Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Pendidikan Keselamatan Jalan raya perlukan pendedahan di peringkat sekolah

KEMAMAN: Kerajaan menggalakkan supaya pelajar sekolah didedahkan dengan pendidikan keselamatn jalan raya agar kesedaran sivik berhubung dengan soal keselamatan itu ditanam di peringkat persekolahan lagi. Ini memandangkan soal kemalangan jalan raya semacam suatu fenomena yang menghantui sistem perhubungan Malaysia hari ini akibat kecuaian masyarakat mematuhi peraturan jalan raya. Justeru satu Pertandingan Akhir Pendidikan Peringkat Negeri Terengganu diadakan di Kemaman baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Sosial dan Kesihatan, Haji Abu Bakar Abdullah menyampaikan piala kepada peserta dari Sekolah Menengah Chendering Kuala Terengganu yang muncul sebagai johan keseluruhan pertandingan tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita dan Hubungan Antara Kaum, Haji Awang Jusoh, Pegawai Daerah Kemaman, Haji Mohd. Mukhtar Ismail dan beberapa orang pegawai keselamatan turut hadir di majlis penutup program berkenaan. Haji Abu Bakar dalam ucapan di majlis itu percaya, melalui pendidikan dan pendedahan mampu menimbulkan kesadaran dan pengetahuan kepada pengguna untuk lebih berhati-hati di jalan raya.

..................................................
Warta Darul Iman


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 13 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com