Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


MAHATHIR & UMNO/BN: BERHEMAHLAH SELAGI KESEMPATAN MASIH ADA..!!

Amin Sapiro (nampak tiang seri tegak berdiri)

KENGERIAN seseorang yang jatuh bukan tinggi atau rendah jarak tempat ia tergelincir dengan permukaan bumi yang terdampar dibawah; tetapi bergantung kepada 2 perkara yang mengecutkan isi perutnya:

i. bila tulang tongkeng dihujung punggungnya terhentak ke tanah keras dipermukaan bumi yang menanti dibawah,

ii. ranjau penghalang yang merintang menghentam tubuhnya sebelum sampai ke tanah.

Orang Ketawa Bila Mahathir Menangis

Mahathir tentu sudah nampak jalan bengkang bengkok yang diharungi oleh Joseph Esrada di Filipina, Fuji Mori di Chile, dan Pinnocette (masih belum tentu lagi).

Tetapi, apa yang dialami Nawaz Sharif yang digulingkan oleh tentera yang bercanggah dengan beliau, Mobutu Sese Seko – Diktator Zaire; dan jalan singkat yang dilalui oleh Laurent Kabila penggantinya – pasti sangat mendebarkan Mahathir. Pilihan terbaik bergantung kepada mereka terbabit mengikut pertimbangan sendiri.

Sudah jadi lumrah alam, sesuatu yang letaknya di atas, lambat-laun pasti akan jatuh ke bawah. Samada mau atau tidak, belum ada satu kuasa yang boleh menahan ia dari berlaku. Itu adalah jalan berliku dalam hidup seorang egois yang berbangga dengan status dirinya sebagai seorang Diktator.

Dalam kenyataannya kepada media asing, Dr. Mahathir begitu berselera dan berbangga menerima gelaran dirinya seorang “Diktator”. Dulu, dia pernah berkata “tidak peduli walau digelar Firaun” sekalipun. Keegoan begini sangat mencabar. Beliau salah tafsir siapa dirinya setelah ditempelkan oleh rakyat dengan kuasa.

Mahathir Melawan Fitrah Manusia?

Hematnya, seseorang pemimpin yang melawan fitrah manusia sebegitu nekad sekali akan “ketawa dulu dan menangis kemudian”. Mussolini tergantung di celah dahan ketapang, Hitler membunuh diri, Caucescue mati tersadai di tepi longkang, Marcos mati dalam buangan, Mobutu mati dalam perjalanan, dan banyak lagi….. macam-macam cerita dan latarbelakang.

Yang pasti – dalam sebarang insiden yang diceritakan; mereka yang bersikap diktator adalah tergolong mereka yang akhirnya terhina dihina. Rakyat benci dan mengutuk mereka. Wang ringgit tidak dapat memberli maruah yang tergadai. Belum tau lagi, apa yang akan diterima di liang lahad..!!

Rakyat Menentang Pemimpin Tamak Kuasa

Dalam arus “demokrasi” yang menjadi pegangan manusia sejagat masa kini, jangan fikir kuasa seseorang bergelar pemerentah boleh diperbantukan dengan jentera Kerajaan seperti Polis atau undang-undang belantara ciptaan mereka.

Rakyat punya kekuatan tersendiri. Di Filipina, Marcos terbuang diasak oleh”people power”. Mobutu lari lintang pukang diburu oleh rakyat yang berjuang menentang beliau. Reza Pahlavi Shah Iran cuma sempat mengaut segumpal tanah dan meninggalkan segala harta kekayaan yang dirompak dari rakyat.

Harus diperingat bahawa konsep kuasa bergantung kepada pengiktirafan (recognition) rakyat terhadap seseorang pemimpin. Jika faktor itu sudah hilang – eloklah BERUNDOR SEBELUM KUASA YANG MENEMPEL seperti kulit bawang itu dikikis hingga “ke tulang sumsum”.

Jika itu berlaku, seseorang pemimpin yang ego begitu akan merengkok sebagai “mayat berjalan dengan rangkanya”. Waktu itu, sudah terlambat untuk insaf atau meminta ampun. Mungkin sendiri kena gali lubang, terjun ke dalam dan kambus sendiri.

Rakyat punya banyak pilihan: Samada menumbangkan seseorang Diktator secara aman atau berjuang dengan kekuatan. Seseorang pemimpin yang beragenda, lambat-laun akan kecundang juga. Pasti satu ketka nanti, rakyat akan hilang kesabaran; dan waktu itu “titik ditampung dan curah ditadah”… Segala-galanya “Terserahhhh….”.

Identiti Pemimpin Rakus

Lumrah alam, “kuasa amat mengkhayalkan”. Ramai pemimpin yang terperangkap dan tenggelam dalam kepompong yang sangat mengasyikkan. Seseorang yang berkuasa tanpa dipandu iman akan dirasuk iblis dan syaitan yang direjam.

Dalam Al-Quran telah dirakam Firman – bagaimana Firaun yang zalim mengaku diri sebagai Tuhan, akhirnya tenggelam dalam gelombang yang menggulung tubuhnya hingga ke dasar lautan.

Jika rakyat telah sedar dengan segala macam keburukan seorang pemimpin tertinggi negara yang mengamalkan kronisme, nepotisme dan rasuah; rakyat tidak akan gentar walau mereka dipancung sekalipun. Selagi mereka yakin dengan apa yang mereka perjuang dan lakukan adalah “menegakkan Keadilan dan menumbangkan Kezaliman”, keberanian untuk berhimpun beramai-ramai bagi mendesak pemimpin zalim itu melepaskan jawatannya akan berterusan.

Mungkin si pemimpin ada kuasa menegakkan “benang basah”nya dengan segala bagai ancaman; tetapi si pemimpin itu mesti ingat bahawa “kuasa rakyat adalah kuasa keramat”.

Fitrah Manusia Adalah Sama

Sejak manusia mula belajar hidup berkelompok dan bermasyarakat, sistem yang mereka amalkan telah membentuk manusia suatu keperibadian sosial bahawa “Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah”. Fitrah manusia begitu adalah sama di merata pelusuk dunia.

Belum ada dalam sejarah peradaban manusia seseorang pemimpin zalim akan terlepas dari sebarang hukuman. Sampai masa: seseorang pemimpin rakus kuasa, zalim, tamak haloba harta dunia, beragenda menipu dan berbohong kepada rakyat; akan diheret ke mahkamah rakyat. Apa hukuman yang bakal diterima – Allah swt saja yang Maha Mengetahuinya.

Mahathir: Belajarlah Dari Pelbagai Peristiwa

Cubalah “check-check” sendiri, balik-balik kitab sejarah mana-mana kaum dan bangsa di dunia!! Di negara ini, sejak lebih 2 tahun yang sudah, semakin jelas bahawa jangkaan Mahathir Mohamad dan jongos-jongos politik beliau yang menafikan ledak sokongan rakyat terhadap kewibawaan pimpinan Anwar akan terpadam dalam seminggu “is just a wishfull thinking”.

Berkata seorang penulis siber, “semakin hari aktivis-aktivis reformasi, mahasiswa, badan-badan bukan kerajaan dan mereka yang sedar akan hal ini telah turun bersama rakyat untuk memberikan kefahaman kepada mereka tentang “kuasa rakyat.”.

Memang…. memang semakin jelas! Mahathir dan pemimpin UMNO/BN yang masih tersisa wajar belajar sementara masa dan kesempatan masih ada..!! Tepuklah dada tanya selera!!

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO berkerat Rotan)


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 24 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com