Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Pendedahan kerenah Zam di RTM

Zainuddin Maidin (Zam) atau juga dikenali "Awang Selamat" yang suka menghentam PAS dan memperlekehkan Islam dan ulama kini bermaharajalela di RTM.

Dia pernah kata orang PAS anggap Ustaz Fadzil Nor dan Tok Guru Haji Hadi Awang sebagai "nabi" Akibatnya dia kena saman & kalah saman...

Jawatan barunya sebagai Setiausaha Parlimen dimulakan dengan melawat Rumah Putih semasa majlis angkat sumpah Presiden Amerika, George Bush.

Bila balik ke Malaysia, dia -- dengan kemudahan RTM1 dan RTM2 serta radio2 milik kerajaan (wang rakyat) -- melanyak Malaysiakini, sebuah laman web yang bebas dan banyak siarkan kenyataan pembangkang dan mengkritik Mahathir.

Tetapi oleh kerana strateginya jahat dan gopoh, maka banyaklah kesilapan, kepalsuan dan putar-belit fakta dibuat untuk menyerang Malaysiakini. Tetapi sebagai alat Mahder, dia tak peduli etika atau tidak - yang penting maha-boss suka... hehehe

Untuk memastikan kakitangan RTM menunaikan arahannya, Zam mengacau di bilik-biik berita dan memeriksa setiap patah perkataan sama ada membodek Mahder atau menghentam pembangkang secukupnya.

Ramai kakitangan RTM yang bertygas secara profesional tidak suka pada Zam. Kakitangan yang pro-Anwar, pro-reformasi dan pro-BA diawasi dengan teruk. Itulah tujuan Mahder masukkan Zam di kandang RTM -- supaya menyalak setiap hari!

Peranan Zam sama juga Chamil Wariya, seorang lagi penulis upahan yang diambil dari Utusan Meloya, untuk memburuk-burukkan Datuk Seri Anwar ketika beliau dipecat dan memutar-belitkan fakta sehingga rakyat hilang keyakinan kepada media. Bagus gak 'kan, hehehe?

Seorang lagi alat Mahder ialah A Kadir Jasin yang mula memutar-belitkan berita Bernama. Sebelum Kadir masuk, Bernama mula nak jadi sedikit independen tetapi Kadir mengharu-birukan pejabat berita Bernama.

Ikutilah laporan selanjutnya perangai Zam.... Kadir... Chamil....


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 22 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com