Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


AWAS PAS

Assalamualaikum

Saya merasa terpanggil untuk menyatakan perasaan kekecewaan saya apabila PAS menerima jemputan UMNO untuk menyertai perbincangan mengenai perpaduan Melayu. Adalah jelas bahawa PAS tidak pernah serik dan sentiasa pasrah terhadap takdir dalam isu-isu yang sebegini rupa. PAS tidak pernah belajar dari peristiwa lalu seperti pemecatan dari BN, keluarnya S46 dalam gabungan dan sebagainya. PAS seolah amat bangga dengan konsep perjuangan Islam tanpa memikirkan jerat, ranjau dan tipu helah musuh2. Perlu diingat kepada pemimpin PAS bahawa kemenangan bukan hanya boleh dicapai dengan semangat dan tekad saja tapi melalui tipu muslihat.

Ingat bagaimana Khalid ibn Walid mencapai kemenangan dalam Perang Yarmuk. PAS kena belajar dari sudut strategi. Memerangi UMNO bukannya sama dengan memerangi Pendatang Tanpa Izin. UMNO diperlengkapkan dengan media-massa dan juga pakar pengiklanan Yahudi seperti Saachi. Mereka ini yang menjadi jurucakap UMNO untuk mengabui rakyat. Fadhil Noor seharusnya membentuk think-tank dari kalangan yang cold-blooded bukannya yang lemah-lembut macam penari inang.

Saya mengambil masa 9 tahun untuk memujuk kebbanyakan ahli keluarga saya termasuk bapa saya yang 45 tahun dalam UMNO untuk masuk PAS. Sekiranya PAS memilih untuk bersengkongkol dengan UMNO, maka usaha kami adalah sia2. Lebih baik kami masuk UMNO semula. Paling kurang dapat duit, kerbau-lembu atupun kontrak tertentu. Kami mengorbankan semua ini kerana menyedari perjuangan dalam UMNO sudah terpesong. Sekiranya PAS memilih untuk berkompromi dengan UMNO dengan secara automatik PAS mengiktiraf dasar perjuangan UMNO.

Sekiranya itulah yang dipilih oleh PAS maka saya akan memulakan usaha saya berkempen untuk memulihkan kembali UMNO bermula di Terengganu. Jadi saya harap agar perkara ini tidak berlaku. Kita semua bencikan UMNO dan Kingthir. Jangan terlalu terikut-terikut cakap golongan bacul dalam PAS yang berkemungkinan pengintip (mole) UMNO.

Terimakasih

Abdullah Khurasan


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 17 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com