Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


PRESIDEN PAS DAN KEADILAN, FIKIRKAN SOALAN SAYA INI.

Adakah PAS dan Keadilan adalah parti politik Melayu?

Persoalan ini amat penting untuk dijawab oleh kedua-dua Presiden kerana ia mempunyai implikasi yang sangat besar. Meskipun majoriti ahli kedua-dua buah parti politik adalah berbangsa Melayu namun bolehkah parti-parti berkenaan dianggap sebagai parti Melayu. Sekiranya kedua-dua orang Presiden ini menganggap PAS dan Keadilan adalah Parti Melayu maka wajarlah mereka membincangkan persoalan perpaduan Melayu seperti yang dicanangkan oleh Presiden UMNO.

Namun implikasinya ialah mereka yang bukan melayu seperti Sdr Tian Chua, Gobala Krishnan, Chandra Muzaffar dan lain-lain lagi perlu keluar dari Parti Keadilan Nasional kerana jelas agenda parti berkenaan hanyalah agenda melayu sahaja. Seterusnya tukar sahaja nama parti kepada Parti Melayu Keadilan Nasional. Begitu juga golongan bukan Melayu dalam PAS perlu keluar dari parti berkenaan. kerana agenda PAS hanyalah Islam Melayu sahaja. Seterusnya tukarlah nama kepada Parti Melayu Islam Semalaysia.

Sekiranya kedua-dua Presiden menganggap parti mereka bukanlah parti yang berasaskan bangsa Melayu, maka membincangkan persoalan mengenai perpaduan bangsa Melayu adalah sangat tidak relevan dan munasabah. Maknanya saranan Presiden UMNO supaya diadakan perbincangkan mengenai perpaduan Melayu perlulah ditolak kerana perbezaan antara UMNO dan Keadilan & PAS adalah amat besar dari sudut kerangka pemikiran politik parti masing-masing.

Seterusnya sebarang tanggapan atau pun kenyataan positif tentang isu perpaduan Melayu seperti yang dicadangkan oleh Presiden UMNO akan memberi gambaran khususnya bagi mereka yang bukan Melayu bahawa kedua-dua Presiden PAS dan Keadilan masih tidak dapat memisahkan diri dari kerangka pemikiran politik lama ala UMNO iaitu agenda Melayu semata-mata dan bukannya agenda untuk semua bangsa di Malaysia.

Perkara ini saya bangkitkan kerana saya nampak seolah-olah kedua-dua presiden tenggelam punca di dalam menghadapi karenah permainan politik dan isu oleh Dr Mahathir.Ibarat kata seorang pemandu yang keretanya rosak berjumpa dengan seorang tukang kayu dan meminta tukang kayu itu supaya memperbaiki keretanya yang rosak itu Tukang kayu itu nampaknya seakan-akan sanggup pula menerima pelawaan pemandu tadi untuk memperbaiki keretanya. Apakah dia tidak sedar yang dia adalah seorang tukang kayu dan bukannya tukang baiki enjin kereta.

Ahmad.


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 7 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com