Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


NAMPAKNYA MAHATHIR SUDAH TIBA DI PENGHUJUNG JALAN..!!

Amin Sapiro (mau tengok Luncai terjun dengan labu-labunya)

Bah 1

DUA tahun dulu, laungan REFORMASI yang disaran oleh sdr. Anwar Ibrahim, dicemek oleh Dr. Mahathir dan pemimpin UMNO/BN. Ia jadi bahan mereka untuk ketawa.

Kununnya, laungan Anwar akan melemah sebaik saja prosiding mahkamah berthabit kelucahan Anwar didedahkan dan para hakim bertugas akan membuat keputusan yang adil dan mukatamad. Itu kata mereka.

Impian Mahathir Terkandas Jahanam

Berpegang kepada prinsip “Kebenaran dan Kesahihan”, berbulan-bulan Anwar dihadapkan ke muka pengadilan. Seminggu tutup Anwar dilokap di Bkt Aman, Mahathir Mohamad semakin lemas kerana menerima asakan katadua rakyat.

Mahathir tidak ada pilihan, iaitu samada beliau membicarakan Anwar atau “tunggu saja apa tindakan rakyat yang akan menggugat kepimpinan beliau”. Waktu itu, UMNO/BN sudah berpecah dua. Orang Melayu sudah berbondong-bondong meninggalkan UMNO.

Dalam versi Mahathir, keadaan itu kununnya “orang Melayu sedang menghadapi perpecahan”. Tapi hakikat sebenarnya, “orang Melayu berpecah dari menyokong UMNO tetapi berpadu erat menjadi penyokog Pembangkang Melayu”..!! Tafsiran itu jauh berbeda.

Senario berikutnya, Mahathir semakin gawat dan lemas. Asakan rakyat semakin menyenak. Jika Anwar tidak dibuktikan kesalahan beliau di mahkamah terbuka, Mahathir sendiri akan terluka – bukan oleh para reformis yang sedia berdemo malah oleh penyokong UMNO/BN yang semakin tidak yakin dengan kepimpinan beliau (Mahathir). Itupun samasekali Mahathir dan pemimpin UMNO yang berkospirasi tidak menduga.

Demi Anwar dilihat turun dari kenderaan yang membawanya ke pekarangan mahkamah, sekaligus Mahathir semacam sudah jatuh ditimpa tangga.

Apa tidaknya! Demi rakyat dan dunia yang melihat dengan mata kepala keadaan Anwar waktu itu; sekaligus mengcop Dr. Mahathir – Perdana Menteri paling disanjung dimerata dunia sebagai seorang penzalim dan pengkhianat kemanusaiaan sejagat.

Secara tiba-tiba Mahathir dan regimnya ditolak oleh seluruh pemimpin dunia penjenayah! Mahathir dianggap sama seperti legenda “dracula” yang bersifat penghisap darah dan berstatus seorang bersifat jembalang sama identiti seorang penyiksa dan pembunuh..!!

Dengan keadaan Anwar yang tidak disangka-sangka sedemikian rupa – dengan mata kiri lebam membengkak, beberapa bahagian ditubuh dan leher beliau calar-balar; bukan saja Dr. Mahathir yang lumpuh kewibawaan malah seluruh anggota regimnya tidak lagi diyakini sebagai berhemah. Regim Mahathir tidak lagi wajar bergelar pemerentah dan pentadbir yang sempurna.

Maka sejak dari hari itu, Mahathir sudah terhumban dalam kawah air panas yang menggelegak. Sekaligus dengan itu, impian Mahathir untuk berkuasa sudah terkandas dan habis jahanam.

Mahathir Tidak Mungkin Balik Kebelakang

Mahathir yang memang diketahui ramai sebagai “kepala” Konspirator menumbangkan Anwar, cuba berdalih 1000 helah menolak sebarang hujah rakyat dan dunia. Malangnya, semua alasan beliau untuk memberi justifikasi kejadian tersebut umpama menegak benang basah saja. Lebih lagi, alasan Mahathir amat meleset bagai “menyiram air di daun keladi” saja.

Sudah hampir 2 tahun kemudian, Mahathir yang angkuh dan “temberang besar” semakin hilang dari penghormatan orang. Segala apa yang dibicarakannya sudah tidak lagi didengar. Ramai orang yang mencop beliau bagai “manusia berhati jatung seekor haiwan hina”. Paling buruk lagi, Mahathir diperhina rakyat negara nya sebagai “MahaFIRAUN”.

Mungkin kita cuma tahu FIRAUN itu sudah cukup jahat dan hina. Dari mummy kering yang tersadai sekujur di bawah lindungi piramid raksasa, kini si Firaun itu semacam reliks untuk menyelidik budaya zalim anutannya.

Tetapi sejarah keburukan akhlak dan pentadbir manusia bernama Firaun itu menjadi lambang kezaliman seorang insan yang mabuk kuasa – hingga memerentah rakyatnya mengakui dirinya sebagai Tuhan pula. Apa pula ragam seorang berjenama “MahaFIRAUN”?

Jadi, bayangkan lah jika rakyat negara ini menggelarkan Mahathir Mohamad dengan jenama “MahaFIRAUN”? Tidakkah itu menunjuk-bayangkan betapa benci, terkutuk dan jijik-busuk sumpahan lebih 20 rakyat yang selama ini hidup aman dan menganut panduan agama?

Soalan:

i. Apakah penyokong UMNO yang mengakui diri mereka beragama Islam masih sanggup berlindung dibawa pemerentahan seorang zalim, mabuk kuasa dan tamak harta kekayaan dunia mengaut dari kocek sesiapa untuk habuan diri, anak-anak dan kroninya?

ii. Sampai bila mereka akan berdiri menyokong? Tidakkah wajar jika terlajak undur semula ke belakang?

iii. Tidakkah mereka sedar bahawa Allah swt Mengasih dan Menyangi sesiapa jua diantara insan yang mau bertaubat meninggalkan maksiat?

Kita yakin, dengan petunjuk dan izin Allah swt. dosa begini pohon dihapus supaya rohani dan jasmani akan bersih semula. Bagaimana?

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO berkerat Rotan)


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 23 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com