Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Soalan kepada Presiden PAS

PAS akan meneruskan pertemuan dengan Umno bagi mendapatkan 'gambaran sebenar' setelah saranan parti itu dipersetujui oleh Timbalan Perdana Menteri semalam.

1. Kita bersetuju (untuk) bersemuka dengan Umno (bagi) mendapatkan gambaran sebenar," kata Presiden PAS Datuk Fadzil Noor kepada malaysiakini hari ini.

2 Beliau mengulangi cadangannya sebelum ini bahawa parti itu menerima pelawaan itu jika skop perbincangannya diperluaskan kepada isu-isu nasional seperti turut dipersetujui oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam.

3. Dalam laporan agensi Bernama, Abdullah berkata Umno tidak mempunyai masalah untuk menerima cadangan PAS itu kerana "perlu diingat perpaduan Melayu sangat penting untuk perpaduan negara."

Petikan Dari Malaysiakini
· HarakahDaily tak boleh buka.

Tolong jelaskan soalan saya berikut:-

1. Apakah makna bersemuka di sini?.Adakah ia bermakna bersetuju untuk menhadiri perbincangan tajaan UMNO.

2. Adakah ia tentang perpaduan Melayu atau perpaduan nasional?

3. Untuk mendapat gambaran sebenar tentang apa? Perpaduan Melayu atau Perpaduan Nasional.

4. Adakah UMNO bersetuju skop perbincangan diluaskan kepada perpaduan nasional?

5. Kalaulah Abdullah Badwi bersetuju untuk meluaskan skop perbincangan kepada perpaduan nasional, maka perbincangan itu jadi tidak relevan kerana UMNO parti Melayu dan PAS juga parti Melayu, Buat apa bincang tentang perpaduan nasional kerana sama-sama parti Melayu. Jadi ia perlu turut disertai oleh parti-parti yang lain

6. Tapi menurut kenyataan Bernama Abdullah Badawi masih menyempitkan topik perbincangan hanyalah kepada perpaduan melayu sahaja dan bukannya parpaduan nasional. Rujuk statement 3 di atas.

7. Apakah PAS masih bersetuju untuk bersemuka dengan UMNO untuk mendapatkan gambaran sebenar walau pun dengan jelas Abdullah Badwi topik perbincangan hanya berkaitan dengan perpaduan Melayu sahaja?

AWAS PERANGKAP UMNO.!!!!!!

Ahmad.


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 13 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com