Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


MAHATHIR MASIH TAK SEDAR TARINGNYA SUDAH TERCABUT…!! (2)

Amin Sapiro (masih bergigi 32 belum tinggal gusi)

Bah 2

Baru Tahu Dimana Silapnya

NAMUN dari apa yang berlaku disepanjang “Dasar Pandangan Ke Timur” (DPKT) itu dilaksanakan; Dr. Mahathir secara peribadi tidak langsung samasekali menerapkan budaya Jepun itu sebagai amalan budaya kerja bagi dirinya.

Puncanya ialah, beliau sebagai Perdana Menteri tidak percaya dan tidak yakin. Beliau cuma mahu bikin eksperimen semata-mata. Rakyat tidak langsung nampak beliau membudayakan ciri-ciri keterampilan budaya kerja, pengurusan dan sikap yang menjadi tunjang dan teras nadi perkembangan politik, ekonomi, sosial dan pentadbiran masyarakat Jepun itu.

Memang ada nampak Dr. Mahathir memkai baju kerja warna biru dan ‘topi lekup bercepiau” mencontohi pakaian seragam pekerja Jepun dan Korea; namun “Mahathir tetap Mahathir”. Hidungnya masih besar seperti yang dilukis oleh Zunar dalam karikaturnya; dan temberang Mahathir masih saling tak tumpah lagak ragam Samy Vellu, tarian beliau masih berentak Shah Rukh Khan dan “kencing beliau masih pencong”..! Hihihih….

Budaya Jepun Berpaksikan Samurai

Sebagai sebuah masyarakat yang sudah matang, Jepun sudah mengalami pembangunan minda dan fisikal sebelum Mahathir lahir ke dunia. Jepun telah terlibat dalam ‘League of Nations’ dan menjadi ‘big power’ sekian lama.

Sebelum Mahathir cuba berlagak “heroic” mengajar Jepun supaya mengahayati budaya Asia (seperti dalam bukunya), Jepun sudahpun menerapkan slogan “ASIA UNTUK ASIA” yang paling terkenal sebelum Perang Dunia Ke-2.

Slogan itulah yang telah membawa kepada penjajahan rantau Tenggara Asia oleh Jepun. Kerana karenah tentera Jepun begitu aib, maka negara-negara Asia Tenggara benci dan bangkit menentang Jepun mengikut kemampuan masing-masing.

Indonesia adalah negara paling mengutuk Jepun. Presiden Soekarno meminta pampasan gantirugi dari Jepun kerana kemusnahan yang ditanggung oleh rakyat dan negara Indonesia. Malaysia tidak terkecuali. Begitu juga Burma (Myanmar).

Kecuali Thailand, sebuah negara yang selamanya Meredeka dan berkerajaan sendiri; negara itu tidak mahu menentang bagi megelak diri dari terjebak dalam kancang peperangan Asia. Tetapi negara-negara dibawah takluk penjajahan British dan Belanda teraniaya kerana negara penjajah terbabit merasa ego mereka diperlekeh oleh Jepun.

Mujur baik bom Atom meletup di Hiroshima. Jepun mengaku kalah dan sorot ke belakang. Secara otomatis Dasar Jepun bertukar. Jepun tidak yakin dengan “penjajahan menggunakan senjata” (ala falasafah Samurai); sebaliknya beriltizam menjajah Asia dan dunia dengan kepintaran sains perdagangan, pelaburan berpaksikan kemajuan teknologi.

Falsafah Pemimpin Jepun

Rakyat dan para pemimpin yang menerajui Kerajaan Jepun beriltizam tidak mau mengulangi sejarah pahit Peperangan Dunia Ke-2. Mereka beriltizam mentadbir secara bersih, telus dan berwibawa mengikut peredaran dunia bertamaddun.

