From: "Kundur Labu" <****2000@visto.com>
Subject: Apa zalimnya...?
Date: Wed, 03 Jan 2001 08:04:14 -0800
Assalamualaikum WBT ustaz
Bertemu kita sekali lagi di sini....saya ucapkan berbanyak terima kasih atas kesudian ustaz membalas e-mel saya yg lepas.
Di sini ingin saya sertakan beberapa soalan kepada ustaz:
1.PAS & BA sering melaungkan bahawa kerajaan BN sekrg ini adalah sebuah kerajaan yg zalim & tidak adil...tetapi apakah kezaliman yg sebenarnya yg mereka telah dilakukan...?
kalau nak diikutkan kerajaan BN tidak pernah menyiksa atau melakukan sesuka hati..kesemuanya mereka lakukan berdasarkan undang˛ Malaysia ini....semoga ustaz dapat jelaskan mengenai
konsep keadilan ini
2.Ustaz ada juga menyatakan didalam satu artikel ustaz bahawa kerjasama DAP/PAS adalah atas dasar kebajikan dan menentang kezaliman.Saya tidak nampak apakah kebajikan yg ustaz maksudkan di sini...dan apakah kezaliman yg diwarwarkan ke atas BN?
sekianlah soalan saya ustaz....semoga ustaz...dapat menjawab dgn seadil-adilnya..
Wassalam
......................................................
Wa`alaikum salam wrt. wbt.
Syabas di atas keterbukaan minda sdri terhadap jawapan saya dlm e-mel2 yg lepas. Seblm menjawab, sukalah saya tegaskan bahawa saya bukanlah juru cakap bg pihak Pas atau BA, tetapi hanyalah pemerhati dr luar setiap aliran parti politik, pertubuhan atau gerakan di Malaysia ini. Jadi jawapan saya adalah mewakili diri saya sebg pemerhati, tanpa menafikan kadang2 jawapan itu ada persamaan dgn pihak2 lain.
Jawapan kpd e-mel sdri kali ini adalah spt berikut:
1. Kalau Pas/BA hanya membuat laungan kosong tanpa sebarang bukti bahawa kerajaan yg memerintah telah melakukan kezaliman, percayalah, tak akan ada org yg akan menyokong atau bersimpati terhadap Pas/BA.
Sdri harus faham bahawa kezaliman itu bukan saja dlm bentuk siksaan dan deraan fizikal spt tentera Jepun menyiksa musuhnya zaman 40-an dulu dgn memaksa minum air sabun, mengapit jari dgn plier, terajang/tampar kerana kesalahan kecil atau pancung jika kesalahan itu besar. Kezaliman bukan itu saja. Mengekalkan peraturan yg diwarisi drp penjajah utk kepentingan kedudukan dan status quo pun adalah satu kezaliman, spt akta ISA. Berapa umur sdri ketika peristiwa pembunuhan Ust Ibrahim Libya dan pengikutnya di Memali? Atau sdri tidak mengetahui cerita sebenarnya? Kenapa perbicaraan kes itu ditangguhkan berkali-kali hingga hari ini? Bukankah zalim namanya mengarahkan pasukan polis menembak org yg tak bersenjata selain parang? Bukankah zalim namanya, menyekat rakyat drp mengetahui cerita sebenar dgn menangguhkan perbicaraan bertahun-tahun lamanya, sehingga mangsa tak terbela?
