Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Brig. Jen. Hashim kunjungi MB Terengganu

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sering dikunjungi tetamu kehormat di pejabatnya, sebagai pemimpin Kerajaan Negeri. Justeru baru-baru ini, Menteri Besar menerima kunjungan hormat Brigedier Jeneral Dato’ Hashim Yahaya dan seorang pegawai tentera di pejabatnya di Wisma Darul Iman.

Kunjungan itu sebagai kunjungan perpisahan kerana Dato’ Hashim akan bertugas ke negeri lain. Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai Panglima 8 Briged Kem Pengkalan Chepa, Kota Bharu Kelantan yang memerintah tentera di dua buah negeri termasuk Kelantan dan Terengganu.

Perjumpaan kira-kira 45 minit itu membolehkan dua tenaga penting dalam dua bidang berlainan (tentera dan politik) bertukar-tukar fikiran dan menimba pengalaman masing-masing. Mereka berdua juga bertukar-tukar cenderahati sebagai kenang-kenangan.


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 13 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com