Assalammualaikum,
Saya ingin meluahkan perasaan tidak puas hati saya kepada PAS. Kenapa senang je pimpinan PAS tanpa menjaga dan merujuk kepada ahli ketika memutuskan untuk berunding dengan UMNO.
UMNO is munafik..... zaman Dato' Asri dah mengajar kita tentang erti MUNAFIK laknatullah tersebut. Saya rasa dalam hal ini, baik lagi IPF yang meminta pendapat daripada peringkat grassroot. Pelawaan MIC kepada IPF adalah ibarat seperti pelawaan UMNO kepada PAS.
Kebetulan memang Allah dah takdirkan perkara ini berlaku supaya kita dapat membuat perbandingan. Sesungguhnya para pimpinan PAS tidak MAKSUM. Mereka juga boleh melakukan kesilapan. Jangan cuba menjadi Hero kerana UMNO berperang menggunakan cara Yahudi iaitu dengan menggunakan senjata Psycho. Kini, penyokong PAS dah ada yang berbelah bagi dan tidak sependapat sesama sendiri ( Ini adalah kenyataan)mengenai isu ini.
Adakah pimpinan pernah membuat SURVEY terhadap ahli. Mari kita minta Helmi Harun membantu supaya dapat kita lihat APA KATA SURVEY. Ini belum lagi kalau ditanya pendapat komponen BA. Sepatutnya, sebelum membuat sesuatu keputusan besar, SURVEY mestilah dijalankan Saranan saya, walau apapun hujah PAS, adalah tidak elok untuk berunding dengan UMNO.
Jikalau serius nak berunding mengenai masalah negara, berundinglah melalui BA. Jemputan kepada PAS melalui Letterhead UMNO merupakan perangkap wahai para bistari sekalian...Wah... Smart betul USTAZ Nasharuddin... Inilah akibatnya jikalau menggunakan MAjlis Tertinggi untuk membuat keputusan yang sebegini penting. Nampaknya PAS dah mula nak jadi UMNO melalui MT nya. Sepatutnya hal yang akan melibatkan perselisihan pendapat di antara ahli dan BA hendaklah dirujuk kepada mandat ahli, melalui sidang tergempar dan usul. Ini tidak, Mahfuz kata lain, yang Ustaz Fadzil kata lain.... dalam hal ini saya menyokong perndirian saudara Mahfuz dan Ezam yang terang-terang menolak perundingan tersebut.
Saya melepaskan geram saya ini bukanlah kerana saya benci akan PAS tetapi cuma ingin mengingatkan pada yang lupa. Janganlah kerana saya mengkritik pimpinan saya diCOP sebagai ahli UMNO atau pengkhianat. Jikalau ada terlintas perkataan begitu, tak ubah ler seperti UMNO@DAJJAL. Kalau saya dapati PAS berkompromi dengan UMNO@DAJJAL, maka tiada UNDI saya untuk 2004.
Maaf jika terkasar bahasa.....
Anak Watan