Bukankah zalim namanya, menyekat dgn kuasa kementerian dlm negeri, hak2 pihak lain utk bersuara melalui media yg bebas setelah media milik rakyat digunakan oleh parti pemerintah? Kenapa tidak diberi kebenaran kpd mereka utk menyatakan suara mereka dan rakyat akan menilainya dgn bebas? Kenapa hak ini disekat dgn alasan parti pembangkang selalu buat fitnah? Adakah parti kerajaan tak buat fitnah langsung dan menyiarkan yg benar saja ttg pembangkang? Kalau sama2 buat fitnah, biarkan rakyat yg menilainya dgn bebas. Kalau di Amerika ada 1400 surat khabar dgn rakyatnya lebih kurang 200 juta, sepatutnya di Malaysia ada 140 akhbar dgn penduduk 20.2 juta. Kalau tak pun, ada 14 akhbar jadilah, dgn syarat sebahagiannya dimiliki secara bebas oleh suara kedua/alternatif. Kenapa takut sgt dgn kebebasan akhbar? Seluruh dunia menyaksikan setiap regim pemerintah yg zalim dan diktator memusuhi kebebasan akhbar. Lebih2 lagi di dunia umat Islam, sama saja antara Malaysia, Mesir, Syria, Iraq dll (dgn beberapa perbezaan dlm cara mengawasi akhbar). Jadi bukankah satu kezaliman, perbuatan menutup mulut pihak yg kita kata dia buruk di depan org ramai, tanpa peluang utk dia bercakap secara bebas spt kita? Ttg ceramah di ceruk2 kampung dan bandar tak boleh diungkit, sebab itu lumrah bola yg ditekan ke dlm air, ia akan cuba utk timbul juga di setiap celah yg ada.
Bukankah zalim namanya, menghukum seorg yg gagal disabitkan salah oleh pendakwa dgn hukuman penjara berdasarkan tuduhan yg langsung tak berasas dan alibinya langsung tak mampu dicabar pendakwa? Sedangkan org yg mengaku melakukan kejahatan itu tidak pula dihukum? Tak zalim ke tu?
Dan bukti kezaliman yg paling besar ialah tak melaksanakan syariat Allah yg diturunkan DAN ALLAH SWT LAH YG MULA2 SEKALI MENGATAKAN ORG YG TAK BERHUKUM DGN HUKUM-NYA SEBG ZALIM spt dlm ayat 45 surah al-Maidah! Tuduhan siapa lagi yg paling benar selain tuduhan Allah s.w.t.?
Ttg alasan sdri bahawa kerajaan tidak melakukan sesuatu tindakan melainkan berdasarkan undang2 Malaysia, utk menggambarkan sebg tak zalim dan adil; sdri kena belajar semula konsep keadilan sejagat. Adil atau tak adil bukan diukur dgn undang2 di suatu tempat, tetapi diukur dgn neraca Tuhan yg Maha Adil. Kalau undang2 di sesuatu tempat dijadikan ukuran, nescaya Israel pun adil terhadap rakyat Palestin w/pun mereka membunuh dgn sungguh kejam. Alasannya, tentera Israel hanya bertindak berdasarkan undang2 Israel yg membenarkan tentera 'bertindak' terhadap 'pengganas'. Amerika pun adil bila dia tembak kilang ubat Sudan sebab undang2 di Amerika meluluskan Pentagon bertindak demikian terhadap 'pengganas' spt Sudan. Fir`aun pun adil bila dia menghalau Musa a.s. kerana undang2 Fir`aun membenarkan tindakan menghalau org2 yg menyeru kpd Tuhan selain Fir`aun.
Haa… itu dia implikasi konsep keadilan yg sdri faham berdasarkan undang2 manusia di sesuatu tempat. Cuba sdri fikir dgn waras, betul ke konsep keadilan semacam itu?
2. Kebajikan yg dimaksudkan ialah kerjasama utk mencegah kezaliman pemerintah dlm hal2 yg ada unsur kezaliman. Dlm hal yg bukan kebajikan, saya dapati Pas tak bersama DAP, spt Pas tak bersetuju dgn dasar sekularisme DAP. Pas dah pun mengehadkan bentuk2 kerjasama dgn DAP dan DAP nampaknya semakin faham prinsip perjuangan Pas. Mereka pun dah tak berapa takut dgn 'hantu' negara Islam yg dimomokan oleh BN terutama UMNO.
Kezaliman BN yg diwar-warkan itu dah disebutkan sebahagiannya di atas.
Semoga sdri dpt kefahaman, wassalam `ala man ittaba`a al-huda.
Ust Ali Muda