Amin Sapiro (makan hati berulam jantung)
DALAM sebuah siri drama klasik Cina yang popular pernah dipancarkan dari TVBS (TV Seberang Tambak Sebelah Sana) beberapa tahun dulu; teringat saya kesah 2 orang panglima perang yang pintar dari 2 pihak yang bermusuh. Saya lupa nama Siri itu (maaf).
Maharaja Cina yang sering digugat oleh satu puak yang menggelarkan diri mereka “tentera pembebasan rakyat” terlalu rimas dengan karenah mereka. Maharaja itu telah memberi mandat supaya puak pemberontak itu dimusnahkan hingga keluarga dan zuriat mereka (genocide).
Setelah berperang berbulan-bulan, tentera Panglima Maharaja itu hampir-hampir menyerah kalah kerana panglima perang puak tentera pembebasan rakyat/pemberontak itu amat perkasa. Askar pemberontak itu cukup berdisiplin, patuh kepada ketua dan lengkap peralatan senjata mereka.
Dipendekkan cerita, jika tentera pemberontak itu berkurangan bilangan kerana tewas di tangan askar Panglima Maharaja, bantuan baru serta-merta akan tiba. Ini bersebab dari hebatnya kemarahan rakyat yang memberontak itu.
Bagi puak tentera pembebasan rakyat/pemberontak itu, mereka adalah berhadapan dengan ultimatum yang sengit – jika untung sabut timbul, jika untung batu tenggelam…!! Tambahan pula, jika mereka kalah, kampung halaman dan sanak famili mereka yang tinggal di kampung akan terkorban. Kerana, mandat Maharaja kepada Panglimanya ialah untuk menghapuskan segala zuriat keturunan puak tentera pembebasan rakyat itu.
Keadaan kontroversial begitu menyebabkan mereka berperang bermati-matian dengan konsep perjuangan “akan menang kerana mesti menang” (we will win because we must win – sebagai slogan peperangan mereka).
Askar Panglima Maharaja sudah hampir kalah kerana beberapa ketumbukan mereka sudah hilang keyakinan diri akibah asakan yang hebat dari tentera pembebasan rakyat itu.
Tiba-tiba, datang seorang utusan dari pihak Panglima Maharaja. Dalam surat utusan itu, Panglima Maharaja mempelawa Panglima tentera pembebasan rakyat itu “minum keselamatan” (yumseng?) dan berbincang di atas sebuah bukit.
Disebutkan juga, pertemuan itu bakal dianggotai oleh 2 orang dari sebelah pihak, iaitu antara kedua-dua Panglima dan orang pilihan mereka.
Sayarat kedua: masing-masing tidak boleh membawa sebarang senjata atau beragenda untuk membunuh (seperti menaruh racun dalam minuman, dll).
Disyaratkan juga, pertemuan itu hendaklah disaksikan oleh bala tentera dari kedua-dua pihak – bermula dari terbit matahari hingga ghurub matahari.
Maka berbincanglah Penglima tentera pembebasan rakyat itu tanpa diketahui dan direstui oleh tentera mereka. Setelah beberapa orang di antara panglima-panglima penasihat di sekeliling Panglima turus itu berbincang, maka tercapailah keputusan menerima jemputan panglima Maharaja tersebut.
Persiapan dibuat di puncak bukit. Satu khemah besar dan dihiasi dengan peralatan indah disediakan. Masing-masing pihak membawa minuman keras (samsu) dan makanan yang lazat ke atas bukit itu. Beberapa orang tukang masak juga ikut serta.
Akhirnya, maka makan minum dan berbual berbincanglah kedua-dua pihak. Perbincangan mereka langsung tidak menyentuh mengenai peperangan. Ia cuma bercerita perihal mengenai kehidupan rakyat kedua-dua pihak jika peperangan berterusan.
Sebelum mereka menamatkan perbincangan petang hari tersebut, kedua-dua pihak bersalaman dan berpelukan. Mereka bertangis-tangisan hingga hingus hidung masing-masing berjejeran panjang (biasalah kan? Tradisi klasik kaum Cina bila berpisah akan menangis begitu).
Majoriti tentera pembebasan rakyat yang menyaksikan merasakan bahawa Panglima mereka sudah dapat menawan tentera musuh melalui pakatan dan perbincangan semata-mata. Kebijaksanaan itu tersebar dan mereka cukup senang hati.
Setelah tempoh ‘gencatan senjata 3-hari itu’ tamat, maka peperangan bermula semula. Tetapi tentera pembebasan rakyat tidak lagi berperang bersungguh hati kerana khabar ingin bertiup kecang kununnya segelintir askar Maharaja yang memulakan peperangan itu sengaja mau buat nakal kerana mereka memberontak berselisih faham dengan Panglima Maharaja. Padahal, Panglima Maharaja sendiri telah menunjukkan sikap hormat kepada Panglima tentera pembebasan rakyat dalam pertemuan 3 hari lalu.
Berperanglah kedua-dua belah pihak. Dalam tempoh sekerat hari saja, tentera pembebasan rakyat itu telah kalah teruk hingga Panglima turus mereka yang begitu perkasa tewas dan akan dipancung di hadapan tenteranya sendiri!
SOALAN:
Mengapa tentera pembebasan rakyat @ pemberontak itu kalah?
JAWAPAN:
Kerana Panglima Maharaja berjaya men“turning-over” psikologi askar tentera pembebasan rakyat dengan pameran ceria-mesra sewaktu Panglima mereka bersemuka 3 hari lalu. Pameran itu membawa kepada “a state of confusion” di kalangan tentera pembebasan rakyat. Tambahan pula, bertita sebenar tidak mampu diwar-warkan kerana alat komunikasi tidak sempurna.
PENGAJARAN:
Keperkasaan sesebuah pasukan tentera bukan terletak pada diri seorang Panglima itu semata-mata, tetapi lebih banyak bergantung kepada iltizam tiap-tiap individu yang menganggotai pasukan itu.
Seperti seutas rantai, kekuatan rantai itu bergantung kepada setiap ulas mata yang membetuk utas rantai itu. Jika beberapa ulas darinya lemah, maka rantai itu tidak akan sekuat yang dijangka-harapkan!
HARAPAN:
Kita yakin pemimpin PAS tidak “terbeli kerbau malam”. Jika tidak hati-hati, akhirnya “Rantai akan lebih mahal dari beruk”. Itu sajalah. Semoga cerita ini memberi manfaat dan pedoman jua!
Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO berkerat Rotan)