Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


SATU PIGI LIMA MARE – APARAAAA…. LU MADEY COTTEY..!!

Amin Sapiro (UMNO/BN tergugat oleh “Politik Warong”)

SEWAKTU saya sampai di warong kopi langganan biasa pagi tadi, dari jauh saya nampak orang yang datang bertenggek di kerusi-kerusi plastik yang tersedia lebih ramai dari biasa. Taukeh warong kami terpaksa meletakkan bangku tambahan diperbuat dari papan kambi panjang bagi menampung punggung-punggung pelanggan baru. Entah dari mana datangnya mereka itu, tak taulahhh…..

“Politik Warong” Penjana Minda

“Heiii… Wak dah datang” imbau seorang kawan lamo yang seasoned dengan karenah Mahathir dan UMNO. Maklumlah dulu beliau seorang J/Kuasa Cawangan UMNO di kampung kami. Bila berkempen, tak lekat di rumah. Dia diarah ke sana ke mari bagi menaikkan reputasi calun UMNO yang mewakili BN. Bila tiba masa, wakil rakyat gasak duit pampasan kempen.

Meloponglah si mamat ini dan kawan-kawan yang berkerja untuk parti siang malam tanpa upah. Kununnya, itulah perjuangan versi UMNO. Titik peluh orang tidak ada nilai, tidak ada harga. Begitulah Dasar UMNO. Bermula dari pucuk pimpinan bergelar Presiden sampailah Perdana Menteri bernama Mahathir Kutty.

“Apa citer hah?” saya bertanya pura-pura tak tau.

“Tak kan Wak tau..!! Mahathir dah buat gila lagi. Satu pigi, lima syudah mare…!! Hahahaha… “ masing ketawa terbahak-bahak. Yang menggelikan hati kami ialah, telor “loghat mamak” si mamat bekas UMNO itu saling tak tumpah bunyi Maidin yang dah tutup kedai-gulung tikar dulu.

“Owww……. Itu kaaa…?” Saya mencelah. Mereka tidak puas hati dengan Kabinet baru(A) yang terbaru(A). Habis apa mau bikin?” sambung saya.

“I say, Wak!! … YAMNU (umno?) punya Melayu cukup-cukup bodo lahhh..Wak” kata seorng dari mereka. “Melayu sekarang syudah jadi tukang angkat mayat sajalah. Mahathir sudah goreng Melayu Amno macam goreng pisang…” sahut seorang sedang menghirup kopi panas.

“Tapi ini kali, itu goreng pisang sudah sikit kasi hitam deiii…!” Celah seorang yang lebih pekat loghat mamaknya. Ketawa semakin hebat. “Isykarang… sawo matang YAMNU bodo tarak laku legi…” tambahnya. Hilai ketawa tambah hebat.

“Itu macam kalu, UMNO punya worang mesti keluar ramai-ramai, istihar join PAS ka, KeADILan ka, PRM ka… Janji mesti keluar UMNO – join BA.. Kita undi DAP pun tak apa. Janji kita mesti kasi tumbang BN..” sahut seorang yang bertenggek sambil mengunyah pulut panggang.

“Itu macam ka?” bertanya seorang lagi.

“Ya laaaaaa…! Apa lagi mau? UMNO bukan lagi “United Malay” tapi sudah jadi “United MAMAK”. Tahun 2004, semua orang Melayu mesti kempen lawan parti “United Mamak Nesynal Organisation” dengan BA. Kita kasi tumbang “YAMNU”. Itu jam kalu… mamak semua tutup warong, kasi halau balik Krala. Lagi pun orang Melayu sudah pandai kipas roti canang dan the tarik..!! apa mau takot.. yaaaaaa…” katanya.

Suasana semakin meriah. Gelak ketawa bergema. Budak tukang kipas roti canai dan bancuh teh tarik itu berpeluh mencias-cias di pagi buta tu.

Mahathir jangan tak tau, orang Johor semakin sensitif dengan pergolakan politik dalam UMNO sekarang. Mereka sudah hilang keyakinan terhadap pemimpin UMNO yang ada sekarang. Fokusnya kepada semua pemimpin UMNO, samada yang berjawatan Kerajaan maupun dalam parti. Orang Melayu sudah tidak menganggap UMNO sebagai parti Melayu lagi.

Mahathir juga kena faham. “Politik Warong” adalah budaya asal bagi orang Melayu. Politik orang Melayu bermula dari perbincangan di warong-warong kopi. Se canggih mana orang Melayu itu sekalipun, mereka masih ingat bagaimana penjajahan Inggeris tumbang hasil dari perbincangan anti Malayan Union yang bermula dari cerita-cerita pakatan di warong-warong. Itulah tempat penjana minda orang Melayu.

UMNO/BN Tumbang Atas Asakan “Politik Warong”

Orang Melayu adalah kaum yang sukar difahami jika seseorang itu cuba menilai mereka berasaskan teori-teori politik moden yang canggih-canggih. Bagi mereka, masjid dan warong adalah terkait. Selepas solat Subuh mereka ke warong.

