Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Terengganu bina 539 buah rumah PPRT

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Negeri membina sebanyak 539 buah rumah di bawah Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) sepanjang tahun lalu. Di bawah program tersebut, Kerajaan Negeri membina rumah baru bagi golongan fakir (PPRT) serta memperbaiki semula rumah yang mengalami kerosakkan. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Sosial dan Kesihatan, Haji Abu Bakar Abdullah berkata, Kerajaan Negeri amat prihatin terutama terhadap golongan fakir miskin.

Katanya, menjadi kewajipan Kerajaan membela nasib golongan rakyat miskin serta tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sosial. "Kita telah membina 539 buah rumah PPRT di seluruh negeri sepanjang tahun lalu," jelasnya ketika ditemui di Wisma Darul Iman, baru-baru ini. WARTA dimaklumkan, Kerajaan Negeri memperuntukan lebih RM1 juta di bawah program PPRT bagi seluruh Negeri Terengganu.

Haji Abu Bakar berkata, di bawah Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) sahaja sebanyak 260 rumah PPRT dibina dengan peruntukan berjumlah RM183,933. Manakala, di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri (JKM) sebanyak 100 buah dengan peruntukan RM200,000. Katanya, Kerajaan Negeri sentiasa memantau perkembangan di bawah program PPRT dari masa ke semasa. Menurutnya, pembelaan yang sewajarnya akan disalurkan terutama kepada golongan kurang bernasib baik bagi mengurangkan kadar kemiskinan di negeri ini.


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 22 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com