Mereka adalah kelompok pemimpin yang beramanah dan pantas memantau ‘mood’ rakyat terhadap kewibawaan diri masing-masing jika mereka seorang pemimpin. Seseorang pemimpin yang didapati bersalah atau tercium sebagai melanggar tata budaya yang diterimapakai itu; mereka akan dihukun dan wajib menerima hukuman rakyat.

Itu adalah budaya kerja dan cara berfikir pemimpin Jepun. Falsafah itulah yang mendorong mereka maju “with leaps and bounds” dalam tempoh yang amat singkat.

Dr. Mahathir Menempelak Diri Sendiri

Mahathir sendiri dalam rencananya dalam buku itu menyebut iaitu: seseorang pemimpin tidak sewajarnya bertahan selama-lamanya; sebaliknya harus tahu bila dirinya sudah tidak berupaya lagi. Waktu itu, ia hendak redha undur dan turun takhta!

Hari ini bukan saja rakyat negara ini kehairan dan menggaru kepala, malah satu dunia sudah gatal biji mata tergarok-garok sambil bertanya: Adakah Mahathir sendiri telah membudayakan “Dasar Pandang Ke Timur” itu? Mengapa Dr. Mahathir “tak bikin serupa cakap”?

Makin diteliti perkembangan terkini terhadap pergolakan dan senario politik, ekonomi dan sosial yang dialami negara dan rakyat Malaysia, semakin dunia nampak bahawa pembudayaan “Dasar Pandang Ke Timur” oleh Mahathir secara peribadi dapat diumpamakan sebagai seorang jurutera otomobil yang tahu setakat mencuci “plug” cuma.

Kerana itu “mobil” yang dibaiki di bengkel Mahathir itu berjalan “Tiga Silinder”. Banyak injap-injap yang terlalu kotor dan perlu di”decarbonised”. Injin yang semakin teruk dan tidak mampu memacu laju dan tidak “economical” lagi. Ia sudah tamat tempoh “usiapakai”nya. Sebaik-baik cara ialah dengan membuangnya dan dijadikan besi buruk untuk dilebur di dandang pelebur semula.

Logiknya Iltizam Rakyat

Nah!! Disitulah wajar dan logiknya injin buruk berjenama UMNO Baru(A)/BN segera dilebur supaya daki-daki Nepotisme, Kronisme, Korupsi dan segala macam jenayah dan pemecahan undang-undang dilindungi Mahathir sendiri.

Itulah faktor buruk yang membentuk kewibawaan regim Mahathir yang direstui pemimpin UMNO Baru(A)/BN itu yang amat perlu diubah ganti 100% dengan barisan rakyat yang terbaru. Barisan baru itu beriltizam memberi pilihan dan khidmat terbaik kepada rakyat.

Seperti nama yang sepadan dan selari dengan keperluan, kepentingan dan masa depan rakyat dan negara – ia dinamakan BARISAN ALTERNATIF. Di sinilah terletakkan kehebatan anak rakyat yang berpandangan jauh yang dipelopori oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, seorang yang paling dicemburui oleh Dr. Mahathir, dan kini sedang merengkok sebagai tahanan politikm; dipurukkan oleh Dr. Mahathir dan para Konspirator yang bayar upah oleh beliau (Mahathir).

Hematnya, seseorang yang mebaca buku Mahathir itu akan terdorong untuk membuat kesimpulan bahawa sebenarnya Dr. Mahathir bukan setakat mengajar “Itik berenang” saja; malah beliau sendiri sedang “tenggelam punca”.

Wajar dibuat kesimpulan – membaca buku dan rencana-rencana tulisan Dr. Mahathir itu seakan-akan kita nampak bahawa beliau “menempelak diri sendiri”. Mungkin cendekiawan dan pemimpin Jepun dan dunia sudah dapat menjangka dan berkata, “Mahathir is a dreamer. He’s talking SHIT..!!”. Hehehehehe….

Dengan itu, jika Dr. Mahathir sudah TERCICIR, beliau harus UNDOR saja.

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO berkerat Rotan)


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 20 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com