Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


BERFIKIRLAH WAHAI INSAN – TANGGUNGJAWAB MU SEPANJANG JALAN!!

Amin Sapiro (hamba Allah yg fakir lagi hina)

Mukadimmah

KITA hairan dengan kisah yang berlaku di Kedah yang diturunkan sepenuhnya di bawah; apakah adik yang lumpuh itu akan dibiarkan keseorangan bila Pilihanraya kawasan terbabit dilangsungkan?

Isu:

TENTU ramai di antara kita pernah dan telah menghulur derma ikhlas barang seringgit dua sebilangkali menghadiri ceramah politik anjuran BA.

Berbanding dengan ceramah UMNO, hadirin akan diberi makan dan tambang serta duit poket dengan tujuan membeli undi pilihanraya. Itu kita tak kesah. Tak peduli. Dah jadi amalan UMNO. Mahathir punya arahan – sebagai tanda UMNO/BN menyayangi rakyat….KUNUN..!!

Begitu juga, tentu ramai diantara kita tidak akan berasa enggan menghulur derma ikhlas barang seringgit dua sebilangkali bila berlaku kemalangan kepada saudara kita yang tidak bernasib baik. Kita merasa terharu dan sedih. Mungkin ramai diantara kita yang merecik airmata dengan perasaan “andainya diri aku yang mengalami nasib yang sama”, bukan?

Sekadar Padangan:

Kasih sayang bagi seseorang insan bukan sahaja kepada anggota keluarga sendiri semata-mata, malah fitrah insan mendorong manusia mengasihan-belas kepada jiran tetangga juga. Perasaan itu melimpah hingga meluas ke serata alam ini – tak kira terhadap manusia mahupun haiwan dan serangga yang melata di bumi Allah yang maha luas ini.

Sebagai contoh, Kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan UMNO/BN pernah menghulur derma berjuta kepada rakyat Palestine, Somalia dan Bosnia… entah siapa lagi. Dibesar-besarkanlah dalam media, hingga satu dunia tahu!! Kita berbangga kerana baik hati, kununnya. Orang puji – kita meloncat terbang semangat. Terhangguk-angguk macam belatok!! Hidung rasa tinggi bila bercakap di TV..!! (Wak rasa kesal niii…!!)

Tetapi pernahkah kita terfikir bahawa sebuah Jabatan yang mengendalikan ‘kebajikan masyarakat’ (kununnya) menolak permohonan seorang keluarga yang dhaif untuk mendapat sebuah kerusi roda berharga semurah itu setelah empat (4) kali mememohon. Percayakah cerita tu? Yang menyedihkan kita, pada kali ke-4 masih lagi ditolak? Setan yang tak ada perasaan ke yang mengendalikan jabatan itu?

Bandingkan: Dr. Mahathir dan UMNO yang murah hati begitu mudah meluluskan BAILOUT berpuluh billion RM kepada anak-anak & sukusakat serta Kroni – pun boleh pulak? Amacam rakyat tak kutuk puak-puak macam tu, yek?

Tetapi bila rakyat kerdil, miskin dan dhaif memohon pertolongan, tak ada siapa antara mereka bergelar “Pemimpin Berwawasan” itu yang ambil pusing langsung…!! Makan duit rasuah, kenyangkan tembolok isi kantong saja, apa jenis macam niiii….??

Ingat tak? Penternak Babi pun Dollah Bedawi bagi imbuhan beratus juta. Tapi bila kena ibu-ayah sebuah keluarga miskin meraung memohon bantuan sebuah kerusi roda – UMNO dan pemimpin yang bijak berjanji, hangpa pi mana langsung tak tunjuk muko niii, hah?

Bertanya kita: Apakah dasar UMNO/BN hanya menolong kelompok rakyat yang berstatus Kroni dan perompak saja ka..?

Kita hairan dengan kesah yang berlaku di Kedah yang diturunkan sepenuhnya di bawah; apakah adik-adik yang lumpuh itu akan dibiarkan keseorangan bila Pilihanraya kawasan terbabit dilangsungkan? Hahhhh…. Kita percaya, pasti ada wakil WANITA UMNO yang sanggup memanggul-dukung adik yang malang itu ke tempat mengundi supaya boleh mencoteng-pangkah calun UMNO/BN, betui dak? Tentu ada Mercedez yang bawa, kan? Inikah dia yang dikatakan “UMNO berjuang demi kepentingan rakyat”?

Bila dengar cerita macam ni, teringat kita pepatah Melayu, “Kera di hutan disusui, anak dipangkuan mati kelaparan”. Inikah dia dasar keperihatian UMNO/BN yang kununnya merentah adil tanpa memilih bulu. Bulu P***M** depa semua ke?

