Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


MAHATHIR–AGENDA PERBINCANGAN “PERPADUAN MELAYU” – BEBERAPA KECURANGAN

Amin Sapiro (suka tengok orang Melayu sedar diri)

BAH. 1

SEMAKIN hari makin jelas bahawa Mahathir dan beberapa karekter dalam UMNO yang berstatus “kuncu dan jongos” yang berlegar disekeliling beliau semakin nampak punya agenda tersembunyi dalam usul mengketengahkan perbincangan “Perpaduan Melayu” antara UMNO dengan Pembangkang Melayu itu.

Selain dari kejanggalan maudhuk perbincangan yang berbau perkauman totok begitu, ada beberapa perkara yang semakin nampak sengaja disembunyikan Mahathir. Agenda-agenda itu, jika diteliti hanya akan menguntungkan kudos politik peribadi dan penguasaan politik peribadi beliau keatas UMNO/BN, rakyat umum dan antarabangsa yang semakin merudum.

Mahathir – Pemimpin Tak Laku

Bagi beberapa pemimpin Pembangkang (tanpa mengira kaum), majoriti rakyat yang celik politik dan punya kesedaran sosial yang tinggi dan berwawasan yang jauh; kewujudan kepimpinan Mahathir dan kuncu-kuncu beliau dalam UMNO/BN sudah tidak releven lagi.

Di mata pemimpin dunia juga, mereka sudah membayangkan bahawa Dr. Mahathir sudah tidak ada tempat dalam dunia kepimpinan Antarabangsa. Beliau sudah dilihat setaraf “Denice the Menace” yang menjadi watak utama dalam siri kartun kanak-kanak.

Dalam siri itu, sepertimana karekter Mahathir juga; kanak-kanak itu memperlihatkan sikap, perbuatan, kata-kata dan perilaku yang lebih banyak menyusahkan orang lain dari berinteraksi baik dengan msyarakat keliling.

Dalam bahasa yang mudah, Denis lebih merupakan seorang budak KURANG AJAR, tidak ada pertimbangan terhadap masyarakat dan persekitaran.

Dalam perkataan lain, perbuatan Mahathir adalah layak digelar sebagai elemen “anti sosial” dan pembawa virus kanser yang fabrik masyarakat sejagat. Ramai pihak bersetuju budak Denis itu wajar dihantar ke Sekolah Jahat untuk diReform. Begitulah persamaan Denis The Menace itu dengan Dr. Mahathir jika dibuat perbandingan.

Telahan Pemimpin UMNO/BN

Sejak 20 tahun lalu, Dr. Mahathir sudah menampakkan belangnya sebenar. Walaupun karenah si “jembalang tua” yang munafiq ini sudah sekian lama didedahkan oleh allahyarham Tunku Abdul Rahman, PM pertama dan “Bapak Kemerdekaan” kita, tetapi pemimpin UMNO Asal pada waktu itu memberi peluang si Mahathir ini keluar dari kepompong “Ultra”nya.

Allahyarham Tun Razak memberi peluang supaya si Mahathir ini memberi input kepada kepada Kerajaan supaya beliau dapat buktikan diri dan kebolehannya yang selama ini terlalu ego mengkritik Kerajaan dan pemimpin Kerajaan UMNO/BN Lama tanpa berhemah langsung.

Perkara pertama yang dilakukan Mahathir setelah beliau menjadi Menteri Pelajaran, ialah menyekat perkembangan minda dan proses kesedaran para pelajaran di Institiut Pengajian Tinggi (IPT) dari berfikir secara terbuka mengenai masyarakatnya.

Mahathir melaksanakan pelbagai sekatan terhadap kegiatan pelajar melalui AUKU. Dengan itu, Institiut Pengajian Tinggi (IPT) telah bertukar menjadi “high school” setaraf sekolah KEMAS bagi mengajar “overaged kids” setakat mengenal huruf abjad membilang angka semata-mata.

Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah mencadangkan keterbukaan IPT (mahasiswa dan cendekiawan) supaya mengambil pendekatan dan inisiati yang lebih aktif dan bermakna sewaktu melaksanakan aktiviti berbentuk kritikan membina terhadap kerajaan. Namun, imbauan beliau telah dihalang keras oleh Dr. Mahathir.

Mahathir sedar implikasi imbauan terbuka dan demokratik saranan Datuk Seri Anwar itu. Jika ia dilaksanakan, kerajaan pimpinan beliau akan menerima hunjaman belasah yang pedas-pedas dari lapisan rakyat yang terpelajar.

Dr. Mahathir Menghidap Gejala “Sakit jiwa”

Dr. Mahathir adalah seorang yang menghidap “inferioriti complex” sakit jiwa kesan dari nostalgia masa lampau dan stigma “Ultra” yang dihidapi beliau. Bagi beliau tidak ada orang lain yang betul melainkan dirinya. Kesalahan yang berlaku adalah kerana orang lain selain dirinya.

Beliau sedar, kekuatan kaum pelajar dalam pergolakan dan aktiviti politik. Mahathir juga sedar implikasinya. Mahathir sedar bagaimana beliau mengambil sikap mencaci-maki allahyarham Tunku Abdul Rahman melalui hasutan surat layang dan menyemarakkan semangat anti Kerajaan dengan menggunakan mahasiswa IPT.

Lebih-lebih lagi, Mahathir amat takut orang Melayu akan sedar segala agenda busuk yang tersembunyi di lubuk hati beliau sebagai seorang yang berpura-pura “sayangkan orang Melayu” kunun. Beliau mengguanakan Delima Melayu sebagai asas menarik kecenderungan orang Melayu dan memukau mereka yang rata-rata sengaja disemarakkan keinginan mengecap nikmat kekayaan!!

Dengan agenda sulit begitu, Mahathir mengambil kesempatan keatas sikap orang Melayu UMNO yang lurus bentul. Beliau menjalankan pelbagai tipu helah – hingga Perlembagaan Negara dipinda begitu mudah. Segala kuasa penting diserahkan kepada Mahathir oleh UMNO!! (alangkah dungunya puak UMNO).

Kini, atas inisiatif muda-mudi yang terpelajar – semakin disedari segala macam karenah beliau untuk merangkul kuasa untuk diri sendiri, segala ketidaktelusan disekitar kerja busuk beliau mengolah nepotisme, kronisme dan kerupsi/rasuah yang menjadi “dasar peribadi”nya telah terbongkar dan dibicangkan oleh rakyat.

Dr. Mahathir yang sememangnya tidak mahu orang Melayu dan pemimpin UMNO sedar bahawa beliau sebenarnya beragenda MENIPU orang Melayu secara licin seperti belut… akhirnya dibantah rakyat!!

Mahathir – Pemimpin Hidup Dalam Ketakutan

Kebelakangan ini, orang Melayu semakin peka dengan apa yang dilakukan oleh Dr. Mahathir terhadap orang Melayu dan UMNO selama ini.

Orang Melayu, melalui Pembangkang Melayu semakin lantang mendedahkan karenah buruk dan busuk Mahathir. Orang UMNO sendiri sudah semakin faham tujuan beliau mengendalikan pimpinan parti merangkap sebagai Presiden melalui proses “Memang tanpa bertanding” itu...!!

Dengan itu sudah ramai orang Melayu dan majoriti pemipin UMNO disemua peringkat bertanya:

i. Apa kelebihan orang Melayu dapat selama Dr. Mahathir menerajui parti dan Kerajaan?

ii. Adakah status orang Melayu terpelihara dan hak-hak orang Melayu mendapat jaminan?

iii. Adakah pembangunan orang Melayu, UMNO sebagai parti Melayu dan Islam sebagai resmi semakin mantap atau menjadi kuda tungganga beliau sebaliknya?

iv. Apakah Dasar jangkapanjang yang dirancang oleh pemimpin UMNO Asal telah dipelihara dan dilaksanakan dengan jayanya; sebaliknya telah diselewengkan oleh si “munafiq tua” ini?

v. Apakah kemajuan orang orang Melayu dibidang pertanian dan perindustrian terpelihara selari dengan DEB?

vi. Lihat dan perhatikan siapa yang mendapat faedah – orang Melayu atau cuma anak-anak, suku sakat, kroni?

