Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Carut lagi

From: Gawat Awat <*****@yahoo.com>
Subject: carut lagi
Date: Mon, 18 Dec 2000 19:38:03 -0800 (PST)

Assalamualaikum wrbt.

Ustaz tolong jawab permasalahan yg dibawa oleh sahabat saya ini seperti dibawah mengenai isu carut. Saya telah menjawab tetapi mungkin ustaz mempunyai pandangan yg lebih ilmiah demi kebenaran agama yg hak.

Permasalahan yg dibawa oleh sahabat saya Damarwulan ialah begini:

Nampaknya juak-juak PAS masih beriman bahawa terlalu banyak Allah SWT mencarut dan memaki-hamun di dalam al-Quran dan dengan itu manusia PAS wajar dan dibolehkan `mengikut apa yang Allah SWT buat itu (perbuatan carut dan sumpah seranah'. Na'uzubillah. DW pernah bertanya siapa yang mmberikan kewajaran kena pada ketika dan tempatnya jika alasan itu jua yang hendak dipertahankan? Apakah gelodak hawa nafsu diiktiraf sebagai penentu masa dan ketikanya kelak?

DW tetap beranggapan bahawa itu hanya ajaran politik PAS dan bukan ajaran Islam yang maha suci dan menekankan akhlak terpuji.

Satu cabaran buat Tamar atau Ali Muda pujaan hatinya; bawakan nas dan dalil yang menunjukkan seruan Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW agar penganut Islam mencarut dan memaki hamun apabila kena pada tempatnya. Jika ada ayat-ayat Allah SWT dan sunnah Nabi SAW yang menyeru kepada akhlak terpuji, menjauhkan umpatan, kata kotor, cabul dan sebagainya, tentu ada juga ayat-ayat yang menyeru sebaliknya, jika itu pegangan anda, Tamar dan juak-juak PAS.

Mungkin DW akan menganut ajaran PAS jika anda boleh membuktikan demikian.

Jika tidak, mahukah anda bertaubat daripada terus memesongkan akhlak terpuji yang dianjurkan al-Quran dan Rasulullah SAW untuk diamalkan oleh kita semua?

Moga-moga Allah SWT ampunkan dosa-dosa kita semua.

Wallahu'alam.

.........................................................................

Jawpan yg saya berikan adalah seperti dibawah:

salam,

Nampaknya DW gemar sikap cabar mencabar demi kebenaran. Sifat cabar ini juga ada pada Allah yg telah mencabar golongan kafirin,musyrikin dan munafikin mengeluarkan ayat2 dan surah2 alquran. Tidakkah kamu tahu wahai damar bahawa Allah mempunyai sifat2 mazmummah dan keji tertentu. Sifat2 mazmummah tertentu itu hanya hak Allah kerana manusia dan makhluk ditegah oleh Allah dari sifat2 tersebut. Cth sifat2 mazmummah Allah pastinya DW amat mengetahui antaranya sifat keakuan Allah yang mana seandainya manusia mempuyai sifat keakuan ini ia akan dikatakan bersifat takkabbur(sombong).

Bagi mereka yg mempelajari sifat2 mazmummah dan mahmudah akan mengetahui bahawa sifat2 takkabbur itu adalah sifat yg keji(mazmummah).Tetapi sebagai hamba yg mengenal Allah Allah boleh bersifat takkabbur kerana Allah maha berkuasa atas segala sesuatu dan sebenarnya bagi Allah boleh melakukan apa saja atas kehendakNya jua.

Adakah sama takkabbur Allah dengan takabbur manusia?. Allah juga bersifat marah(murka) dan Allah Maha Sabar. Manusia juga bersifat marah(pemarah-sifat mazmummah) adakah sifat marah manusia sama dgn sifat marah(murka) Allah. Impak kemurkaan Allah mengakibatkan Allah musnahkan umat2 spt kaum Tsamud, Aad, Luth dll. Marah manusia bagaimana?(manusia tahu sendiri). Begitulah juga carut yg dimaksudkan oleh Tuan Guru Nik Aziz (TGNA) bahawa Allah mencarut dgn memaki hamun di dalam al-quran tetapi TGNA tidak berkata Allah mencarut dgn perkataan p**mak. Sdra DW sila buktikan yg TGNA mengatakan Allah mencarut dgn mengatakan p***mak. Didalam TV3(dlm berita-boleh suruh TV3 ulang tayang kalau tak puas hati) jelas TGNA mengatakan Allah juga mencarut dengan memaki hamun tetapi sepatah perkataan p***mak pun tidak terkeluar drp mulut TGNA.

Adakah perlu dibuktikan melalui ayat2 al-quran dan hadis bab2 ketuhanan. Pembuktian berkaitan ketuhanan ini adalah dgn dalil aqli(logik akal) dan dalil naqli(melalui al-quran dan hadis). Dalil naqli itu hanya sebagai pengukuhan hujjah. Melalui kisah nabi2 terdapat kisah yg menerangkan keimanan Nabi Ibrahim kpd Allah dgn menggunakan akalnya. Dimasa itu Nbai Ibrahim didalam gua dan Nabi Ibrahim melihat Matahari baginda menyangka Matahari adalah Tuhan, kemudian bila malam Matahri hilang digantikan bulan baginda menyangka bulan adalah Tuhan.Bila siang bulan juga hilang selepas dari itu Nabi Ibrahim membuat kesimpulan bahawa Allah yg menjadikan langit bumi dan isi2nya adalah Tuhan seru sekelian alam.

