Amin Sapiro (peha kiri terasa bila cubit peha kanan)
SOB…! Sob…!! Saya juga bersama anda yang memberi respon kepada berita mengenai penderita Adik Norashikin Md. Noh, 11, dari Kampung Kuala Chenerai, Kuala Pegang yang kita baca tadi. Sudah cukup kita bincang, sekarang masa bertindak dan melaksanakan apa yang kita sama-sama putuskan.
Kita dapati rumah mereka amatlah dhaifnya. Adik Norashikin sudah berusia 11 tahun tetapi telah ditolak oleh pendaftar sekolah untuk adik itu mendapat ilmu. Ini macam, kalau dibiarkan, akan buta huruflah adik itu sampai ke tua.
Tanya diri kita, siapa yang zalim sebenarnya? Tidakkah masyarakat sekitar termasuk kita yang menyebabkan hidupnya sengasara? Dimanakah Keadilan yg teras perjuangan kita?
Kita dari barisan BA yang memperjuangkan keadilan, masakan akan hanya melihat dan bersimpati dari jauh saja. Itu sudah jadi semacam zalim pulak kan? Sama kita dengan UMNO dan Mahathir dan pemmpin regimnya…!!
Dengan ini Wak cadangkan jika dipersetujui oleh netters FGR yang begini ramai; kita edarkan satu print-out maklumat melalui FGR dan LamanWeb Reformasi:
1) Satu rancangan menyeluruh untuk membantu keluarga ini. Kita akan pastikan:
a) adik ini mendapat kerusi roda yang diperlukan;
b) minta wakil rakyat BA di Kedah (tak kira siapa) mengusaha dan mempastikan supaya ada sekolah yang akan menerima adik itu bersekolah (tanpa sebarang alasan apa-apa). Wak tau ada sekolah kanak-kanak istimewa yang dibina oleh Kemen. Pendidikan. Apasal tak boleh terima?
c) menanggung segala buku dan kelengkapan sekolah termasuk perbelanjaan pengangkutan, dll.;
d) memberi sebarang kemudahan lain yang diperlukan.
2) Kita usahakan kutipan derma untuk membaiki rumah saudara Md. Noh Awang Besar bapa adik itu dan isteri beliau Azizah Abd. Halim supaya lebih selesa daripada keadaan sekarang.
3) Kita cetak borang melalui internet, boleh download, print dan sebarkan kutipan di masjid-masjid, biar ramai dapat beramal jariah…!!
4) Kita minta Jabatan Kebajikan Masyarakat fikir masak-masak mengenai masalah adik ini. Jangan cuba buat bina tak bina saja…!! Jika ada pihak yang menolak, kita minta wakil BA bangkitkan perkara ini di Dewan Undangan Negeri yang bermesyuarat tak lama lagi.
Kan kita dah hancurkan 2/3 BN di Kedah? Kali ini, kalau MB puak UMNO bengkeng… hahaha… tahun 2004, bolehlah siap-siap balik kampung tanam jagung. Hahah… BA banyak calun MB yang tempawan, kan?
Kita mana tau, entah-entah adik ini adalah bakal muslimah yang berilmu dan disegani satu hari kelak? Allah swt. melahirkan ia ke dunia tentu ada tujuanNya. Jika nasibnya begitu, paling kurang ia memberi kita keinsafan betapa zalimnya kita sesama manusia, kan?
Kepada PW FGR dan PW semua LamanWeb Reformasi, kalau tidak menjadi keberatan, marilah kita maklumkan kepada netters NAMA DAN ALAMAT SERTA NOMBOR AKAUN bakal derma kita itu dikirimkan. Kita paparkan di muka hadapan laman-laman. Kita minta pemegang amanah itu menyatakan persetujuannya.
Jom kita mula sekarang juga. Wak Amin dah siap seringgit dua. Hehehe… bukan nak galmour, yek!! Dah lama tak derma ceramah BA nih… ada juga seringgit dua yang mengelinjang nak keluar dari poket.. Hihihih.
Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO berkerat Rotan)