4 Januari 2001
YB Datuk Noh Hj Omar
Pengerusi
Pertubuhan Alumni Kelab-kelab UMNO Luar Negara
d/a Pejabat Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri
Aras 3, Blok Barat, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya
Fax : 03-88883541
YB Datuk
PERBINCANGAN ISU PENYATUAN ORANG MELAYU
Pemuda Keadilan merakamkan penghargaan di atas kesediaan Pertubuhan Alumni Kelab
UMNO untuk mengadakan perjumpaan untuk mendapatkan "penjelasan dan pendirian
Pemuda Parti Keadilan mengenai isu Penyatuan Orang-orang Melayu dan isu tuntutan
Suqiu".
Kami tidak bersetuju dengan pertemuan tersebut kerana bagi Pemuda Keadilan isu
sebenar negara hari ini bukan isu Penyatuan Melayu atau tuntutan Suqiu. Isu
negara hari ini ialah persoalan rasuah dan penyelewengan di kalangan pimpinan
kerajaan, pencabulan dan salah guna kuasa terhadap institusi pelaksana hukum
seperti kehakiman, BPR dan Jabatan Peguam Negara, penggunaan dana awam untuk
menyelamati individu tertentu yang amat berleluasa dan mengancam keutuhan
ekonomi negara dan kemaslahatan rakyat Malaysia.
Acap kali isu penyatuan dijadikan sandaran untuk menutup kepincangan sebenar
bangsa ini. Akhir 80an dahulu pertembungan berlaku di kalangan pimpinan utama
UMNO. Riuh-rendah isu rasuah dan penyelewengan kalangan elit pemerintah
diperdebatkan Bila gagasan perpaduan dipalu, akhirnya rakyat diarah berpadu dan
cerita rasuah tiba-tiba menjadi abu. Pemimpin rasuah terus selamat dan rakyat
pula yang dipersalahkan kerana berpecah dan diminta pula bekerja kuat untuk
mencapai perpaduan.
Oleh yang demikian, Pemuda Keadilan ingin menegaskan bahawa kami menolak
sebarang usaha perpaduan yang tidak dikaitkan dengan gagasan mencegah rasuah
dan penyelewengan kuasa. Bagi kami, perpaduan tanpa iltizam untuk membanteras
najis rasuah dan dosa penyalahgunaan kuasa adalah kosong dan tidak bermakna.
Sekian. Terima kasih.
Mohd Ezam Mohd Noor
Ketua Pemuda KeADILan
http://pemudakeadilan.tripod.com
.....................................................
Webmaster Pemuda KeADILan