Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Kerajaan galakkan ternak lembu di ladang sawit

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Negeri pada dasarnya menggalakkan perternakan terutama lembu di ladang-ladang kelapa sawit. Pihak yang paling mudah menceburi bidang ini ialah sektor perladangan kerana ia memiliki ladang kelapa sawit yang luas. Ladang kelapa sawit terdapat di semua daerah di Terengganu dari Kemaman ke Besut dan adalah satu sumber ekonomi penting di negeri ini. WARTA difahamkan bahawa Jabatan Pertanian Negeri menggalakkan pihak peladang menceburi ternakan lembu secara projek integrasi.

Ini adalah satu kaedah membantu kerajaan negeri menambahkan jumlah ternakan lembu bagi memenuhi permintaan dalam negeri yang kian bertambah. Ia juga boleh menambahkan hasil negeri dan pendapatan rakyat dan membantu negeri ke arah berdikari dalam bidang makanan. WARTA juga difahamkan jika ternakan lembu, kambing dan biri-biri di ladang-ladang kelapa sawit dijalankan, ia akan menjadikan sektor ternakan satu dari sumber ekonomi penting negeri. Bagi mengatasi kekurangan ikan di pesisir pantai, Kerajaan Negeri menggalakkan para nelayan berpakat menceburi perikanan di laut dalam.

Kerajaan Negeri memang menyedari bahawa sumber-sumber perikanan laut terancam dan untuk mengatasinya nelayan terpaksa pergi ke laut antarabangsa. Kerajaan Terengganu mempunyai wawasan untuk menghasilkan bahan makanan sendiri. Antara tumpuan utamanya ialah terhadap tanaman strategi utama seperti padi, sayuran, buah-buahan dan tanaman tertentu seperti pisang, tembikai, betik dan jagung. Terengganu juga mempunyai potensi mengeluarkan limau madu dan rozel.


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 26 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com