Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


AWAS PAS (2)

Saudara-saudari,

Matlamat perjuangan PAS tidak akan berjaya sampai bila-bila tanpa sokongan external force disamping restu Allah Taala. External force yang dimaksudkan kejadian dan juga daya tolakan yang menganjakkan sokongan dari BN kepada PAS atau parti rakan KeADILan, DAP, PRM. PAS dan juga Fadhil Noor perlu mengakui hakikat ini dan jangan terlalu mendabik dada dengan sokongan yang diterima.

Parti KeADILan adalah untuk berbilang kaum dan adalah canggung untuk golongan tua memasukinya kerana ianya lebih radikal meskipun kerana kewujudannya maka mereka keluar dari UMNO. Jadi pilihan adalah lebih kepada PAS. Fadhil Noor jangan terkejut jika kebanyakan dari mereka ini akan mengalihkan sokongan kepada KeADILan sekiranya PAS terlalu berlembut dengan UMNO. Kebanyakan mereka yang radikal adalah lebih cenderung kepada parti KeADILan dan semangat mereka juga tidak kalah jika dibandingkan dengan pejuang PAS. Namun kita mesti ingat tentang corak populasi negara kita yang lebih menguntungkan KeADILan. Setakat yang kita boleh lihat PAS cuma boleh bertanding di kawasan yang majoritinya lebih 80% Melayu. Lebih dari itu hanya takdir yang menentukannya.

Untuk menentukan PAS terus bergerak dengan jayanya dan mendapat sokongan golongan radikal Melayu ini, PAS perlu bertegas. Dalam isu jemputan UMNO ini, PAS sepatutnya telah meletakkan syarat yang pertama mengiktiraf ROYALTI milik rakyat Terengganu, membenarkan perhimpunan aman dsbg. Ini tidak, Fadhil Noor hanya mementingkan populariti untuk masuk TV dan akhbar. Kepentingan Rakyat Terengganu terus terbiar. Kenapa jadi begini? PAS tidak seharusnya membiarkan mereka yang berkarekter LEMAH-LEMBUT ini daripada terus menjadi PENERAJU PAS. Terlalu banyak kesilapan yang telah dilakukan oleh pucuk pimpinan PAS. Fadhil Noor terlalu lembut. Kenyataannya banyak kali diputarbelitkan. Ini bukan ahli politik. Seorang ahli politik perlu merencana apa yang hendak dipertuturkan. Sekiranya tidak bersedia perlu dijawab NO COMMENT. Bukannya susah. Sekiranya sikap Fadhil Noor ini berterusan maka sekiranya berlaku sesuatu dibelakang hari, beliau akan dituduh sebagai "MOLE" UMNO.

Sekiranya saya ini berupaya, akan saya gerakkan rakyat Terengganu untuk kearah Kemerdekaan. Tapi apakan daya. Situasi tidak mengizinkan.

Sekian

Abdullah Khurasan
United Kingdom

.......................................................................................
Harap maaf sebahagian artikal ini dibuang untuk tujuan penyiaran


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 25 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com