Jangan lupa, cuba tafsir siapa diri anda dan kedudukan politik, ekonomi dan sosial anda sebagai orang Melayu sekarang setelah 43 tahun kununnya di merdekakan…!!

Akhir sekali: Tanya diri anda dengan membuat perbadingan taraf dan nilai diri anda yang disebut sebagai pemimin UMNO:

[[Adakah UMNO itu betul-betul UMNO bermaksud “United Malay National Organization” atau sudah semakin jelas ditukar oleh Mahathir menjadi “United Mamak Malbari Nesynal Organization”?]]

Cermin Diri Sambil Telanjangkan Mahathir

Cermin-cerminlah kebelakang sambil anda menelanjangkan Mahathir didepan cermin: tanya orang Melayu, adakah kalian nampak bahawa orang yang mengakui dirinya sebagai pemimpin orang Melayu yang menganggotai UMNO “United Malay National Organization” sebenarnya seorang insan kerdil yang telah memaksa anda supaya menyokong parti “United MAMAK MALBARI Nesynal Organization”?

Bincang-bincanglah isu itu sebelum berbincang mengenai Perpaduan Melayu……!! Jangan anda terlalu ghairah dan terpesona dengan karenah Dr. Mahathir yang sangat lumrah terkenal sebagai “bapak Slogan”. Mahathir sedang menyuntik UMNO sambil menyerapkan serum yang mencemar orang Melayu ….!!

Dr. Mahathir semakin diihat sebagai pemimpin “malbari” dan “mamak tongkang” paling licik yang pro kaumnya. Putarbelit lidah biawaknya sudah bercabang tiga. Kelentongnya semakin nyaring bagai loceng di leher lembu. Orang Melayu yang menyokong UMNO semakin nampak diri mereka dijadikan Mahahir sebagai “lembu-lembu pawahnya”..!!

Raja Mandeliar dan Si Kitul Hidup Kembali

Jika Raja Mandeliar dan si Kitul begitu dibencii kerana karenahnya hingga empayar Melayu Melaka musnah; maka hari ini kita nampak dengan jelas bahawa KEMERDEKAAN orang Melayu setelah 450 tahun terjajah oleh penjajah Barat sudah diperkosa pula oleh “Geng Mamak Malbari dan Si Kitul” tajaan Mahathir.

Pertambahan anggota Kabinet Mahathir terakhir ini sudah patut menjadi pengajaran kepada seluruh orang Melayu, pemimpin mereka (samada dalam UMNO mau pun Pembangkang Melayu) bahawa Mahathir sudah nekad dan tidak peduli apa-apa lagi.

Mahathir tidak peduli wakil rakyat UMNO. Mahathir tidak peduli siapa orang Melayu, agama Islam dan Wanita Melayu. Agenda Mahathir sudah dilaksanakannya. Beliau sudah sewel, hilang kewarasan dan satu sen tidak gunakan lagi. Patut UMNO bertindak sebagai satu kelompok politik dan orang Melayu berpadu untuk membuang saja Mahathir ini ke longkang..!!

Kita nampak dan ada bukti bahawa Patih Karma Wijaya mengambil wajah Mohd Khir Toyo dan “bedebah” bermuka “Barua” jual bangsa dan negara “is repeating history”. Dengan itu bermakna, orang Melayu dalam UMNO wajib berpandu untuk meninggalkan UMNO dan bersatu dibawah panji-panji “PEMBANGKANG MELAYU” saja!!

Jika begini keadaannya: “Melayu kah UMNO lagi”?

Kita akan bincang-bincang di bahagian ke-2.

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO berkerat Rotan)


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 23 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com