Amin Sapiro (Belatok tetap bertenggek di pangkal tunggul)
BILA Awang Sulung dari Utusan Meloya cuba berkhutbah dengan maudhuk “Berunding tanda beriman” (UM 14 Januari 01); sekaligus hidung saya yang tersumbat (selsema) bingkas terbersin.
Lantas saya mengucapkan ‘Alhamdulillah….’ sebagai kebiasaan tanda syukur kerana dada saya terasa lapang dan hidung yang berhingus tidak tersekat lagi. Mungkin itu suatu petanda baik kepada saya, paling kurang rencana Bisik-Bisik Awang melegakan hidung dan dada saya.
Memang sekian lama kita berharap sangat sambil bertanya sendirian: Bila lagi Astora Jabat akan dilapis oleh penulis bercorak agama dari kalangan warga tempatan.
Tak kan kita terus-menerus mengharapkan khutbah yang panjang-panjang dan bersiri seperti nukilan si Astora itu saja. Kerana, semakin beliau menulis semakin kacaubilau dan bercelaru otak dalam kepala si pembaca. Bukan sebab apa, kerana kerap sangat tulisan si Astora itu bukan berceramah tetapi “berfitnah”.
Kita tentu pernah melihat satu masa dulu teman siber kita, sdr. Tok Misai naik “fed-up” dan berentap memberi komen serius di FGR terhadap rencana si Astora Jabat di Utusan Malaysia (UM). Sebagai pembaca, kita cuma membaca dan cuba memahami hujah Tok Misai sekadar termampu. Lain-lain perkara kita serahkan kepada Allah swt yang maha mengetahui untuk mengadilinya.
Tetapi dalam rencana Awang itu pula, kita agak terperanjat juga bila meneliti perkembangan tulisan dan berita dalam akhbar Awang. Perkembang majoriti media arus perdana selama ini semacam tidak nampak ‘renek-renek’ suka dan setuju mereka terhadap parti Melayu berwadah Islam seperti PAS.
Malah, selama beberapa tahun ini, surat khabar Awang lah jagoh penghasut minda orang Melayu umpama tuan punya gelanggang “laga ayam” yang tidak peduli ayam mana yang akan mati berlaga asalkan sewa gelanggang dibayar! Hehehe…(fulus dulu, ayam yang mati tak pedulik..!!)
Tetapi sekarang, hairan sangat kita bagaimana akhbar Awang dan Awang juga (ikut sekali) berobah secara tiba-tiba. Bertanya juga kita: Nak “meninggal tebiat” pulakkah? Hehehe…!!.
Awang menulis:
[[….MELIHAT langkah Pas dan UMNO yang amat berhati-hati, Awang berdoa kepada Allah agar hasrat mulia mengadakan pertemuan perpaduan Melayu tetap menjadi kenyataan dalam masa yang terdekat.
Sebagai parti politik, kewaspadaan kedua-dua pihak amatlah difahami. Faktor untung rugi dari segi politik tetap menjadi pertimbangan, khususnya bagi Pas selaku pihak yang dipelawa.
Namun, berfikir di atas landasan keimanan, Awang tidak nampak kewajaran sikap berhati-hati itu menjadi penghalang kepada pertemuan yang amat dinanti-nantikan oleh umat Islam Malaysia ini.
Pelawaan yang dikemukakan oleh UMNO kepada Pas itu mengajak kepada perdamaian yang amat dituntut oleh Allah. Maka tangan yang dihulurkan ketika suasana bermaaf-maafan pada bulan Syawal masih terasa, hendaklah disambut dengan ikhlas]]. (sila baca di kolum beliau).
Ini betul-betul satu bayangan anjakan paradigma arus minda dan falsafah Awang dan akhbar beliau. Dulu, yang kita baca cuma pembohongan dan kutukan terhadap PAS dan Pembangkang Melayu. Tetapi kini akhbar Awang semacam sorot kebelakang pula. Tak taulah kita samada Awang dan akhbarnya sudah insaf bahawa apa yang mereka lakukan selama ini disedari sebagai tersasul dan terlanjur.
Terbuka hati kita untuk mengucap syujur kehadhrat Allah swt kepada Awang dan akhbar beliau kerana nampaknya dengan izinNya; mereka ini sudah sedar dan insaf.
Moga-moga Awang, akhbarnya dan teman-teman Awang “yang sewaktu dengannya” (hehehe…) tersedar dari bermimpi di siang hari.
Kita berterima kasih kepada Pembangkang Melayu yang tidak putus-putus berceramah menyedarkan pihak Awang dan pucuk pimpinan UMNO supaya sedar diri dan balik kepangkal jalan.
Berharap sangat kita bahawa ini bukan sebuah “sandiwara” pula. Maklum dalam politik semasa, banyak sangat episod-episod terkini yang terhimpun dan berakhir dengan sandiwara, kan?
Semoga Utusan Melayu dapat berubah karenah dan perangai supaya tidak lagi digelar orang sebagai “Utusan Meloya”. Malu sangat lahhhhhh…..!!
Dengan itu, bertepatanlah sekarang apa yang pernah saya katakan dalam artikel saya di laman WebAntu dan FeU dibawah tajuk “MAHATHIR SEDANG BERHADAPAN DENGAN MALAPETAKA CIPTAAN TANGANNYA - Bah 3 “, antara lain:
[[Islam: Agama Penyatuan
Perhatikan ini: Dari hujung kaki ke hujung rambut, orang Melayu sudah membudyakan agama Islam yang jadi anutan sepanjang zaman. Walau mungkin ada diantara mereka yang terbabas serba sedikit, namun mereka akan kembali ke pangkal jalan.
Mereka tidak akan menyimpang terlalu jauh hingga berlaku pula perpecahan. Satu waktu nanti, mereka akan sedar bahawa mereka perlu akur dengan tuntutan bangsa dan agama yang menjadi anutan dan budaya mereka, dan dikekalkan.
Dengan itu, jangan sesiapa cuba terfikir memainkan fenomena yang menyebut orang Melayu sudah berpecah – hilang perpaduan. Itu bukan satu kenyataan yang benar. Peristiwa 13 Mei adalah pernyataan sebuah insiden yang membuktikan bahawa dogma dan ideologi politik kepartian tidak termampu memecahbelah kesatuan orang Melayu. Mereka sanggup bersama menghadapi sebarang ancaman. Tidakkah terbukti, dalam sekelip mata, orang Melayu berjaya merapatkan barisan dalam satu acuan?
Bermakna, orang Melayu tidak akan “terpukau” dengan sebarang adu-domba puak yang berhasrat memecahbelahkan mereka]]
Jom kita minum teh tarik di tempat selalu. Kali ini you belanja, tau? Amin Sapiro dah kehabisan siling… hehehe..!!
Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO berkerat Rotan)