Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


280 pelajar dan fakir miskin terima sumbangan

SETIU: Seramai 150 orang dari kalangan fakir miskin dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit menerima sumbangan wang, barangan dapur dan beras sempena Idul Fitri, di Masjid Bukit Cempaka, baru-baru ini. Sumbangan tersebut disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar, Haji Abu Bakar Chik.

Ketika berucap di majlis itu beliau melahirkan rasa dukacita kerana masih terdapat ramai golongan fakir miskin di negeri ini. Katanya, Terengganu di tangga ketiga kemiskinan tertinggi meskipun sejak lebih 20 tahun menikmati hasil royalti petroleum. "Gelaran Terengganu negeri kaya rakyat miskin amat tepat sekali dan perlu ditangani segera," ujarnya. Sementara itu, seramai 130 orang pelajar menerima sumbangan pakaian sekolah di Dewan Sivik Batu Rakit. WARTA dimaklumkan, setiap seorang menerima dua pasang pakaian sekolah.


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 26 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com