Amin Sapiro (cuma tengok Luncai terjun dgn Labu-labu saja)
Bahagian: 2
Pelajari Politik Dari Kritikan & Pengalaman
Banyak lagi yang harus dipelajari, lebih-lebih lagi bila kita berhadapan dengan puak-puak yang munafiq..!! Puak Palestine sampai hari ini masih lagi memikul mayat. Yahudi masih lagi samseng tak mengesahkan kemanusiaan. Mahfuz naik 'hot' dengan memilih dipenjarakan dari membayar 'pampasan'. Begitulah dia iltizam pemimpin yang berwibawa dan ada pegangan.
Kita patut akui, yang paling berpengalaman dalam BA berhadapan dan berkonfrontasi dengan puak 'yang tu' ialah PAS, DAP dan PRM. KeADILan sudah lama tau siapa UMNO. Sebab mereka dulu pun dalam UMNO jua, kan? Jadi, pemimpin KeADILan bukan orang baru dalam politik. 'They may be looked upon as new brooms, but they know where the dirts are. Which corners and how much to be swept away' hihihih..!!?.
Jadi UMNO tak leh nak 'chong' pemimpin KeADILan dn BA. Semua trik UMNO dalam poket Ezam, Azmin, Saifuddin dan teman-teman. Dengan itu, kalau KeADILan kata 'pirrraaaaahhh..UMNO', hehehe?. tentu alasan pemimpin KeADILan atas pelbagai asas yang cukup kuat.
Tekedu jugak UMNO, kan? Terbelalak bijik mata Mahadey & Dolah Bedawi..!! hiihihih?. Mereka sangka pemimpin KeADILan boleh dibeli 'sekupang dua' agaknya ke?
UMNO Berbincangan Dengan PAS - Apa Halnya?
PAS sanggup berbincang dengan UMNO tentu atas sebab-sebab tertentu. Pasti sudah diperkirakan terlebih dulu 'the added advantage' yang bakal BA perolehi sebagai satu Barisan. Cuma kita kurang faham sebab masa tidak mengizinkan. Tak kan strategi nak bagi tau orang, kan?
Kita kena fikir sikit apasal Panglima Maharaja Cina tiba-tiba saja ajak bincang atas bukit dalam format dan syarat yang cukup baik. Kunun nak cerita pasal kedamaian. Cuma silapnya, Panglima 'pejuang kebebasan rakyat' tak sempat nak maklumkan kepada bala tentera mereka apa sebenarnya Panglima Maharaja Cina punya muslihat. Sebab, lat 3 hari nak berperang semula. 'Time constraint' dan kekurangan peralatan! Itu seperkara yang menjadi kelemahan.
Kesilapan yang menyebabkan puak Panglima 'pejuang kebebasan rakyat' kalah ialah: Pemimpin tidak dapat berkomunikasi dengan tentera yang bersepah-sepah. Inilah kelemahan yang biasa yang menyebabkan sebarang parti politik Pembangkang di negara kita ini kalah saja dimasa-masa sebelum November '99.
Tapi hari ini jauh berbeza. Panglima 'pejuang kebebasan rakyat' di negara kita dah tak peduli lagi. Di Tmn Melewar setiap minggu ada sesi. FRU hadang lorong-lorong sempit bikin pengunjung ceramah susah datang dan parking motor kapcai.
Kabarnya: Pengunjung tetap ramai. Collection ..orait!! Tepuk sorak.. teriakan Allahu akbar bergema. Laungan Reformasi pun sama hebatnya. Siapa yang dengar meremang bulu roma. Hehehe.. sambil tu Wak Amin sental juga 'sup Tmn Melewar Corner' - 3 mangkok, selamba ajaaaa? hahaha!!
Tengoklah tu - sampai Ahmad Lutfi pun dah usung mayat DETIK dan WASILAH. Zulkifli Sulong kena heret ke mahkamah. PW Laman-lamanweb Reformasi ada yang tidur malam resah gelisah. Penulis pun kena pakai IP proxy - kalau tak, entahlah.
Itu semua adalah antara pengalaman yang harus dilalui dalam perjuangan menegakkan Keadilan dalam senario yang kritikal menumbangkan Kezaliman. Nabi sendiri yang dikurniakan perlindungan Allah swt pun sampai kepala baginda dilempar batu hingga berdarah. Inikan pula kita yang cuma dikurniakan hidayah. Kena tahan sikitlah!
Mungkin inilah yang menyebabkan iltizam pendemo reformasi semakin 'hardened'. FRU debik dengan belantan, tak pernah mereka rasa 'jeran', kan? Malah, ada yang rasa gian asyik nak turun ke jalan-jalan. Belum habis episod Jln Kebun dan mula pulak cerita Teluk Panglima Garang. Dijangka 100 ribu orang. Soalnya: Masih Dollah Bedawi suruh 'anjing kepala merah' disuruh serang? Kalau iya begitu, maknanya cerita 'perpaduan Melayu' itu, cuma TEMBERANG!!
Nampaknya, selagi UMNO/BN tak tumbang dan DS Anwar Ibrahim tak dibebaskan - Mahadey dan kuncu-kuncunya tak lena tidur tak kenyang makan. Apa nak buatkan? Mahathir sengaja cari pasal bikin rakyat meluat kat UMNO/BN.
Pengalaman dan kritikan beginilah yang menyebabkan minda rakyat negara kita akan maju ke hadapan. Walaupun kesannya memang ada terhadap ekonomi dan pelaburan, tapi Mahathir kena fikir semua pergolakan ini siapa yang mulakan? Nampak sangat Mahadey gila kuasa!!
Mahathir Dan UMNO/BN
Mahathir dan pemimpin UMNO/BN kena faham. Bukan Anwar mahu Mahathir ditumbangkan. Keadaaan sudah menentukan.
Mahathir kena terima hakikatnya. Memang beliau dah habis 'shelf-life'nya, dan rakyat mahu 'fresh young blood' mengantikannya. Jadi, Mahathir kena akur dengan permintaan ramai. Itu baru demokrasi kalau nak kata dalam bahasa paling simple. Dolak-dalik dan pembohongan botang bukan lagi cara cari jalan damai. It is more of a war than peace!!
Jadi, eloklah beliau undor saja. Sebaik-baik sebelum berbincang dengan Barisan Alternatif. Kalau boleh, Mahathir jangan campur lagi politik rakyat. Terlampau banyak sangat musibah yang dia dah buat. Elok beliau keluar dari mahligai yang mendap itu dan tinggal di rumah tepi masjid. Beribadat pulaklah. Mudah-mudahan diampunkan Allah swt. akan dosa-dosa yang pernah dikerjakan. Biar orang muda ambil alih. 'You're already exhausted and well expired, Madey.. Pls take note of that..!! Rakyat need you no more..!'
Soalan: Perbincangan 'perpaduan Melayu' wajarkah? Sampai kemana sangat pencapaiannya agaknya?
Kita akan cuba tengok siapa yang mendapat manfaat sebenarnya di Bahagian Ke-3. Sebelum itu, kita cuba berfikir sama-sama.
Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO berkerat Rotan)