Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Zam naik rumah orang tanpa salam!

Siri ke-2 pendedahan pembodek Mahderrr

Dalam siri pertama, kita telah dedahkan campur tangan Zainuddin Maidin (Zam) @ Awang Selamat yang baru dilantik Mahder Mamat untuk jadi perosak Kementerian Penerangan.

Zam telah mengganggu tugas-tugas penerbit dan pemberita di bilik berita RTM1 dan RTM2 untuk memastikan setiap perkataan, visual dan kepentingan Mahder dijaga sepuas-puasnya.

PENDEDAHAN KE-2: Dalam konspirasinya menyerang pembangkang, Zam telah menghubungi banyak pihak. Dua minggu lepas, masa Zam nak hentam Malaysiakini.com, Zam telah menghubungi tokoh pejuang & bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu, Said Zahari (atau Pak Said).

Tetapi Pak Said tak mahu ditemubual sebab dia tahu sangat perangai Zam masa di Utusan dulu.

Sebab bernafsu sangat nak bodek Mahder, ZAM menyerbu rumah Pak Said dengan crew (kakitangan) RTM, wartawan dan jurukamera. Zam sendiri yang temubual Pak Said! Gila apa Zam yang kononnya jadi setiausaha parlimen (hamba suruhan Mahder)?

Cara Zam ambush (serang mendadak) Pak Said dan terus pasangkan kamera menyebabkan Pak Said terpaksa buka mulut dan bercakap... walau hatinya tidak mahu dan berat...

Geng-geng reformasi di RTM bengang dengan perangai monyet Zam sekor ini. Orang UMNO di RTM juga pening nak layan Zam. Ahhh, padan muka!

TUNGGU siri ke-3 pendedahan agen konspirator ZAM ZAM ala KAZZAM


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 28 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com