Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


YPU pelawa usahawan ceburi sektor Maritim

KUALA TERENGGANU: Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) mempelawa para usahawan menceburkan diri dalam industri maritim, suatu industri yang mempunyai prospek masa depan yang cerah di Terengganu. Serentak itu satu seminar sehari industri berkenaan pertama kali diadakan di Pantai Timur di Pusat Dagangan Terengganu (TTC), Jalan Padang Hiliran di sini 4 Februari lalu yang memberi pendedahan dan pengetahuan mengenai potensi keusahawanan dalam industri berkenaan kepada para usahawan.

Pengurus Besar YPU Haji Wan Nawawi Ismail ketika membuat kenyataan kepada WARTA berkata, usahawan Terengganu juga didedahkan dengan peluang penerokaan perniagaan yang akan wujud selaras dengan perkembangan industri meritim di samping mengenengahkan peluang perniagaan untuk pengusaha atau usahawan maritim yang sedia ada.

Dalam seminar tersebut empat kertas kerja dibentangkan termasuk Kertas Kerja Bertajuk Industri Maritim- Prospek Potensi Keusahawanan yang dibentangkan oleh Pensyarah Kolej Universiti Terengganu, Dr. Shaharuddin, peluang Keusahawanan Industri Maritim Pelabuhan Kemaman, oleh Kemaman Supply Base (KSB) dan Lembaga Pelabuhan Kemaman.

Cadangan Pembangunan Kompleks Industri Maritim Bersepadu Pulau Duyung- Satu Peluang Keusahawanan oleh MARA Shipyard & Engineering Sdn. Bhd. Dan Pakej Kemudahan Kewangan Dalam Industri Maritim oleh Bank Industri.


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 21 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com