Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Qurban Perdana Idul Adha masih dibuka

KUALA TERENGGANU: Penyertaan Qurban Perdana sempena Idul Adha tahun ini masih dibuka kepada umat Islam baik dari yang bermastautin di Terengganu mahu pun dari luar Negeri. Mereka yang berminat diminta membuat tempahan segara kepada Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Terengganu selewat-lewatnya pada 20 Februari ini. Sila hubungi Urusetia untuk mendapatkan maklumat. Menteri Besar Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan lain-lain pembesar negeri akan bersama-sama orang ramai dalam majlis ibadat Qurban Perdana itu yang antara lain bertujuan untuk mengumpulkan orang ramai dari dalam dan luar negeri berhimpun sambil beribadat di Terengganu.

Ia adalah satu kegiatan galakan pelancongan untuk menarik orang luar datang ke Negeri Terengganu. Majlis itu diadakan di Tapak Taman Rekriasi Teluk Ibai, Chendering di sini, 6 Mac depan. Pengerusi Jawatankuasa Syura Rakyat, Imam masjid seluruh negeri dipanggil dalam satu majlis taklimat qurban berkenaan di Dewan Teater Wisma Darul Iman baru-baru ini supaya mereka memainkan peranan mengumpul penduduk kampung menyertai qurban itu. Beribu-ribu orang diduga membanjiri majlis itu. Setiap satu bahagian qurban dikenakan RM250 saja.


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 21 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com