Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Penafian majoriti 2/3 dan pengamalan hudud realiti atau igauan.

From: "fadli kamal jamali jamali" <****@hotmail.com>
Subject: penafian majoriti 2/3 dan pengamalan hudud realiti atau igauan.
Date: Mon, 11 Dec 2000 11:12:02 +0800

Terima kasih atas penerangan tempoh hari,terutamanya contoh yang diberikan.Memang benar berdasarkan keputusan di Lunas didapati penafian majoriti 2/3 boleh berlaku pada pilihan raya akan datang,lebih-lebih lagi dengan adanya pengundi baru yang diandaikan banyak berpihak kepada parti pembangkang.Namun BN mungkin ada strategi tertentu untuk mengatasi masalah ini.(beberapa strategi telah diutarakan oleh seorang penulis di dalam sebuah akhbar utama tempatan)Mungkin pada masa kini barisan BN terutmanya UMNO tidak akan berdiam diri terutamanya untuk mengambil hati pengundi Cina. Selanjutnya dalam perlaksanaan hudud seorang menteri di jabatan perdana menteri telah menyatakan bahawa Pas boleh melaksanakan hudud di kelantan dan Terengganu dengan menggunakan kebijaksanaan melalui undang-undang negeri,namun ini tidak berlaku kerana Pas ada keraguan terhadap kaum lain.Saya cuba juga untuk merujuk bagaimana Pas boleh melaksanakan hudud di Kelantan dan Terengganu melalui pengubalan undang-undang negeri.(enakmen,jika salah harap perbetulkan)tapi saya masih ragu kerana dalam perlembagaan persekutuan ada fasa yang menyatakan sesuatu undang-undang negeri hendaklah selari dengan pengamalan di persekutuan,jika tidak secara automatik pengamalan undang-undang negeri itu boleh terbatal.

Berdasarkan penyataan itu saya berpendapat bahawa Pas memang tidak mahu melaksanakn hudud kerana ingin menjaga hati kaum lain,atau ini mungkin strategi politik pas yang akan melaksanakan hudud jika parlimen telah dikuasai,namun saya melihat kaum lain memang sensitif mengenai hudud ini samalah juga dengan konsep sekolah wawasan.

Sehubungan itu benarkah kerajaan Pas boleh melaksanakan hudud di Kelantan dan Terengganu pada waktu ini.(sila kemukakan pendapat saudara). Ini memandangakan ada pihak yang menyatakan hudud itu hanyalah propaganda pas sahaja terutamanya di kampung-kampung dan di universiti.

Akhir kata politik itu seperti pantai, sekali bah sekali pantai berubah,mungkin waktu ini dilihat dayatarikminat UMNO telah hilang tapi dalam tempoh akan datang mungkin lain coraknya.Sekian selamat maju jaya,semoga saudara tabah dalam perjuangan.

...................................................................

Assalamualaikum sdr Fadli,

Saya nak jawab persoalan mengenai pelaksanaan hudud oleh Pas di Kelantan dan Terengganu, adakah ia satu realiti (kesungguhan dan keikhlasan Pas) atau hanya igauan (mainan politik Pas semasa berceramah di kampung). Seperti biasa saya nak tegaskan bahawa saya bukanlah juru cakap Pas. Saya cuma mengerti apa yg Pas nak buat dan memahami perjuangannya. Dalam masa yg sama saya nampak dgn jelas mainan puak 'Islam' sekular di mana sahaja mereka berada, bukan sahaja di Malaysia, tapi di seluruh dunia umat Islam. Tidak pelik dgn wujudnya org Islam begitu, mereka adalah produk pendidikan sekular sejak beratus tahun yg ditinggalkan penjajah. Merekalah pelapis kpd penjajah Barat di era pasca-kemerdekaan dunia umat Islam. Selain itu, di kalangan mereka juga ada ulama yg hanya mengejar habuan dunia, membisu terhadap kemungkaran dan maksiat pihak yg menyuap mereka, di samping berkerjasama dlm mencipta helah dan dalih.

Dgn berani dan yakin saya katakan bahawa Pas bersungguh-sungguh dan ikhlas hendak melaksanakan segala tuntutan Islam di negara ini, termasuk dlm aspek perundangan kawalan jenayah secara Islam (yg diistilahkan sebg hudud). Kalau mereka tak bersungguh, apa guna mereka berbelanja wang, masa dan tenaga mengumpulkan pakar undang2 utk menderaf enakmen jenayah syariah utk Kelantan sebaik saja Pas berjaya merampasnya drp Umno/BN. Usaha ini hanya tergendala apabila datangnya surat ugutan drp kerajaan Pusat bertarikh 15 Julai 1992 utk mengambil tindakan tegas (tanpa dinyatakan bentuk tindakan) terhadap Pas jika berdegil utk meneruskan dan melaksanakan hudud.

Saya juga berani dan yakin berkata begitu, kerana saya kenali perwatakan para pemimpin Pas, yg amat jauh berbeza dgn pemimpin Umno dlm berkeperibadian Islam. Umum boleh melihat siapa yg serius nak pd Islam dan siapa yg main2 dan hipokrit. Org kata, realiti itu saksi terbesar. Tak usah berlakon, org dah kenal identiti sebenar.

Berkenaan soalan "benarkah kerajaan Pas boleh melaksanakan hudud di Kelantan dan Terengganu pada waktu ini", jawapannya ialah BOLEH atau TAK BOLEH. BOLEH jika ada kerjasama drp kerajaan Pusat dan menghormati hak negeri dlm mentadbir agama Islam. TAK BOLEH jika kerajaan Pusat halang dgn menggunakan peruntukan undang2 perlembagaan yg sengaja ditafsirkan supaya nampak bercanggah dgn enakmen jenayah Islam yg diluluskan oleh negeri. Kuasa pendakwaan hak siapa di negara ini? Siapa org yg dilantik mengepalai Jabatan Peguam Negara? Contoh kes Anwar sudah cukup sebg pengajaran bagaimana undang2 dipermainkan. Sedangkan, jika ada kesungguhan dan keikhlasan di pihak kerajaan Pusat utk melaksanakan Islam, segala undang2 Islam yg hanya berkuatkuasa utk org Islam tiada langsung bercanggah dgn undang2 jenayah sivil utk bukan Islam. Cuma ugutan boleh dibuat oleh kerajaan Pusat kerana ada beberapa perkara subjektif dlm perlembagaan yg boleh ditafsirkan sebg bercanggah oleh pihak yg ada niat utk tidak melaksanakan Islam secara menyeluruh (kerana berbagai faktor).

Kerana kesungguhan Pas hendak melaksanakan hududlah, maka Tuan Guru Hj Abdul Hadi mencabar kerajaan Pusat menghapus atau meminda beberapa perkara subjektif dlm perlembagaan yg boleh dijadikan asas utk menghalang undang2 hudud dilaksanakan, seperti yg tersiar dlm Harakah baru2 ini.

Sekian, wassalam `ala man ittiba`a al-huda.

Ust Ali Muda


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 8 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com