Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


PERPADUAN MELAYU AKAN PULIH BILA DSAI DIBEBASKAN…..

Mahathir mengamuk apabila BN kalah dalam pilihanraya kecil Lunas. Mahathir menuduh bahawa pihak parti pembangkang telah menggunakan tatik kotor untuk meraih undi. Mahathir marah bila pengundi-pengundi hantu dibiarkan berkeliaran dan tidak boleh mengundi di Lunas.

Mahathir tuduh pihak BA bermain kotor hinggakan orang-orang Melayu berpecah belah. Mahathir tidak mahu menerima hakikat bahawa sokongan terhadap beliau dan juga UMNO dan BN sudah merosot dalam setiap pilihanraya kecil yang diadakan selepas pemilu 1999.

Akan tetapi BN/UMNO juga menggunakan berbagai tatik yang kotor untuk meraih undi. UMNO/BN menggunakan wang ringgit serta kemudahan-kemudahan kerajaan untuk membeli undi rakyat. Ini adalah rasuah yang diamalkan secara terang-terang oleh Mahathir, tetapi Mahathir hanya diam membisu.

Lunas adalah medan bagi menguji populariti sama ada DSAI atau Mahathir. Lunas juga menjadi tumpuan sama ada “faktor DSAI” masih kuat dan berupaya untuk mengugat kestabilan UMNO amnya. Kemenangan Saifuddin Nasution, seorang proksi DSAI telah membuktikan kepada dunia bahawa DSAI masih ada berupaya untuk mengegar susana politik negara serta mongancang UMNO sehingga akar umbi.

Mahathir sudah tentu rasa malu,setelah berbelanja berjuta—juta ringgit untuk pembangunan segera dan pemberian wang ehsan kepada penduduk Lunas,tiba-tiba pengundi Lunas mengangkat calon Keadilan untuk menjadi ADUN mereka.

Mahathir tidak habis-habis jadi bengang. Mahathir sedar bahawa kekalahan calon BN di Lunas berpunca daripada Mahathir sendiri. Untuk mengalih perhatian masyarakat daripada kekalahan partinya di Lunas,Mahathir mengungkitkan soal 17 tuntutan Siqiu yang dikatakannya bercanggah dengan kontrak sosial masyarakat Malaysia yang sedia ada. Mahathir bangkitkan soal ketuanan Melayu,hak istimewa orang Melayu serta yang paling menjijikkan dalam sandiwaranya itu ialah mengajak pemimpin-pemimpin Melayu dari PAS dan Keadilan untuk berbicang soal perpaduan Melayu. Mahathir sememangnya sudah bengang dengan tuntutan Siqiu ini,tetapi Mahathir berpura-pura menerima tuntutan ini sebelum pemilu 1999 lalu kerana mahukan undi orang-orang Cina. Ini diakui sendiri oleh Mahathir dalam ucapannya di Parlimen baru-baru ini.

Kenapa soal perpaduan dan hak istemewa orang Melayu diapi-apikan sedangkan Mahathir sendiri tidak pernah berniat hendak mempertahankan hak orang Melayu. Yang jelas Mahathir acapkali memperlekehkan orang-orang Melayu, sebagai gulongan subsidi dan pernah menyamakan nasib orang Melayu sama dengan kaum “Red Indian” yang malang di Amerika Syarikat.

Soal perpecahan orang Melayu bukan kerana perbuatan parti pembangkang tetapi kerana sikap gelojoh orang-orang UMNO serta pemimpin-pemimpin UMNO itu sendiri yang terlalu ghairah hendak dapat kontrak-kontrak besar dan buat harta sebanyak yang boleh.

Amalan-amalan rasuah yang pernah dilakukan oleh Rafidah Aziz,Daim Zainuddin,Mohd.Md.Taib,Megat Jonid dan beberapa orang menteri kabinet Mahathir dilindungi oleh Mahathir secara terang-terang. Walaupun berpuluh-puluh aduan dan laporan polis dibuat namun Mahathir hanya memekakkan telinganya dan diam membisu.

Amalan mem“bailout” kroni-kroninya dibuat secara terang-terang seperti dalam kes MAS. Budak-budak sekolah pun tahu bahawa tindakan Mahathir itu bukan bertujuan untuk menyelamatkan MAS tetapi lebih bertujuan untuk menyelamatkan Tajuddin Ramli daripada menerima kerugian yang lebih besar.

Soal MAS tidak untung sememangnya tak masuk akal. Sedangkan “seat” penerbangan MAS sama domestik atau antarabangsa sentiasa mendapat “booking” penuh sepanjang masa. Malah kalau hendak terbang ke Penang dari KL atau ke Kota Bahru dari KL atau ke Johor Bahru dari KL tiketnya perlu ditempah sekurang-kurangnya 5 hari lebih awal barulah terjamin dapat seat. Kaunter MAS di KLIA atau lapangan-lapangan terbang di Malaysia sibuk macam Hentian Puduraya penuh dengan penumpang. Jadi yang dikatakan rugi itu macam mana?

Kemelut kerugian MAS bukanlah disebabkan salah tadbir kakitangan MAS, sebaliknya Tajuddin Ramli itu sendiri tidak tahu hendak mengurus MAS dengan sempurna. Satu lagi masalah ialah MAS itu yang terlalu kerap dan banyak sangat memberi sumbangan kepada UMNO dalam bentuk wang ehsan terutama untuk pemilu lalu dan pilihanraya-pilihanraya kecil kebelakangan ini hinggakan hutang pemembelian kapal-kapal terbang baru tak terbayar.

Perpecahan orang Melayu bukan kerana pembangkang tetapi kerana sikap dan tindakan secara tidak adil dan tidak berhati perut Mahathir dan UMNO terhadap orang Melayu amnya dan DSAI khasnya. Orang Melayu tidak akan lupa peristewa mengaibkan DSAI dan keluarga beliau. Walaupun Mahathir cuba hendak melenyapkan DSAI daripada muka bumi ini dengan berbagai tipu helah yang digunakan, namun orang Melayu tetap akan kenang jasa-jasa DSAI.

Jika Mahathir mahu Melayu bersatu semula,bebaskan dan pulihkan saja DSAI dengan cara memohon ampun secara terbuka,sudah pasti orang Melayu akan bersatu semula. Insyallah.

ALI ALLAH DITTA


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 4 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com