Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Kutipan zakat Terengganu RM20.7j

Oleh SUHAIMI TAIB

KUALA TERENGGANU: Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) berjaya mengumpul zakat berjumlah RM20,757,142.50 tahun lalu berbanding RM20.4 juta tahun sebelumnya.

Ia melepasi sasaran MAIDAM pada kadar RM15 juta setahun. Kuala Terengganu merupakan daerah penyumbang terbesar zakat tahun itu, berjumlah RM13,058,626.45, kerana ia merupakan ibu negeri dan pendapatan penduduknya pula lebih tinggi berbanding daerah lain. Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Dato’ Mamat Abdullah berkata, zakat wang atau simpanan merupakan penyumbang terbesar berjumlah RM8,785,876.20 berbanding jenis zakat yang lain.

Katanya, MAIDAM mengagihkan zakat kepada lapan asnaf termasuk Faqir, Miskin, Amil, Muallaf, Riqab, Al-Gharimin, Fisabilillah dan Ibnus Sabil, berjumlah RM13,847,865.18 manakala agihan terbesar ialah kepada asnaf miskin berjumlah RM7,002,364.44. Beliau berkata demikian ketika membuat kenyataan berhubung dengan pungutan dan agihan zakat tahun lepas di sini baru-baru ini.

Katanya, daerah Kemaman merupakan daerah kedua selepas Kuala Terengganu, menyumbang zakat terbanyak berjumlah RM2,588,938.92, diikuti Besut (RM1,877,077.17), Dungun (RM1,472,875.37), Marang (RM696,591.09), Hulu Terengganu (RM683,730.38) dan yang terendah ialah Setiu (RM379,303.12). Sementara itu Zakat Perniagaan menyumbang sebanyak RM6,285,962.77, Fitrah Wang (RM3,137,764.93), Zakat Gaji (RM1,973,754.51), Zakat Tanaman (RM488,688.30), Fitrah Beras (RM48,288.34), Zakat Emas (RM24,847.45) dan Zakat Binatang (RM11,960). Dalam pada itu MAIDAM mengagihkan zakat kepada asnaf faqir berjumlah RM3,271,953.39, Fisabilillah (RM1,934,867), Amil (RM866,204,62), Muallaf (RM482,746.36), Ibnus Sabil (RM61,312.70), al-Gharimin (RM226,114.90), Riqab (RM2,000) dan Pulang balik hasil serta hapus kira perbelanjaan lain (RM301.77).

Justeru, MAIDAM dan seluruh kakitangannya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua penyumbang zakat tahun lalu. Dato’ Mamat berkata, MAIDAM meletakkan motto ‘Zakat membawa berkat, mensyukuri nikmat’ sekaligus berusaha melipatgandakan lagi kutipan tahun ini. Katanya, zakat juga berupaya menampung kekurangan hasil negeri akibat rompakan royalti petroleum yang dilakukan oleh Kerajaan Pusat. Oleh itu MAIDAM amat mengalu-alukan sumbangan zakat dari semua lapisan masyarakat umat Islam sama ada dari dalam atau luar negeri.

Justeru itu sesiapa yang ingin menyumbangkan zakat boleh menghubungi Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM di alamat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu, Pusat Pentadbiran Islam Terengganu, Kompleks Seri Iman, Jalan Sultan Mohamad, 20519 Kuala Terenganu, Tel: 09-6252525 Sambungan 2259 dan Faksimili: 09-6248134.


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 21 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com