Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Anggota JKKK tetak ketua kampung

BESUT : Pengerusi Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR) Hulu Besut membuat laporan polis berhubung dengan kejadian beliau ditetak oleh seorang yang disyaki menganggotai pertubuhan haram, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). Kejadian yang berlaku di Kampung Tanjung Alir, Alor Keladi baru-baru ini, dipercayai berpunca dari keengganan ahli JKKK berpindah dari tanah haram yang diberi notis perpindahan sebanyak tiga kali oleh Pejabat Tanah dan Galian Negeri (PTG).

Penyelia Unit Pembangunan Insan (UPI) Hulu Besut, Ibrahim Mamat memberitahu WARTA, mangsa Mohmad Razali Harun 41, hanya mengalami cedera ringan dan dirawat di Hospital Daerah Besut. Bagaimanapun, Ibrahim kesal dengan kejadian tersebut dan tindakan sedemikian disifatkannya sebagai tindakan provokasi terhadap Kerajaan Negeri. "Jika yang terbabit berfikiran waras, dia tak tergamak mengikut nafsu menetak orang lain. Ia merupakan satu percubaan menghuru-harakan masyarakat," ujarnya.

Pihak yang berkenaan mesti akur dengan arahan PTG kerana pihak berkuasa bertindak mengikut undang-undang negeri dan orang ramai pasti memahaminya kerana tanah yang diduduki itu adalah milik Kerajaan.


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 22 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com