Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Jika Penyangak Maing Menyamar Sebagai 'Reformis' - Beginilah..!!

Amin Sapiro (berterusan anti-penyangak maling)

DALAM rencana saya bertajuk 'MAHATHIR SEDANG BERHADAPAN DENGAN MALAPETAKA CIPTAAN TANGANNYA' [Bahagian: 3], saya menulis:

[[Dengan merecupnya bilangan Laman-lamanWeb Reformasi di internet yang memberi ruangan Forum berinteraksi sesama mereka, dan Laman-lamanWeb artikel/rencana yang ditulis oleh pelbagai pihak seperti cendawan tumbuh lepas hujan - maka konsep dan maksud Reformasi semakin diperjelas dan difahami.

Mereka menulis, berceramah dan berdebat sesama sendiri. Mereka tidak perlu dibayar dan diupah. Mereka mengeluarkan perbelanjaan dari kocek sendiri. Mereka menggunakan tenaga dan masa memanifestasikan kebencian, kebosanan dan kejijikan mereka terhadap ketidakadilan, kezaliman, keborosan, pembaziran, korupsi, kronisme dan nepotisme yang merosakkan fabrik hidup sebuah masyarakat yang dimerdekakan.

Mereka menggunakan seluruh tenaga dan minda untuk mencapai maksud dan tujuan yang luhur. Mereka berjuang dalam satu prinsip yang sama, iaitu 'menegakkan Keadilan dan menumbangkan Kezaliman'. Perjuangan mereka semakin diterima rakyat banyak]].

ITU adalah suatu pandangan ikhlas berasaskan kebenaran yang semakin jelas. Memang sudah ada bukti bahawa tulisan mereka dan kerjasama PW terbabit telah mendapat perhatian umum.

Kita wajar berbangga kerana telah ada tanda-tanda kerja amal mereka mewujudkan satu barisan 'Pendemo Siber' yang semakin nyata kekuatan, pengaruh dan keberkesanan kerja amal mereka.

SEHUBUNGAN itu pula, terbertik di hati saya kegusaran setelah membaca 'KENYATAAN BERSAMA' yang termuat di LamanWeb Fitnah-e-UMNO [FeU]; berjudul 'HENTIKAN SEGERA KERJA MEMPLAGIAT HASIL USAHA INTELEKTUAL DI INTERNET UNTUK KEPENTINGAN DIRI!'

Setelah membacanya, samasekali tidak menyangka ada pihak yang cuba mengaut keuntungan tanpa merestui bahawa keikhlasan penyumbang wajar diberi terima kasih (paling kurang). Baginya, mungkin keringat orang lain halal baginya untuk diambil kesempatan melampias sikap rakus yang jijik dan hina.

Karenah paling tidak bermaruah, tamak dan bersifat penyangak yang dipamirlakukan oleh sesetengah individu yang layak ditafsirkan sebagai seorang perompak @ penyangak maling itu berkemungkinan dilakukan oleh pihak reformis sendiri (baca huraian di Laman FeU diturunkan dibawah).

Jika tanggapan itu benar, tidak wajar individu terbabit menggelarkan dirinya (mereka?) sebagai reformis yang membawa makna 'agen perobahan'. Lebih baik ia statik dengan terus bersekongkol dengan mana-mana kelompok 'mafia' supaya karekter mereka akan lebih ketara dan keinginan yang sedang merundung rohani mereka akan terlampias.

Catatan di FeU itu tidak wajar dibiarkan berlalu tanpa perhatian dan komen pendukung reformasi. Jika bibit-bibit 'buruk laku' ini dibiarkan bermula, maka akan rosaklah 'susu sebelanga kerana kontaminasi nila yang se titik' ini.

Sebagai suatu perjuangan, inilah sikap yang sedang ditentang habis-habisan dalam mengimarahkan prinsip ?menegakkan Keadilan dan menumbangkan Kezaliamn?..!!

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO berkerat Rotan)


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 17 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com