Semasa solat, mereka menyembah Allah swt dan memohon petunjuk. Sesudah itu mereka berkumpul di warong-warong dan berbincang secara bebas secara bersahaja. Sesiapa diantara mereka yang pandai berjenaka dan menyampaikan sesuatu isu secara sinis, mereka akan jadi ketua. Segala “mood” di warong itu akan dinilai sesama mereka. Akhirnya, tulah keputusan.

Inilah yang berlaku sebelum hari mengundi pada 29 November 1999 dulu. Tengoklah apa sudah jadi kepada UMNO. Di mana-mana kita nampak bukti, undi calun-calun UMNO sedemikian merosot. Ada wakil rakyat UMNO yang menang tak lebih dari 200 saja. Najib Razak adalah salah seorang dari mereka yang termalu.

UMNO kehilangan 22 kerusi Parlimen. Jangan cerita berapa puluh DUN UMNO yang kena lanyak. Terengganu dan Kelantan adalah bukti nyata. Kedah kehilangan majoriti 2/3. Pahang dan Selangor telah menunjukkan petanda “duka” bagi UMNO.

“UMNO/BN berkemungkinan akan ditumbangkan rakyat habis-habisan dalam P/raya tahun2004 ini, insyaallah” sampuk seorang dengan nada serius.

Memang tidak boleh diperlekeh kekuatan “politik warong” yang tidak formal ini. Banyak perkara negara dan rakyat yang dibicang dan diputuskan disana. Orang Melayu tidak suka berhujah secara terbuka di sebarang perhimpunan. Tengok sajalah apa riaksi puak UMNO dalam setiap Perhimpunan di PWTC..!!

Media pembodek UMNO mungkin berkajang-kajang bercerita mengenai kehebatan Kabinet Baru(A) Mahathir terkini. Tapi semua itu tidak akan merobah sebarang keputusan yang dicapai dalam “mood” perbncangan di peringkat warong.

Yang akan mengundi dan memilih ia mereka yang minum kopi di warong, bukan pemimpin yang berjawatan. Orang Johor seperti juga orang negeri lain. Mereka satu rumpun dan satu budaya. Mahathir tidak akan termampu merobah cara mereka membuat keputusan.

Satu KETETAPAN Yang Wajar Dilaksanakan Tanpa Daleh

Sebelum saya beredar dari warong itu, ada 2 perkara yang masih bergelut dalam benak kepala saya. Si Ludin yang berpengalaman menerajui Cawangan lebih satu dekad berkata:

[[“ Rombakan Kabinet Mahathir kali ini tidak ada faedah kepada rakyat selain menghabiskan wang negara saja. Dahlah kita kena imboh pencen Mid Man, bebankan kita membayar gaji 4 lagi pendatang haram dalam Kabinetnya merugikan kita.

Kedua: Barua-barua yang berempat itu satu sen tak guna. Kabinet baru(A) Mahathir cuma berguna kepada Mahathir seorang saja. UMNO sekarang dah macam parti Korporat. Tak ada gunanya selain dari memberi ruang kepada mereka yang fasih melakukan rasuah, judi, penyelewengan, perampas tanah milik orang Melayu dan buat duit billion-billion.

Tanah orang Melayu dirampas dengan pampasan murah. Mereka akan kitar semula jadi kawasan perumahan, kawasan perindustrian dan bandar baru – jual kepada rakyat ikut suka harga yang mereka letak. Kita pinjam bank Daim. Berhutang sampai 25 tahun. Bunga bank sampai 3 kali ganda.

Pikirlah, tanah simapanan orang Melayu dan tanah milik Kerajaan dipaksa jual dengan harga seringgit se kaki. Mereka jual dengan RM40 se kaki. Harga rumah berniai tak lebih dari RM40 ribu dijual dengan harga RM180 ribu. Dalam tempoh 25 tahun habis bayar, pembeli kena bayar total Rm500 ribu. Itukah cara Kerajaan yang membela rakyat? Tengok Shahrizat berapa punya kaya. Bukit Kiara adalah miliknya. Tanya Mak-Chik UMNO di Bahagian – apa diroang dapat? Melopong saja…!!]]

Satu Ketetapan Berasaskan KEBENARAN

Memang nampak kebenaran dari apa yang dirungutkan oleh orang-orang UMNO semacam Ludin itu. Makin diteliti, Mahathir sengaja melantik mereka untuk mensonglap tanah rakyat dan mengaut keuntungan dari kocek rakyat jelata.

Jika dibiarkan UMNO/BN memerentah melampaui tahun 2004, bukan saja orang Melayu kehilangan harta – rakyat negara ini akan dijual murahan: Maruah diri dan Harta warisan nennek-moyang kita.

Ramai yang bersetuju dengan Ludin, iaitu: “Sebelum itu terjadi – tidak salah orang Johor atau negeri mana juga memutuskan kata: Kita purukkan UMNO/BN dan tukar kerajaan UMNO/BN skarang. Kita alih supaya tadbirperentah oleh Barisan Aternatif (BA). Kita akan heret puak itu masuk penjara. Kita taulah apa nak buat nanti. Negara ini bukan warisan zuriat Krala..”.

Jangan main-main “Politik Warong”, ya Mahdey. Pemimpin UMNO kena jaga-jaga!! Kalian bakal penghuni penjara….. bukan pemimpin BA!!

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO berkerat Rotan)


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 19 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com