNO semakin resah. Pidah tembam sudah semakin goyang. Sejak Shahrizat naik tocang, Rafidah sudah semakin berjarak dari “mamak tongkang”.
Apatahlagi, bila Rafidah menentang “boss agung” mahu ide “Puteri UMNO” disokong, menjerit Rafidah terlolong. Kerana Rafidah terasa ada pihak cuit punggungnya, dia mula melenting tak keruan. Padan muko!!
Azalina dah ‘cool off’ sejak Mak Chik UMNO ‘shot down’ kesemua proposalnya. Tapi, orang muda mudah melupakan segala kerisauan. Makin rancak ‘disko dan tekwando’nya. Kabarnya, dia mahu gocang tiang seri yang sebatang tu… sebab dipuncak tiang itulah Mahathir sedang gesek biola sementara UMNO sedang terbakar. Hahaha…. Mamak yang ni dah betul-betul jadi Nero..!! hihihi….
Penamat Cerita
Semakin rancak kempen bergema, semakin goncang UMNO jadinya. Antara Team A dan Team B semakin menggegarkan rumah UMNO yang sudah dilanda taufan. Yang menyebabkan UMNO semakin kecundang, perebutan kuasa antara Team-team terbabit tidak nampak memberi kesan apa-apa kepada prestasi politik UMNO bagi meraih sokongan orang Melayu. Mungkin UMNO penuh dengan general tanpa soldadu..!!
Khabarnya Mahathir sudah hilang akal. Maka itu sebab beliau “menyembah” PAS kalau-kalau mahu masuk semula ‘join’ BN. Paling kurang, kemasukan PAS akan mengurangkan “politiking” dalam UMNO.
Malangnya, Mahathir salah cara meminang “dara sunti” PAS. Mahathir meminang ikut cara ‘jantan Krala’. Mana ada dalam budaya Melayu ‘jantan’ minta ‘dowry’ dari pihak perempuan. Ramai Pembangkang Melayu tergelak besar. Masing-masing terdengar bersorak melaung..”Oiii… Madey. Tolong laaaa… dimana bumi di pijak disitu langit dijunjung. Langit Krala lain dari langit Semenanjung. …..!!’. Mahathir sudah termenung. Melopong!! Dah dihurung langau hijau!!
BN Semakin Ketandusan Sokongan
Maka jelaslah sekarang – UMNO sudah tiba ke garisan penamat. Sekaligus BN terlibat. Walaupun Samy Vellu boleh join dengan IPF, tetapi Pandithan lupa – Gobalkrishnan sudah dapat sokongan terbuka dari kaum India di estate-estate!! Sandiwara Samy dah tak ada orang nak beli tiket!!
Kerana Suqiu dah masam muka sejak Mahathir tuduh kaum Cina seperti Ekstrimis dan Kominis, maka kaum Cina sudah semakin yakin kepada DAP. Tambahan pula parti itu sudah nampak semakin faham cara pemikiran PAS dan dasar keterbukaan Islam, MCA semakin jauh ketinggalan zaman.
Makin terbuka ruang BA untuk meraih sokongan pengundi muda dan separa usia yang sudah semakin rimas dengan tindak-tanduk UMNO/BN yang semakin cacamarba.
Kita sama-sama tengok apa akan jadi sekiranya PAS tak jadi berbincang dengan UMNO dalam isu “Perpaduan Melayu”. Mungkiin kita akan tengok Mahathir dan jobgos-jongosnya “menangis tak berlagu”. Boooooooo……!!
Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO berkerat Rotan)