From: "Bakal PM" <******@mesra.net>
Subject: Musykil ttg anak luar nikah
Date: Sat, 13 Jan 2001 21:01:51 -0800
Assalamualaikum........
Ana ada sedikit kemusykilan di sini.... berhubung dengan orang yg bernikah ketika mengandung kandungan luar nikah.. adakah sah nikahnya.. Dan adakah benar.. jika janin itu belum membentuk manusia.. ianya boleh di binkan kepada bapa luar nikahnya.. yakni org yg berzina dgn ibunya sebelum nikah.. Kerana pada masa ini kita melihat zuruf di Mesia keadaan seperti ini amat banyak sekali berlaku..
Sekian terima kasih
WASSALAM
....................................................................................
Wa`alaykum salam warahmatullah.
Hukum nikah dgn perempuan yg sedang mengandung anak luar nikah adalah sah (bila cukup rukun dan syarat nikah), sama ada lelaki yg bernikah itu si empunya benih dlm kandungan itu atau lelaki lain.
Masalah sama ada boleh atau tidak anak drp benih luar nikah itu dibinkan kpd bapanya (yg dinikahkan secara sah selepas zina), adalah tertakluk kpd tempoh usia kandungan selepas dinikahkan. Sekiranya usia kandungan adalah melebihi tempoh enam (6) bulan (mengikut perkiraan kalendar Hijriah) selepas dinikahkan, maka anak yg dilahirkan itu dibinkan kpd suami ibunya yg sah itu. Sekiranya usia kandungan itu tidak sampai enam bulan Hijriah selepas akad yg sah, maka haram membinkan anak itu kpd lelaki yg menjadi suami kpd ibunya itu.
Sebagai contoh, Minah telah berzina dgn Mamat lalu hamil. Ketika usia kandungan zinanya tiga bulan Hijriah, Minah pun dinikahkan dgn Mamat (atau dgn lelaki lain). Enam bulan sepuluh hari selepas akad nikah itu, Minah pun melahirkan bayi hasil perzinaan dgn Mamat lebih kurang sembilan bulan yg lalu. Walaupun anak itu sebenarnya adalah hasil perzinaan, tetapi atas dasar Husnuz Zan (berbaik sangka), maka syariah membenarkan anak itu dibinkan kpd Mamat (atau lelaki lain) yg telah berkahwin dgn Minah secara sah.
Ini berdasarkan 'isyarat al-nas' drp ayat2 berikut:
1. Ayat 15 Surah al-Ahqaf yg bermaksud, "Dan Kami (Allah s.w.t.) telah berpesan kpd manusia supaya berbuat ihsan kpd kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungkannya secara payah, dan melahirkannya secara payah, (tempoh) kandungan dan penyusuan selama tiga puluh bulan…"
2. Manakala ayat 14 Surah Luqman pula bermaksud, "…dan penyusuannya selama dua tahun…" dan ayat 232 Surah al-baqarah yg bermaksud, "Dan ibu2 yg menyusukan anak2 mereka selama genap dua tahun, iaitu bagi sesiapa yg hendak menyempurnakan penyusuan itu"
Berdasarkan ayat2 di atas, para ulama Islam yg bijaksana lagi memahami al-Quran telah merumuskan bahawa tempoh kandungan yg minima (paling pendek) ialah selama enam bulan Hijriah. Ini kerana Al-Ahqaf: 15 menyatakan tempoh kandungan beserta penyusuan ialah 30 bulan (perkiraan bulan dlm al-Quran adalah berdasarkan Qamariah/Hijriah), manakala al-Baqarah: 232 dan Luqman: 14 pula menyatakan tempoh penyusuan yg lengkap ialah 24 bulan. (30 - 24 = 6), maka tempoh 6 bulan yg tinggal itu ialah utk usia kandungan yg minima, w/pun kebiasaan tempoh hamil ialah lebih kurang 9 bulan.
Berdasarkan inilah, maka anak yg dilahirkan selepas 6 bulan Hijriah ibunya bernikah, adalah dikira anak yg sah dan dibinkan kpd bapanya yg telah bernikah secara sah dgn ibunya, w/pun umum mengetahui si ibu itu telah berzina dan telah hamil semasa akad nikah diadakan. Maka sesiapa yg menuduh anak itu sebagai anak haram, maka si penuduh layak dikenakan Had al-Qazaf (jenayah menuduh zina tanpa saksi) sebanyak 80 sebatan (berdasarkan Surah al-Nur: 4).
Sebaliknya, jika usia kandungan itu tak cukup enam bulan Hijriah selepas nikah yg sah, maka adalah HARAM membinkan anak itu kpd lelaki yg dinikahi oleh ibunya secara sah semasa sedang hamil zina itu.
Bahkan menurut hukum Islam, jika Minah melahirkan anak yg usia kandungannya kurang drp 6 bulan drp tarikh akad nikah yg sah, maka dia dikira telah hamil luar nikah tanpa syak lagi (tak boleh diberi husnuz zan lagi) dan layak dihukum hudud zina, melainkan dia dapat membuktikan dgn bukti yg melampaui keraguan bahawa dia dizinai secara paksa (rogol). Minah juga boleh membawa ke muka pengadilan lelaki yg menzinainya (dlm contoh tadi, Mamat) utk sama dihukum hudud zina, sama ada dgn bukti atau saksi atau pengakuan lelaki itu. Jika tidak, Minah seorg dihukum hudud zina, melainkan dia berjaya membuktikan bahawa dia dirogol. Tidak timbul soal tidak adil, kerana setiap org terpaksa memikul akibat perbuatannya sama ada di dunia sahaja atau di akhirat saja atau di dunia dan akhirat sekali gus. (Tambahan huraian ini adalah sebg jawapan terhadap org yg berkata hukum hudud tidak adil utk wanita yg hamil luar nikah kerana dirogol)
Maknanya, anak Minah tadi mesti dibinkan kpd 'Abdullah'. Kalau kebetulan suami ibunya bernama Abdullah, maka selamatlah maruahnya. Kalau nama suami ibunya bukan Abdullah, kena binkan kpd Abdullah juga sebab bayi itu anak luar nikah yg tak boleh diberi Husnuz zan lagi, sebab tak cukup enam bulan kandungan.
Sekian jawapan saya, WaLlahu a`lam bis sowab, wassalam.
Ust. Ali Muda