Amin Sapiro (tak pernah tembak meraba)
Bahagian: 1
BARU hari ini Mahathir sedar bahawa agenda beliau yang bertujuan mengalih pandangan orang Melayu supaya berbalik menyokong UMNO sudah siang-siang tercium oleh pemimpin Pembangkang Melayu kelicikan beliau.
Mahathir perlu berwaspada bahawa dalam keadaan sekarang, beliau tidak boleh buat seperti sebelum DS Anwar dan anak didikan beliau, seperti Ezam, Azmin, Saifuddin Nasution, dll. masih dalam UMNO. Parti itu sekarang sudah ketandusan pemimpin yang dedikasi dan berfikiran jangkapanjang ke hadapan!
Juga, Mahathir tidak boleh menganggap remeh PAS sebagai parti ulamak fundemantalis kunu totok agama dengan minda tidak terbuka seperti 20 tahun dahulu. DAP juga bukan lagi sebuah parti perkauman Cina seperti yang diwarwarkan UMNO dan MCA selama ini.
Mahathir dan pemimpin UMNO/BN tidak boleh lagi menetapkan sesuatu agenda sesuka hati tanpa memikirkan bahawa beliau dan UMNO bukan lagi berhadapan dengan sebuah Barisan gabungan komponen parti-parti 'nyamok' sewperti yang dihimpunkan dalam Barisan Nasional (BN).
Mahathir harus semakin faham bahawa UMNO/BN tidak lagi melalui jalan mudah apabila berhadapan dengan Pembangkang. Walaupun mereka cuma mengandungi empat parti tunjang - berbanding BN yang punya komponen parti lebih 10 jari, cuma mereka kurang dari segi bilangan; tetapi tidak dari segi pengaruh.
Malang majoritinya komponen BN umpama 'segan mati tak mau'. Langsung tak dengar dengus!! Macam bayi diserang hingus. Lebih baik ditakrifkan sebagai NGO saja!! Hahaha?.
Perbincangan Perpaduan Melayu - Apa Khabar?
Hihihihih..!! Media UMNO hari ini menulis berita bertajuk 'Penyatuan Melayu dahulu -- UMNO, Pas boleh bincang perpaduan nasional kemudian - PM'. Diberitakan Majlis Tertinggi (MT) UMNO bersetuju mengadakan pertemuan antara parti itu (UMNO) dan PAS dengan memberi tumpuan kepada soal perpaduan Melayu terlebih dahulu.
Mahathir berkata, "Kita (UMNO) punya pendirian ialah kita hanya sanggup, buat waktu ini, (berbincang) berkenaan dengan perpaduan Melayu. Ini tidak bermakna kita menolak (daripada membincangkan) perpaduan nasional. Kita boleh bincang kemudian".
Alasan Mahathir sama seperti budak-budak tadikan main 'cup-cup'. Kata Mahathir (hihihih?.), "Satu tajuk itu pun saya ingat boleh makan masa panjang," katanya.
Bermakna, Mahathir mahu UMNO meminang dara orang, tetapi dia pula yang memberi syarat. Inikah budaya Melayu cara yang diterap oleh Mahathir kepada UMNO? Jujur dan ikhlaskah Mahathir? Ini telah menjadi tandatanya dikalangan orang Melayu termasuk keluarga UMNO.
Jika itulah 'pasal'nya Mahathir tak nak bincang sekarang, bila lagi dan dimana lagi, kan? kan? kan? Bincang amende kalau macam ni?
Mahathir Tak Faham 'Roh' Perjuangan Orang Melayu
Tajuk 'Melayu' sudah lama dibincangkan. Tentu semua puak UMNO tidak buta sejarah. Jika butapun, cuma Mahathir dan sekongkolnya yang telah dibutakan.
Tidakkah isu perpaduan Melayu telah dibincangkan oleh orang Melayu sejak bangsa Melayu menentang penjajahan 450 tahun dulu? Jika tidak begitu, mustahil Hang Tuah dikenalpasti sebagai pengucap kepada rangkap keramat 'Takkan Melayu hilang di dunia'. Tetapi belum terdengar rangkap yang menyebut 'Takkan MAMAK hilang di dunia', tak gitu?
Dalam pertengahan abad ini, lama sebelum gagasan Malayan Union tercetus hingga ke hari ini isu itu sentiasa dibincangkan oleh orang Melayu dimana-mana juga. Jika kita di warong kopi sekali pun, atau di perhimpunan UMNO sekalipun, isu itu tetap dibincngkan. Mungkin warong itu kepunyaan 'mamak roti canai dan teh tarik', tetapi akhbar bacaan terkini ialah HARAKAH (paling kurang).
Mungkin 1001 tahun lagi, atau sampai kiamat (insyaAllah) sekalipun; tajuk perpaduan Melayu akan terus menjadi topik perbincangan orang Melayu. Mereka berbincang tanpa jemu. Orang Melayu sedar bangsa dan agama mereka menjadi bahan cemburu kesan dari agenda puak yang berpura-pura dan berjanji palsu.
Apa yang menjadi masalah sekarang ialah, apabila rakyat negara ini sudah dirasuk oleh 'pendatang haram zuriat Krala' yang sekor ini; negara menjadi huru hara dan kacaubilau. Orang Melayu puak UMNO terpenjara. Hak asasi dan Kebebasan mereka diperkosa.
Jadi, perbincangan mengenai perpaduan Melayu tidak perlu dibuat dengan Pembangkang Melayu. Itu masalah dalaman UMNO. Isu SUQIU juga ciptaan Mahathir dan UMNO barua(A)nya. Itu masalah cetusan puak UMNO yang diilhamkan oleh Mahathir Mohamad juga.
Apa yang berkemungkin akan diambil kesempatan oleh UMNO sekarang ialah agenda UMNO dan Mahathir untuk terus berkuasa samai mati. Jika itu impian Mahathir, saki-baki penyokong UMNO wajar memilih satu antara dua - samada 'tolak UMNO atau sokong Pembangkang Melayu'.
Sebenarnya, itulah yang jadi masalah kepada Mahathir. Beliau kena berwaspada bahawa orang Melayu bukan lagi sedungu, sebangang dan sebebal 20 tahun dulu. Mereka sudah punya keyakinan dan jatidiri. Pendidikan dan pengalaman yang sudah-sudah telah membuka mata mereka.
Hehehe? kita perlu membincang dan memperinci apa sebab Mahathir, MKT UMNO dan pemimpin UMNO cari jalan tolak bincang masalah sosio-politik negara yang lebih mencabar dan lebih penting memerlu titik berat sebenar..!!
Kita mahu Mahathir, UMNO dan BN berfikir secara matang dan jangan terlalu emosional!! Sudah faham?
Akan di teliti di Bahagian Ke-2
Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO Berkerat Rotan)