Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


WARKAH CUCU DATUK BAHAMAN – SUATU PERINGATAN YANG RELEVEN

Amin Sapiro (suka tengok bangsawan UMNO)

MEMBACA rencana Cucu Datuk Bahaman berjudul “Orang mungkin tidak akan dipatuk dua kali pada satu lubang”; terasa betul kepada kita darah perwira allayarham nenda beliau yang memang kental itu mengalir dalam tubuh beliau.

Kalau digabungkan dengan darah allahyarham Mat Kilau, Maharajalela, Hang Jebat, Lt. Adnan – kita percya masalah yang dialami oleh orang Melayu – hingga sampai 2 tahun berlanjutan adanya; insyaAllah dapat diselesaikan dalam tenpoh 2 hari saja.

Apa tidaknya!! Tun Seri Lanang menceritakan: Raja Mandeliar dan si Kitul cepat saja kena sula dari duburnya hingga ke tenggorok, lalu diusung keliling kota Melaka. Tanah rumahnya pun dibuang ke laut bersekali mayat-mayat mereka. Mudah saja orang Melayu Melaka membuat keputusan di zaman itu. Tahniah Melayu Melaka. Memang nampak kehebatan zamannya.

Orang Melayu Madani Lain Macam

Hari ini kita sudah dirasuk oleh amalan madani. Mungkin itulah yang menyebabkan orang Melayu tergagap-gagap melakukan sesuatu. Mungkin itu yang disebut toleransi, demi menjaga harmoni dan penghayatan agama (ulang: mungkin).

Apa yang menyedihkan kita juga: Ada orang bergelar pemimpin dalam UMNO yang mengambil kesempatan dari sikap dan kesantunan orang Melayu. Sudah 20 tahun berkarenah macam Raja Mandeliar, semakin ramai “kitul-kitul”nya. Inilah yang “menyemakkan” pikiran kita!

Kini, dah terang-terang si “beliau” itu ‘makan tangan’ melebihi kadarnya. Namun, orang Melayu dengan kesopan yang dibudayakan sebagai penganut Islam masih berpaut kepada tali Allah. Itulah kelebihan orang Melayu.

Cuma, yang menyebabkan banyak perkara yang menjadi semakin parah ialah: ramai puak-puak pemimpin UMNO yang jadi “kitul-kitul” berjenama ‘Melayu’ dan ‘Islam’. Mereka terjebak dengan pelbagai maksiat. Tak peduli aurat, cari kekayaan tanpa tulang urat…hingga mereka merelakan sistem dan budaya rakyat, keutuhan undang-undang dan pentadbiran negara dibiarkan dilacur dan dicemar.

Paling menyedihkan, Hak Asasi rakyat juga semakin tergugat. Paling ketara, seorang pejuang “pembebas rakyat” masih terperangkap dan masih terbelenggu – tidak diketahui khabar berita sebenar mengenainya. Keresahan semakin menjadi-jadi dikalangan rakyat. Orang Melayu merasa, hak mereka semakin melampau disekat. Dan..dan…dan.. banyak dan-dannya lagi!!

Satu Kesimpulan…..

Kesimpulannya, surat Cucu Datuk Bahaman itu: ia memang relevan untuk difikir bersama. Paling sedikit sebagai peringatan kepada pemimpin pihak yang berhasrat mempejuangkan “kebebasan rakyat”. Mesti ada sokongan penyokong dalam sebarang tindakannya. Lagi ramai lagi bagus.

Dan penyokong pula, kenalah bersabar. Kebijaksanaan pemimpin harus dihormati. Paling kurang bagi ruang untuk mereka melaksanakan tugas dan fungsi. PAS/BA adalah demokratik.

Apatahlagi, dalam setiap perjuangan menegakkan Keadilan dan menumbangkan Kezaliman, kita peringatkan semua pihak bahawa karekter “John Rambo” itu cuma khayalan saja. Paling kurang mesti ada sub-machine gun, M-16, panah beracun atau “Rambo dagger” juga, kan? memang tepat kita berpesan sesama kita.

Nah! Anak-buah yang muda-muda inilah sebagai telinga dan mata, kaki dan tangan. Kita hargai mereka, walaupun tidak punya apa-apa kecuali semangat juang yang kental, tetapi sudah berani memikul beban.

Mereka ada lidah yang pantas bila berucap. Mereka ada pena yang runcing-tajam diasah saban hari. Merekalah pelapis ke-2 yang semakin ketara dengan perjuangan yang saksama. Hingga hari ini Mahathir, UMNO dan komponen BN sudah semakin terasa “tepi kain” mereka.

Kemana kita sesudah ini? Kita cuba cermin-cermin diri di Bahagian 2.

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO berkerat Rotan)


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 17 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com