Kita juga ingin bertanya, Apa Pak-pak Lebai yang bervolvo kehulu kehilir mengutip Zakat berjuta-juta itu, mengendalikan Baitulmal – duduk di kerusi empuk – apa you oghang semua dok buat? Owww…hangpa balik rumah, lipat serban dan “kangkang bini nombor 3 gadis sunti” saja ke? “Benda” tu saja ke yang nampak, ummah yang dhaif main “pegerahhhh..!” saja ke? Ini macam punya ulamak, patut kasi rendam dalam “cesspool tong taik” lagi baik.

Owwww… alasannya, “Kitorang tak ada peruntukan konon…”. Hai.. Hai… kutip zakat macam-macam punya gertak..!! Kata Tuhan nanti hkum di Padang Mahsyar.. rezki tak berkat.. Macam-macam! Tapi bila pulangkan kepada rakyat, bagi macam-macam sebab pulak? Bedebah punya Ulamak UMNO. P***M** punya lebai ketayap berlapok..!!

Kita tak mahu menyalahkan satu pihak saja. Kita penyokong BA pun kena juga cermin-cermin diri. Kita harus jangan mengulang kesilapan UMNO/BN yang sedang dicemuh hebat-hebat. Demi keredhaan Allah swt. tidakkah manasabah kita membantu?

Cadangan:

1) Jika selama ini ulamak yang berceramah lepas Maghrib di masjid-masjid seluruh negeri Kedah mengistiharkan ganjaran yang diberi oleh makmum itu diderma-sedekahkan kepada Tabung membeli kerusi roda adik yang malang itu, cuma untuk satu cermah saja, kalau dikira semua masjid diseluruh Kedah; berapa puluh kerusi roda boleh beli?

Jika ganjaran makmum Rm100, dengan 300 masjid, berapa total kutipan Tabung dalam satu ceramah saja? Kan jadi Rm30,000?

Inilah satu dari amalam Islam, kan? Bukan sekadar cakap-cakap omong kosong bagi pelengah masa antara Maghrib dan Isya’ saja, tuan!! Cuba semak hadis dan firman yang tersorok dalam gumpalan serba, tuan-tuan!! Dalam serban apa yang tuan-tuan simpan? Kepala botak atau rambut beruban saja ke?

Lupakah ulamak yang diberi tauliah oleh Pejabat Agama itu mentafsirkan bahawa tauliah itu adalah satu pengurniaan Allah swt. untuk menambah rezki mu? Apakah tidak boleh bersedekah ganjaran ringgit satu ceramah antara 365 ceramah dalam setahun? Buatlah “practical teaching” sikit wahai ulamak yang diberi taulaih oleh UMNO!!

2) Jika Wakil-wakil Rakyat BA mendermakan 10% dari gaji dan elaun sebulan, pasti kita sudah mampu membeli 100 kerusi roda cuma dengan sekali derma saja, kan?

Janganlah kita ikut amalan wakil rakyat UMNO. Kalau diorang sesat jalan, biarlah depa terjun gaung sendiri. Ingatlah, rakyat telah menderma ikhlas semasa kempen pilihanraya dulu, sekarang pulangkan barang sedikit biar merasa pula rakyat miskin nikmat memilih ada semua.

3) Kepada kita yang menderma di setiap ceramah BA, tentu kita tidak keberatan menyambung ibadah bersedekah dan menderma itu, kan? Kenapa kita senyap aja, hah?

Nah..! ini baru satu contoh. Ada banyak lagi yang tersorok tak dengar ceritanya. Mengapa kita asyik berdemo dan berpolitik saja, tapi kesah rakyat dan azab mereka kita macam lupa pula? Rakyat kita bukan kaya macam cakap pemimpin UMNO.

Diorang tu bila dengar cakap Mahathir, main angguk saja. Mereka ingat camana nak rasuah, cari angpow isi tembolok saja. Jiran sebelah rumah meninggal dunia pun mereka tak nak jenguk. Kununnya bila dah mati tak akan nak undi UMNO/BN lagi. Jadi tak payahlah nak tolong apa-apa. Gitu ke?

Nah! Pertimbangkanlah! Amin Sapiro bukan nak berpolitik ya. Bila kena “tang” perkara macam ni, semua puak yang patut kena hentam..mesti Wak sapu sokmo..!! Pedulik apa. Wak Amin dah mula pungutan, insyaallah akan ke Kedah ni. Sapa nak ikut jom.. kita jumpa di sana…. atau di mana-mana!! Sorrylah….kasar sikit ya. Sekian

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO berkerat Rotan)


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 25 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com