Wahai DW tidakkah engkau baca makna tiap perkataan dalam al-quran. Bukankah terdapat banyak perkataan maki hamun(yg dimaksudkan carut oleh TGNA). Antaranya perkataan laknatullah,kutukan, celaka,binasalah, kata penghinaan "orang2 yg rugi"; "orang2 yang kekal didalam neraka" dll. Adakah perkataan sedemikian perlu dinyatakan dengan berlembut? PAStilah dinyatakan dgn bertegas(herdikan @ makihamun) agar orang2 yg lalai itu terjaga dan sedar tempelakan Allah itu. Jika kamu dengar bacaan qari qariah ada nada bunyi tinggi dan rendah.

Diantara Ayat2 al-quran yg menyatakan Allah memaki hamun mengikut ulasan(bukannya tafsiran dangkal TV3 & BN) TGNA:

1.Dan "celakalah" bagi orang2 kafir kerana siksaan yg sangat pedih.(surah 14, surah Ibrahim -terkandung dlm ayat 4).

2.Orang2 itulah yg memperoleh kutukan dan bagi mereka tempat kediaman yg buruk.(Surah 13 ,Surah Ar ra'd- terkandung dalam ayat 25).

3.Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya dia akan binasa.(Surah 111, surah Al Lahab-ayat 1).Binasa sama dengan celaka spt mendapat kebinasaan serupa dengan mendapat kecelakaan.

Saya beri tiga ayat dahulu. Akan diberi lagi kemudian. Kalau DW tidak sabar boleh rujuk buku terjemahan al-quran. Pembuktian hadis atau sunnah tidak perlu kerana asunnah diperlukan apabila ayat quran itu perlu ditafsirkan dan kurang jelas seperti dirikanlah solat. Tetapi al-quran tidak menyebutkan berapa rakaat.Oleh itu perlu diterjemahkan melalui sunnah(atau hadis).

Wassalamu.
Tamar.

...........................................................

Assalamualaikum sdr Tamar,

Maafkan saya kerana terlalu lewat memberi jawapan kpd e-mel sdr ini, w/pun sebenarnya saya telah membacanya sebaik sahaja ia sampai dalam kotak e-mel saya. Bukan saya tak mahu layan, tapi persoalan ini telah lama dihuraikan dgn jelas. Org yg faham gaya bahasa al-Quran dan hadis tidak mempertikaikan kebenaran yg kita terangkan dgn hujah, tetapi mereka yg buti, tuli dan pekak sumber Islam itu tak akan menerimanya. Bukan dlm isu carut saja, bahkan dlm persoalan yg jauh lebih penting, yg melibatkan akidah dan hukum-hakam pun, mereka tak mahu terima juga, atau mendalihkannya dgn berbagai alasan.

Jadi atas rasional itu, saya rasa bukan satu kemestian saya bersegera menjawab sehingga menangguhkan kerja2 lain yg lebih penting. Tapi atas t/jawab memberitahu kebenaran, saya jawab juga bila ada kelapangan seperti sekarang.

Saya tak pasti, adakah muzakarah sdr dgn Damarwulan ini bertitik tolak drp isu2 carut yg telah saya jawab dlm laman Mindarakyat. Kalau sdr juga adalah pelawat tetap laman tersebut, sudah tentu sdr juga telah mengikuti jawapan saya ttg kedudukan sebenar isu yg dipermainkan Umno ini.

Nampaknya sdr telah memberi jawapan kpd persoalan (cabaran) Damarwulan. Jawapan sdr sudah boleh diterima bagi org yg terbuka pemikirannya atau sedar dirinya bukanlah seorg yg memahami b. Arab dan al-Quran. Peliknya hari ini, org2 sana yg tak reti apa bahasa dan gaya bahasa al-Quran boleh menghukum org yg pakar dlm al-Quran sebg menyelewengkan makna al-Quran.

Saya setuju dgn jawapan sdr, tetapi kurang bersetuju dgn frasa "Allah juga mempunyai sifat2 mazmumah dan keji tertentu…" takut disalah fahamkan dan sebg langkah beradab dgn Allah s.w.t. Sebaiknya kita berkata "Allah juga bersifat dgn sifat2 yg pd penilaian manusia adalah mazmumah dan keji, tetapi ia tidaklah keji bila tempatnya adalah Allah sendiri…"

Sebagai jawapan kpd cabaran Damarwulan ini, sdr boleh e-melkan kpdnya rencana saya bertajuk "Hikmah Dalam Dakwah: Antara Berlembut dan Berkasar", yg boleh didapati drp laman Mindarakyat atau Tranung Kite.

Cuma kita tak harap Damarwulan menganut ajaran Pas kalau pun dia sudah rasa terbukti benar apa yg kita hujahkan. Kita cuma harap dia jadi penganut Islam yg syumul. Cara cakap Damarwulan ini menggambarkan betapa fanatiknya dia sokongannya dan betapa bencinya dia pd Pas sehingga menuduh Pas ada ajaran tersendiri berbentuk agama. Nampaknya berjaya juga propaganda Umno melemparkan tuduhan sesat pd Pas, tapi berjaya pd org2 spt Damarwulan saja. Saya rasa guru besar Damarwulan ini, antaranya Astora Jabat.

Sekian jawapan ringkas saya, wassalam.

Ust Ali Muda


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 8 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com