Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


SALINAN LAPORAN POLIS BERHUBUNG SKANDAL MAS

Kami sepertimana nama yang dilampirkan ingin membuat satu laporan polis terhadap perlakuan rasuah dan penyalahgunaan kuasa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Kewangan,Tun Daim Zainuddin berhubung dengan dalam skandal pembelian saham MAS oleh Kerajaan Malaysia. Utusan Malaysia dalam lapuran bertarikh 21 Disember, 2000 yang bertajuk “Kerajaan beli balik MAS RM8 sesaham”, menyatakan bahawa Kerajaan Malaysia melalui Menteri Kewangan Diperbadankan telah membeli balik 29.9 peratus ekuiti yang dimiliki oleh Tan Sri Tajudin Ramli dalam Malaysian Airlines Systems Bhd.(MAS) menerusi Naluri Bhd., pada harga tunai RM8 sesaham atau RM1.792 billion. Harga tersebut tidak mengikut harga pasaran iaitu RM 3.62 sesaham dan adalah sangat tidak munasabah.

Utusan Malaysia juga melapurkan bahawa Kerajaan menggunakan dana Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) bagi pembelian itu. Kami membuat laporan ini kerana skandal MAS ini melibatkan kepentingan awam dan pengunaan wang rakyat. Ini merupakan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa terhadap wang milik rakyat jelata.

Harga RM8 sesaham yang dibayar oleh Kerajaan adalah untuk ‘bailout’ (menyelamatkan)seorang individu yang bernama Tan Sri Tajuddin Ramli. Ianya amat nyata apabila sejumlah saham MAS pegangan pihak Brunei baru sahaja dijual dua minggu sebelum itu pada harga yang lebih hampir dengan harga pasarannya iaitu sebanyak RM 4 sesaham.

Syarikat MAS ketika diswastakan kepada Tan Sri Tajudin berada didalam keadaan yang menguntungkan. Hari ini, apabila MAS hendak dikembalikan semula kepada Kerajaan, ianya berada di dalam bebanan hutang berbilion ringgit dan hampir bangkrap. Disamping itu Kerajaan perlu menambahkan lagi modal pusingan syarikat itu untuk meneruskan perniagaannya.

Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin serta Tan Sri Tajuddin Ramli jelas bertanggungjawab terhadap ‘bailout’ ini. Kami mendesak agar mereka bertiga disiasat dan dibawa kemuka pengadilan kerana kami yakin mereka bertiga mungkin mendapat keuntungan masing-masing hasil pembelian saham tersebut dengan menggunakan wang rakyat.

Sekian saja lapuran kami pelapor sepertimana dilampirkan.
27 Januari 2001.


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 27 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com