Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


SEPERTIMANA ISLAM ITU BUKAN PAS, MAKA MELAYU ITU JUGA BUKAN UMNO

http://welcome.to/nadikeadilan

Sepertimana yang kita semua maklum bahawa UMNO telah kehilangan hampir 65% undi Melayu dalam pilihanraya umum 1999 yang lepas. Dan sejak itulah UMNO sentiasa kelihatan gelabah dan tidak tentu arah, lebih-lebih lagi "tuan punya" UMNO itu sendiri, MAHA-thir. Selepas itu UMNO diparahkan lagi dengan kehilangan majoriti hampir 4,000 undi BN di Pilihanraya Kecil Teluk Kemang dan kemenangan BA di Pilihanraya Kecil Lunas. Melihat kepada pergerakan sokongan pengundi tersebut, kemungkinan UMNO sekarang hanya mempunyai 20% sokongan pengundi Melayu...

Faktor-faktor inilah yang membuatkan MAHA-thir makin kuat menangis, sedih, kononnya orang Melayu berpecah, bila dia melihat UMNO semakin parah.

Memang UMNO itu namanya Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, tetapi orang Melayu itu masih Melayu kalau tak masuk UMNO, kerana menjadi ahli UMNO itu tidak menjadi syarat "Melayu" dalam Perlembagaan Malaysia, begitu juga kita orang Islam masih Islam walaupun tidak menjadi ahli Parti Islam SeMalaysia (PAS), itu tempelak biasa mereka kepada orang PAS.

Di sinilah masalahnya, orang-orang UMNO totok, terutamanya si MAHA- thir itu melihat bahawa UMNO itu Melayu dan Melayu itu UMNO, kalau UMNO pecah, maksudnya Melayu pecah, inilah yang menjadi momokan dan sogokan berita mereka kepada rakyat saban hari, dan tidak sedikit pula rakyat yang terpengaruh dengan dakyah palsu ini.

Harus diingat, bahawa undi Melayu untuk UMNO hari ini hanyalah di antara 20 - 35% sahaja, sementara 65 - 80% undi Melayu berada di pihak Barisan Alternatif, maksudnya penyatuan Melayu sekarang adalah kuat, 65 - 80% pengundi Melayu sepakat dalam pandangan politik mereka, dan pandangan mereka ialah MENOLAK UMNO, Melayu masih bersatu dengan kuat tetapi tidak lagi di dalam UMNO. Melayu di dalam UMNO hari ini menjadi kera sumbang.

Ingatlah!!! Walaupun UMNO itu maksudnya Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, tetapi UMNO itu sendiri bukanlah satu-satunya wadah yang paling ampuh untuk penyatuan Melayu. Bila lebih 60% pengundi Melayu tidak lagi mahu mengundi UMNO, maka mereka telah menunjukkan bahawa ada wadah lain yang boleh mereka jadikan payung penyatuan mereka, itulah Barisan Alternatif, yang didokong oleh tiga parti dominan Melayu, iaitu PAS, keADILan dan PRM.

Salam Perjuangan.

REFORMASI!!!
REFORMASI!!!
REFORMASI!!!


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 5 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com