Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Masyarakat Tionghua gembira nama Jalan Kampung Cina dipulihkan

Oleh IDRIS MUHAMMAD

KUALA TERENGGANU: Masyarakat Cina sekitar Bandar Kuala Terengganu rata-rata merasa lega dan menyambut baik langkah Kerajaan Negeri menukar nama Jalan Bandar kepada Jalan Kampung Cina. Bekas peniaga veteran peranakan Terengganu, Puan Ow Suat Choo, 93 menyambut baik langkah Kerajaan Negeri yang menunaikan permohonan kaum tionghua menukar nama kampung tersebut kepada nama asal. Permohonan itu pernah dikemukakan dalam satu majlis dialog antara pimpinan Kerajaan Negeri yang diketuai oleh Menteri Besar, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dengan kaum itu di Kampung Tiong baru-baru ini.Puan Ow yang juga penduduk tertua di kampung itu berkata, kerajaan sekarang sangat prihatin akan rayuan masyarakat Cina di

sini kerana sentiasa mengadakan pertemuan dan dialog sejak mula menerajui negeri. "Sikap yang ditunjukkan ini cukup berbeza dengan Kerajaan terdahulu yang kurang memberi tumpuan kepada kaum tionghua di sini," katanya. Seorang peniaga Encik Tan Heng Seng, 70 mengalu-ngalukan kesudian Kerajaan berbuat demikian dan kaum tionghua mengucapkan terima kasih atas kerjasama Kerajaan itu.

Ketika ditemui WARTA beliau menyatakan langkah kerajaan sekarang menukar kembali Jalan Bandar ke jalan asal, iaitu Jalan Kampung Cina, sememangnya dialu-alukan. "Ianya mengingatkan kita kepada cerita-cerita lama yang antara lainnya termasuk bagaimana masyarakat Cina boleh sampai ke sini," katanya. Encik Alcoh Wong Yahow memberitahu, kerajaan sekarang mengambil sikap yang cukup bagus. "Dulu kita terpaksa meletakkan nama Jalan Kampung Cina di belakang nama Jalan Bandar dalam alamat urusan perniagaan kita tetapi sekarang tidak lagi dan ini sangat menyenangkan," jelasnya.

Sementara itu Encik Tan Eng Leong, 82 mengetuai Satu keluarga Cina yang dikira paling lama datang dan mendiami kampung tersebut menyatakan sokongan penuhnya atas usaha Kerajaan itu menunaikan permohonan kaum tionghua. "Inilah sebuah kerajaan yang baik, yang sepatutnya dicontohi oleh kerajaan-kerajan yang lain," katanya. Menteri Besar Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menyebut perkara ini sewaktu ditemuramah WARTA dan Straits Times Singapore di Wisma Darul Iman baru-baru ini.

Jalan itu, asalnya dikenali dengan Jalan Kampung Cina Kemudian ditukar kepada Jalan Bandar sewaktu pemerintahan yang lalu sekitar tahun 1990-an. Jalan berkenaan yang panjangnya kira-kira satu setengah kilometer menghubungi Kedai Binjai dan Kedai Payang di sini.


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 22 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com