Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Kenyataan Media : Perpaduan Melayu

Kenyataan Media: 30 Disember 2000

PERPADUAN MELAYU

Parti Keadilan Nasional pada prinsipnya mengalu-alukan perbincangan dengan mana-mana pihak termasuk para pimpinan UMNO, namun perlu ada keikhlasan dalam membincangkan isu-isu pokok serta permasalahan yang dihadapi oleh negara termasuklah isu-isu

· Kezaliman
Tindakan media terus menyerang dan memperolokkan Barisan Alternatif masih belum reda dan menyebabkan ketegangan rakyat. Paling akhir ialah penangkapan beberapa orang pemimpin keADILan dan PAS setelah kekalahan BN di Lunas.

· Rasuah
Cara merompak rakyat untuk kepentingan kroni seperti bayaran berlebihan Syarikat Naluri dan pembelian balik kerajaan dalam projek LRT.

· Penyalahgunaan kuasa
Oleh yang demikian penumpuan tindakan seharusnya ke arah penyelesaian masalah tersebut dan bukannya isu perpaduan Melayu. Sesungguhnya dewasa ini lebih ramai orang Melayu yang telah sedar tentang masalah yang dihadapi kini.

Parti Keadilan Nasional mempertahankan dasar menegakkan keadilan dan membela nasib-nasib orang Melayu, Cina, India dan bumiputra lain termasuk di Sabah dan Sarawak; dan bukan mempertahankan kepentingan segelintir kroni dan kaum keluarga mereka sahaja.

Matlamat perpaduan Melayu seperti mana dicadangkan oleh Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad, masih kabur. Apakah perpaduan Melayu bertujuan mempertingkatkan kedudukan segelintir kroni dan seorang pemimpin semata-mata?

Perpaduan rakyat semua kaum adalah pra-syarat survival negara kita. Perpaduan sesuatu kaum tertentu sahaja dalam masyarakat berbilang kaum - sama ada perpaduan Melayu atau Cina atau India - hanya boleh menyumbang kepada perpaduan nasional sekiranya perpaduan itu bermatlamatkan kepada keadilan sosial untuk semua kaum.

DR. WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 1 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com