Amin Sapiro (ayam jantan pun tak pernah bertelor)
APAKAH yang hendak dibangga oleh Mahathir dan kerajaan BN sekiranya negara ini tidak berdaya maju dalam aspek ekonomi – khususnya dalam sektor perindustian: perkilangan dan pembuatan? (lihat lampiran di bawah).
Mahathir: Ilmu Ekonomi – “ZERO”
Mahathir begitu lancang mulut mengajar Jepun supaya memandang negara ini (Malaysia) sebagai negara contoh yang kununnya berjaya menafikan kemajuan Barat. Mungkin Dr. Mahathir menganggap dirinya begitu hebat dan pembangunan yang dibawa dan dilaksanakan oleh kerajaan pimpinannya begitu pesat hingga memeranjatkan negara maju seperti Jepun?
Kita tidak mahu bertelagah dengan regim Mahathir dalam perkara semacam ini, kerana isu ekonomi dan perdagangan adalah seperti iklim. Ia memberi kesan kepada semua orang (economics is like weather, it effects everybody – whether he or she is blind, deaf or dumb or what..!!).
Mahathir berauta-auta dengan membanding “kura-kura lumba lari dengan labi-labi”. Tetapi Mahathir tak banding “Kura-kura berlawan dengan arnab”..!! Yang disebutnya saban hari oleh si Mamak-Malbari Mahatir Ghulan Mohamad Kutty ini kepada orang Melayu penyokong UMNO itulah analoginnya; iaitu membanding “kura-kura lumba lari dengan labir-labi”.
Apa yang mengerikan kita sekarang ialah keinginan pelabur asing (FDI) yang semakin ngeri untuk melabur dan membawa teknologi terkini untuk dijadikan asas pengeluaran yang lebih ekonomikal dan produktif ke negara ini. Puncanya, tidak ada sebarang ransangan kestabilan politik dan undang-undang yang nampak diamalkna!!
Mereka masih berharap bahawa tenaga kerja di negara ini masih dalam nisbah yang murah berbanding negara mereka. Padahal inflasi sedang merangkang naik melepasi tahap “kemampuan” rakyat sekarang. Tanya rakyat, berapa harga rumah teres double storey?
Kesimpulannya, Mahathir – ilmu ekonomi beliau “ZERO”. Ilmu “kapor-mengkapor”….TERROR..!!
Proton Saga – Contoh Sikap Tamak-haloba
Cuba kita bandingkan sebuah kereta proton terbaru – Proton Waja contohnya. Harganya mencecah lebih RM80 ribu. Walhal, kereta itu adalah buatan Malaysia. Taksiran pakar membuktikan bahawa harga kilang kereta itu seharusnya tidak melebih RM22 ribu.
Bandingkan dengan kereta yang sama buatan negara Barat atau Jepun; mereka akan ketawa besar bila mendengarkan proton yang dimaksudkan seharga itu.
Contohnya, Mercedez 190 lebih murah harga di pasaran terbuka di Germany berbanding dengan Proton Waja. Padahal, semua orang tahu berapa banyak “technical flaws” yang didapati di beberapa bahagian dan komponen Proton itu..!!
Itu baru satu contoh. Cuba tanya konsumer umum? Bermakna, dasar industrialisasi Mahathir cuma “melepas batuk di tangga” saja. Orang lain kaut untung, rakyat melopong!! Rasa-rasa dasar ekonomi Mahathir umpama “menuggu durian sompong, gugur sebiji kepala digodamnya – tapi tupai ketawa kerana kekenyangan ..!! Hihihihi…..(rasa macam menangis-nangis tergelak kita, yek..!!)
Mahathir Masih Menyeranah Barat
Kerapkali Mahathir menyeranah negara Barat. Rakyat yang berilmu, berinformasi dan berpendidikan di negara ini merasa diperdaya bulat-buat oleh ego dan keangkuhan Mahathir.
Sebaliknya, orang Melayu yang sayangkan negara dan ingin terus hidup Merdeka, seperti Mak Cik – Pakcik di kampung dan di desa; tertipu bulat-bulat sajalah mereka. Dengan slogan Mahathir kununnya negara ini sedang diancam oleh kolonialis Barat, Mahathir sedang jual “minyak urat”.. Sokong UMNO lah jadinya, kan?
Bermakna, Mahathir dan UMNO menggunakan politik untuk kepentingan kuasa mereka. Bukan politik untuk memberi manfaat kepada rakyat!!
Apa Sebenarnya Berlaku?
Apa yang sebenarnya berlaku, Mahathir dan kuncu-kuncu perompak yang sewaktu dengannya sedang bermain mata dengan kapitalis Timur dan Barat.
Di sanalah Mahathir dan Kroninya menyimpan segala harta rompakan mereka. Mereka memperdaya rakyat dengan mengistiharkan kerugian besar berbilion-bilion yang kununnya dialami oleh Korporat-korporat mereka. Mahathir dan Daim begitu mudah mengistiharkan mereka memerlukan bailout berbillion-billion..!!
Tidakkah anda tau setiap ringgit dan sen bailout yang dicurahkan itu bermula dari kocek kita – tak kira si kaya atau si miskin papa-kedana!! Diapa yang punggah akhirnya?
Bermakna rakyat sekarang mengagihkan wang kepada regim Mahathir semata-mata untuk dipergunakan bagi mengenyangkan tembolok mereka yang rakus, rasuah dan menyeleweng dasar negara!!
Kelompok pemimpin regim Mahathir rata-rata tidak ada nilai rohani yang telus, bersih dan bertimbang rasa kepada rakyat. Mereka semata-mata berfikir demi kepentingan diri dan anak-anak mereka saja.
Tidak Perlu Kita Jadi Pakar Ekonomi
Memang…..memang!! Untuk menganalisa kepayahan ekonomi negara sekarang, seseorang itu tidak perlu berijazah Ph.D dalam bidang ekonomi.
Contohnya: Jika dasar dan tindakan pemimpin negara tidak berhaluan “penjimatan”, sebaliknya brsekongkol melakukan “pembaziran”; waima gunung emas sebesar Bukit Tursina sekaipun tertegak menggantikan Gunung Tahan di negara ini, pasti tidak akan cukup untuk menampung ragam dan nafsu serakah pemimpin rasuah yang menyeleweng merompak rakyat.
Regim Mahathir Sudah Wajar Diganti Total
Tidak perlu banyak bicara lagi. Jika negara serantau sudah mulai mengorak langkah perobahan struktur politik, ekonomi, sosial, pentadbiran, undang-undang dan kezaliman; hingga mereka sudah mula menemui jalan penyelesaian terhadap permasalahan yang semakin jauh ditinggalkan – apa rakyat negara ini masih mahu menunggu bila lagi regim Mahathir akan berubah sikap..!! Begitukah?
Nah!! Tunggulah kucing bertanduk..!!&
Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO berkerat Rotan)