Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Surat Aduan : Kemudahan asas

Assalamualaikum

Selamat hariraya aidil fitri maaf zahir batin. Saya mengucapkan syabas kepada saudara-saudara sekelian kerana berjaya menghasilkan laman web yang canggih ini. Apabila saya membaca berita dari Warta Daruliman bertajuk Tiada Telaga Minyak Baru Dijumpai dimana YB menteri besar ada menyatakan bahawa semua kampung-kampung di daratan telah mendapat kemudahan asas seperti air api dan telefon kecuali 2 buah pulau iaitu Pulan Kapas dan Pulau Tengo.

Saya rasa terpanggil untuk menghantar e mail ini untuk menyatakan bahawa tidak semua kemudahan terutama telefon terdapat di semua kampung. Kampung asal saya iaitu Kampung Capu di daerah Hulu Terengganu di dalam kawasan DUN Telemong masih belum mendapat kemudahan telefon. Kami sudah membuat permohonan beberapa kali malah ketika masih dalam pemerintahan BN lagi tapi masih tidak berjaya. Di kampung kami juga siaran television amat teruk sekali sampai tak boleh kenal wajah dalam gambar.

Semasa pulang berhari raya baru-baru ini saya merasa sungguh sedih melihat keluarga saya mengadap tv untuk melihat program-program yang menarik tapi malang gambarnya begitu teruk sekali. Dahlah pulak nak telefon dengan sanak saudara yang jauh-jauh pun tak dapat.

Saya harap dibawah pemerintahan YB menteri besar yang baru ini akan dapat menbantu kami. Setahu saya ada beberapa buah kampung lagi di daerah dan mukim yang sama yang tidak mempunyai kemudahan telefon.Saya pun tidak tahu lagi kemana hendak mengadu. Wakil rakyat pun dah di beritahu malah saya sudah pergi ke Telekom Malaysia tapi jawapannya tetap sama kami sudah buat ujian tapi dikampung awak signal yang kami terima lemah dan tak dapat mengadakan telefon awam. Mereka juga ada menunjukkan keputusan ujian yang telah dibuat.

Persoalannya mengapa perlu mengadakan telefon tanpa kabel sedangkan kampung jiran kami Kuala Jenderis sudah mempunyai talian telefon rumah biasa. Apa salahnya di tambah beberapa tiang lagi untuk sampai kekampung kami.Alasan mereka tidak komersial juga tidak boleh diterima kerana kampung kami mempunyai penduduk dan taraf ekonomi yang sama dengan kampung Kuala Jenderis.

Sekarang ini sudah ramai penduduk kampung yang memiliki komputer terutama yang mempunyai anak sekolah dan institut pengajian tinggi malangnya mereka tidak dapat menggunakan kemudahan internet. Tambahan pula dikampung saya boleh dikatakan semua jenis perkhidmatan telefon mudahalih tidak dapat digunakan. Kalau ada pun 011 dan 018 itu pun signalnya sangat lemah dan tidak semua tempat dapat menerimanya.

Mungkin diwaktu pemerintahan BN dulu masalah ini tidak sampai kepengetahuan peringkat atas sebab itu apabila YB meneteri besar baru memberi jawapan dalam sidang DUN beliau mungkin merujuk kepada fakta-fakta yang lama dulu.Saya harap pihak saudara dapat melanjutkan perkara ini kepada pihak yang sepatutnya supaya tindakan yang selanjutnya dapat diambil.

Sekiranya sandara mempunyai e mail adress yang boleh berhubung terus dengan kerajaan negeri harap saudara berikan kepada saya. Sekian akhir kata kerjasama dari pihak tuan saya ucapkan dengan ribuan terimaksih.

Terimakasih


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 7 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com