Assalamualaikum sdr Azua,
Terima kasih atas kepercayaan sdr utk menjawab soalan sdr yg berupa permintaan fatwa ini. Saya sebenarnya bukanlah orang yg paling layak, kerana sepatutnya mufti yg menjawabnya. saya, kalau jadi mufti utk beberapa persoalan semasa pun, hanyalah mufti tak rasmi (atau mufti 'haram'?)
Tetapi demi memenuhi permintaan dan kepercayaan sdr, saya akan cuba menjawab berdasarkan sedikit ilmu yg diberikan Allah s.w.t.
Orang lelaki Islam dilarang memakai barangan yg diperbuat drp emas berdasarkan larangan Nabi s.a.w. dlm beberapa hadis sahih. Dlm al-Quran tiada disebut berkenaan hal ini, maka oleh kerana itu puak anti-hadis kata tidak haram pakai emas.
Oleh kerana Islam itu bersumberkan al-Quran (Allah s.w.t.) dan hadis sahih (rasul-Nya s.a.w.), bukan al-Quran sahaja spt sangkaan puak sesat anti-hadis, maka hukum haram pakai emas bg lelaki itu adalah juga hukum Islam dan hukum Allah s.w.t.
Persoalannya, apakah saduran emas itu sama dengan barang yg diperbuat drp emas? Jawabnya tidak. Saduran emas mungkin tidak sampai 10 % drp barang yg disadur itu.
Atas dasar itu, barang yg disadur emas tidak sama hukumnya dgn barang yg diperbuat drp emas. Demikian juga pendapat ahli feqah (fuqaha') ttg barang yg bercampur dgn emas spt suasa (campuran emas dan perak) spt yg terdapat dlm Kitab al-Asybah wa al-Nazaoir karangan Imam al-Suyuti (m. 911H). Maka mereka berkata harus bg lelaki utk memakai suasa. Jika suasa harus, saya berpendapat barang yg disadur dgn emas yg sgt sedikit adalah harus juga dipakai oleh lelaki.
WALAU BAGAIMANA PUN, setiap org Islam hendak berwarak (tawarru`) terhadap perkara2 yg dibimbangi menjerumus kpd haram w/pun asalnya tidak haram. Emas asalnya haram utk lelaki, jadi jgnlah terlalu banyak memakai barangan yg disadur emas w/pun ia dikatakan harus atas alasan ia bukan emas 100%.
Sekian, waLlahu a`lam bis sowab. wassalamualaikum.
.........................................................
From: Azua Bin Abdul Rahim <******@musteq.com.my>
Subject: GOLD PLATED
Date: Fri, 12 Jan 2001 16:51:14 +0800
Salam
Ustaz, apakah boleh lelaki menggunakan barang2 seperti mancis api, bingkai cermin mata, pen, pins, penyemat baju yang di sadurkan emas.
Wassalam