Amin Sapiro (kuda kepang Mahathir tersepit celah kangkang)
Bah 2
Hari Ini Bagaimana?
Tidak jauh bezanya!! Tidak jauh!! Teliti setiap sudut dan liku-liku hidup orang Melayu yang kununnya mengaku telah merdeka. Pandang kelilling dan pekakan minda. Tanya jiran dan sahabat handai bagaimana hidup mereka.
Tanya diri kita, siapa yang menentu dan menetap faktor harga di pasar? Kaum mana dan siapa mereka? Itu adalah kesan dan implikasi dasar dan aturcara siapa?
Jika Dr. Mahathir berkata kununnya faktor harga ditentukan oleh “permintaan dan penawaran”, betulkah perimbangan itu?
Tanya Dr. Mahathir: Berapakah jumlah orang Melayu yang terbukti sanggup membeli rumah seharga setengah juta RM berbanding dengan pendapatan purata seorang ayah 5 orang anak bergaji RM1000 sebulan membelinya? Berapa jumlah mereka dalam kategori ini? Siapa yang ambil pedulik memperjuangkan nasib mereka nasib mereka gini? Siapa yang menyebabkan hidup mereka jadi begini?
Tanya Mahathir, Presiden UMNO dan Perdana Menteri tertua di Asia: Berapa jumlah rakyat termiskin di Terengganu atau di pinggir Bandaraya Kuala Lumpur bergaji dibawah paras ‘miskin’, masih tinggal sebagai setenggan dibawah bumbung atap zing berkarat? Mewahkah hidup mereka dengan Kentucky Fried Chicken jadi hidangan minum petang? Adakah mereka mampu berbuka puasa di restoran Hotel 5-Bintang dengan bayaran satu kepala cukup bagi mereka membeli beras se bulan?
Perbandingan Yang Menyedihkan
Bandingkan hidup mereka dengan Kroni dan suku-sakat Mahathir dan kuncu-kuncu mereka. Perahan keringat mereka yang miskin inilah yang dipaksa membayar pelbagai macam cukai yang membolehkan Mahathir membina Mahligai, terbang dengan Global Express, berdansa dengan Shah Rukh Khan di Genting Highland, memberi ganjaran si Mirzan berjudi di Macau dan Las Vegas dan menampung kekalahan bermillion-million!!
Tanya Mahathir-Daim: Itu duit siapa? Betulkah duit hasil perniagaan mereka? Jika benar duit hasil keuntungan perniagaan mereka yang berkroni, mengapa ia disauk dan dari kocek rakyat melalui 1001 macam penipuan? Ada yang disebut sebagai bailout dari Danamodal, dan seumpamanya.
Sebaliknya, Mahathir-Daim lah perancang segala “papan catur” ekonomi negara. Apa yang kita lihat sekarang, KWSP – kumpulan wang saraan pekerja bagi menghadapi masa tua, dan Tabung Haji – simpanan umat Islam bagi membolehkan mereka menunaikan Rukun yang difardukan Allah swt.; kini sudah dijadikan sebagai dana cagaran.
Apakah itu bermakna Dasar Pengkopratan dan Penswastaan Mahathir-Daim begitu cemerlang? Apakh dendang lama menyalahkan George Soros sah diperlakukan?
Persoalan dan Soalan WAJIB
Rakyat dan orang Melayu cuba tanya diri sendiri! Wajarkah Mahathir-Daim dan mereka yang sekongkol dalam poitik UMNO/BN dikekalkan memerentahkan rakyat dan negara 100 tahun lagi?
Jika puak ini tidak disingkir dan dihumbankan dalam tempoh tedekat, orang Melayu di negara ini akan kembali merasa betapa pedihnya nenek-moyang kita hidup dalam pemerentahan empat (4) kuasa luar yang pernah mengurustadbir mereka sejak Portugis menjejak kaki di bumi Melaka sebagai penjajah!!
Berbalik kita kepangkal jalan
Bukan bermaksud sebagai hasutan
Cuma bermadah sebagai pesanan
Tidak salah jika dijadikan amalan
Tepuk dada tanya selera…!!
Kuasa sebenar ada di tangan kita
Raja adil raja disembah….
Raja zalim raja disanggah
Pantang mati sebelum ajal,
Pemerentah yang zalim….
tidak wajar dikekal….
Masihkan kita wajar dijadikan landasan mencincang?
Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO Berkerat Rotan)