Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Laporan Buletin Utama TV3 Suku Mendedahkan Tembelang Sebenar UMNO.

Malam tadi 9/1/2001 saya dengan perasaan yang penuh meluat dan jelek terpaksa juga mengikuti laporan buletin utama tv 3 suku semata-mata untuk mengetahui bagaimanakah laporan dibuat mengenai isu perpaduan melayu tajaan UMNO.

Tepat seperti mana yang dijangka oleh ramai penulis pro reformasi bahawa niat sebenar UMNO bukanlah ingin melihat perpaduan melayu wujud tetapi adalah untuk melihat perpecahan berlaku di kalangan parti-parti BA. Inilah yang dapat saya simpulkan hasil dari pemerhatian saya terhadap cara laporan itu disiarkan.

Dari segi mauduknya tidak ada perbezaan perbezaan pendapat antara Keadilan dan Pas dalam menangani isu perpaduan melayu seperti yang ditaja oleh UMNO. Apa yang kedua-dua parti ini mahu ialah satu bentuk perbnicangan yang lebih menyeluruh yang melibatkan semua bangsa di Malaysia. Bukan hanya perpaduan di kalangan orang-orang Melayu. Inilah intipati sebenar keputusan parti PAS dan Keadilan.

Namun pendekatan atau approach yang digunakan oleh kedua-dua oleh parti agak berbeza dan perbezaan inilah yang digunakan oleh UMNO untuk memperlihat kepada masyarakat umum bahawa PAS dan Keadilan mempunyai pendapart yang berbeza dalam soal perpaduan Melayu.

Laporan Buletin (Gelatin? ) Utama TV3 Suku malam tadi cuba mengambarkan bahawa PAS menerima pelawaan UMNO untuk mengadakan perbincangan mengenai perpaduan Melayu manakala Keadilan pula menolaknya. Untuk mengukuhkan hujjah mereka, turut disiarkan kenyataan sdr Ezam Md Noor mengenai penolakan tersebut. Tak ada pulak disiarkan kenyataan PAS mengenai persetujuan PAS untuk menghadiri perbincangan tersebut. Kemudian disiarkan kenyataan beberapa pemimpin UMNO seperti Isa Samad, Syed Razak, Mahyuddin Yasin yang mengutuk Keadilan dan memuji langkah PAS yang menurut mereka telah menerima pelawaan mereka untuk mengadakan perbincangan yang berkenaan. Beginilah jahatnya laporan Buletin Utama malam tadi yang memang bertujuan untuk menimbulkan perpechaan di kalangan BA

Apabila dianalisa akan keputusan PAS dan Keadilan dalam soal perpaduan melayu, kita dapati pemimpin PAS menerima dengan bersyarat tawaran UMNO iaitu perbincangan mestilah mengenai perpaduan nasional.. Manakala Keadilan pula menolak tawaran UMNO itu sambil mengemukakan cadangan baru iaitu supaya diadakan perbincangan mengenai perpaduan nasional. Jadi kedua-dua parti bercakap mengenai perkara yang sama iaitu perpaduan nasional dan bukan hanya perpaduan di kalangan orang Melayu. Namun UMNO telah memusing sedikit penerimaan PAS itu dengan melupakan syarat yang dikenakan oleh PAS itu. Biasa la tu. Pusing-pusing statement ni memang kerja UMNO dulu kini dan selamanya.

Menilai dari segi approach yang digunakan oleh kedua parti PAS dan Keadilan, kedua aprroach yang berkenaan mempunyai signifikannya yang tersendiri. Dari satu segi pendekatan Keadilan adalah lebih mantap kerana sekiranya Keadilan menerima tawaran tersebut meski pun dengan bersyarat namun PENERIMAAN tersebut merupakan satu PENGIKTIRAFAN terhadap usaha UMNO untuk mengwujudkan perpaduan. Seterusnya menjadikan mereka (UMNO) sebagai juara dalam isu perpaduan Melayu. Dalam mana-mana pertembungan samada peperangan senjata atau pun politik pengiktirafan musuh adalah dikira satu kemenangan awal.

Sebagai contoh perbandingan kita dapat melihat tawaran Muawiyah kepada Saidina Ali alaihissalam untuk menerima tahkim sebagai jalan penyelesaian jelas membawa keuntungan kepada Muawiyah sehingga membawa kepada terlucutnya jawatan khalifah dari tangan Saidina Ali dan tertegaknya kerajaan Bani Umayyah hampir seratus tahun. Meski pun Saidina Ali alaihissalam telah pun berada di ambang kemenangan dalam peperangan tersebut , kebijaksanaan Muawiyah dengan mengemukakan tawaran tahkim telah mempengaruhi Saidina Ali untuk menerima tawaran tersebut yang sekali gus merupakan pengiktirafan kepada usaha Mauwiyah itu.

Pendekatan yang digunakan oleh PAS pula dari satu segi ia bermakna memberi satu pengiktirafan kepada usaha UMNO itu dan membuka ruang kepada UMNO untuk menyuntik elemen perpecahan dalam BA khususnya antara PAS dan Keadilan.Namun ia tetap mempunyai signifikannya yang tersendiri.. Seperti yang telah dijelaskan UMNO telah menggunakan sepenuhnya "penerimaan" PAS tersebut untuk menunjukkan kepada massa bahawa PAS danKeadilan telah berpecah.

Namun sebenarnya UMNO sendiri telah terperangkap dengan "penerimaan tawaran" oleh PAS itu. Ianya boleh diibaratkan bola umpanan yang telah siap sedia untuk dilibas balik kearah UMNO. Dengan sedikit umpanan sahaja , terserlah niat jahat UMNO yang sebenarnya iaitu ia sangat ingin melihat perpecahan antara PAS dan Keadilan. Sedangkan masyarakat tahu bahawa perbincangan yang dingini oleh PAS lebih bersifat perpaduan nasional sama seperti yang dianjurkan oleh Keadilan. Maknanya perbincangan hanya akan wujud sekiranya ia adalah mengenai perpaduan nasional dan bukannya perpaduan melayu.

Saya kira pimpinan dalam BA perlulah merapatkan lagi hubungan dalam Barisan Alternatif dengan membuat satu kenyataan bersama membantah cara laporan yang dibuat oleh TV3 suku dalam Buletin Utama 9/1/2001 itu mengenai isu perpaduan Melayu tajaan UMNO khususnya mengenai penerimaan tawaran bersyarat yang dikemukakan oleh PAS.

Ahmad.


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 10 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com