Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Mencari sumber lain ganti rompakan royalti

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Negeri berusaha sedaya upaya untuk mencari sumber lain bagi menampung kekurangan sumber pendapatan negeri, hasil dari rompakan royalti minyak oleh Kerajaan Persekutuan. Menteri Besar Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berkata, bagaimanapun Kerajaan tidak akan membatalkan apa yang dijanjikan dalam manifesto pilihan raya umum yang lalu.

Katanya, Kerajaan terus menghapuskan cukai pintu rumah kediaman, tol di Jambatan Sultan Mahmud, menaikkan kadar bantuan am kepada orang miskin dan lain-lain lagi. "Kita akan teruskan dengan keputusan kita sebagaimana yang kita janjikan sebelum ini dalam manifesto," katanya ketika hadir di Majlis Jamuan Idul Fitri anjuran Persatuan Penjaja dan Peniaga-Peniaga Kecil Cawangan Kuala Terengganu di Perkarangan Pasar Kedai Payang, baru-baru ini.

Menurutnya walaupun Kerajaan menghadapi masalah rompakan royalti itu, Kerajaan masih berjaya memberi bonus kepada kakitangannya lebih awal jika dibandingkan dengan Kerajaan Pusat. Berhubung dengan isu royalti minyak Kerajaan sudah siapkan dokumen untuk membawa kes itu ke Mahkamah bagi mengetahui sejauh mana keadilan yang mahu dilaksanakan oleh institusi kehakiman di negara ini.

"Terpulang kepada keputusan keadilan, yang penting kita mahu hak rakyat Terengganu dikembalikan, itulah yang penting", tegasnya. Di majlis yang sama beliau turut membidas akhbar tertentu yang suka memetik berita buruk tentang Terengganu untuk disiarkan bagi tatapan umum. Beliau menyifatkan tindakan sedemikian seperti seorang yang lalu di bawah sepohon kayu yang banyak berbuah dan baik buahnya tetapi mengutip buah yang buruk di atas tanah.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Peniaga Kecil dan Hal Ehwal Pengguna Haji Roslan Ismail mewakili Pengerusi jawatankuasa itu Haji Mohd. Abdul Wahid Endut, Yang Dipertua Persatuan itu, Tengku Jalal Tengku Nara turut hadir dan berucap di majlis berkenaan. Terdahulu dari itu Menteri Besar berkesempatan melawat keadaan pasar berkenaan diiringi oleh Haji Roslan dan Tengku Jalal. Tuan Guru Haji Abdul Hadi pernah melawat pasar itu tahun lalu, meninjau keadaan pasar dan perniagaan di situ.


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 22 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com