Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Isu Perpaduan Melayu - jujurkah seorang yg tak jujur?

Isu Perpaduan Melayu nampaknya mendapat sambutan positif dari kalangan BA, sungguhpun ia bagi saya sebenarnya adalah sandiwara belaka. Sebenarnya orang Melayu sudah bertemu dengan Jemaah baru untuk bersatu di bawah kepimpinan BA, tidak lagi dan semoga semakin kepinggiranlah UMNO(baru). Soal perpaduan Melayu ini kebetulan je dikaitkan dengan isu Su Qiu, tetapi sebenarnya untuk makluman semua, ia adalah suara kebimbangan hasil dari kaji selidik di dalam UMNO sendiri yang menemui bahawa ahli UMNO yang kononnya lebih satu juta orang adalah bohong semata-mata.

Hasil penyiasatan yang dilakukan oleh S/U UMNO yang baru, mendapati jumlah sebenar ahli UMNO adalah jauh dari sejuta bahkan tak lebih dari ahli PAS pun. Untuk makluman semua, satu borang kaji selidik telah dijalankan oleh UMNO baru-baru ini (hujung tahun lepas) untuk mendapat maklumbalas dari semua ahli UMNO yg aktif. Maksud aktif ialah mereka yg atas kesedaran sendiri mendaftar, bayar yuran keahlian kepada UMNO. Apa yang direkodkan selama ini adalah ahli UMNO yg hanya hidup di atas kertas, yuran dan sebagainya akan dibayar/ditaja oleh orang lain misalnya oleh mereka yang bertanding jawatan dalam UMNO dan sebagainya.

Ini bermakna, kalau ahli PAS digabung dengan ahli Keadilan dan PRM, maka UMNO tidak lagi layak menerajui isu perpaduan Melayu, lebih-lebih lagi nama UMNO itu sendiri dan pemimpin mereka pun bukanlah melayu sangat. Melayu baka pun tidak.

Pihak BA selaku kumpulan majoriti Melayu, maka sudah tentu mempunyai kredibiliti yg tersendiri untuk bercakap pasal isu orang Melayu. Justeru itu, saya selaku pendokong BA, sangat berbesar hati untuk mencadangkan agar pemimpin BA perlu melihat aspek perpaduan melayu dari konteks yang lebih luas dari apa yang hendak dicadangkan oleh UMNO. Perlu diingatkan bahawa kalau sesebuah pertubuhan itu dipimpin oleh orang yg tidak jujur, jangan kita harap sesuatu yang jujur terbit dari buah fikiran mereka melainkan perlu dihalusi dengan teliti.

Kalau mereka jujur, mereka tak akan biarkan perpecahan Melayu dalam UMNO berlaku akibat cara yang tak bermaruah dalam kes pemecatan Dato' Seri Anwar. Rekod-rekod yang lepas menunjukkan mereka bukan bodoh dan tidak terfikir tentang perpecahan akan terjadi, tetapi mereka adalah dari jenis kepentingan diri dan kuasa yang lebih diutamakan. Kini sebahagian mereka mula sedar, dan didahului oleh ahli-ahli UMNO yang lari dari parti tersebut, bahawa sebenarnya tidak ada lagi asas untuk bersekongkol dengan pengkhianat bangsa Melayu ini. Mereka ini semuanya oportunis, ambil apa saja peluang yang ada, kemudian buang semua orang yang tidak lagi perlu... DSAI, Tok Mat, Tok sabar, Tok Mokhtar Dugung, Tok... banyak sangat yang dah kena buang.. termasuklah Tok zahid + Tok hamid... ramai lagi.

Semua ini sandiwara belaka, manusia jenis ini memang tak boleh dipercayai. Dan kita sebenarnya rugi besar dan teramat sangat kerana Malaysia telah dipimpin oleh orang ini dari konteks perpaduan melayu.

Sekarang, kalau kita nak runding, punca sebenar kepada masalah ini perlu juga kita selami dan pulihkan kembali ketahap keyakinan semula orang melayu. Salah satu formula ialah dengan memberi tumpuan khusus kepada isu DSAI. Satu Suruhanjaya Siasat Diraja perlu ditubuhkan untuk mengkaji semula kes DSAI dari akar umbi. Supaya kedudukan yang benar-benar telus dapat dipersembahkan kepada rakyat. Adalah tidak adil semua saluran pembelaan DSAI ditutup dalam masa beliau bertungkuslumus membela dirinya yang dituduh. Sedangkan orang yang menuduh berada pada kedudukan kuasa yang mengatasi segalanya. Justeru itu, DSAI perlu dibebaskan untuk dibicarakan dalam keadaan yang diberi sepenuhnya peluang untuk beliau membela dirinya.Apakah yang hendak ditakutkan sangat oleh mereka yang kononnya mempunyai bukti yang kukuh? Apakah mereka ini tidak berfikir bahawa seorang yang hanya diberi peluang bercakap dan meninjau dari jeligi pencara, mampu menggugat mereka yang lepas bebas, bukankah itu lebih hebat dan terserlah kebenarannya dari mereka yang terang-terang gagal meyakinkan rakyat, bahkan terus berbohong sambil menyatakan sesuatu yang sukar diterima akal yang waras?

Rakyat sebenarnya sudah membuat keputusan. Kita cuma menunggu masa penghukuman kepada semua durjana bangsa ini. Tunggulah..... anak cucu akan mengenang kamu semua... sebagai pengkhianat bangsa....

Abe Man


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 7 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com