Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Jalan dibaiki perlu siap segera

KUALA TERENGGANU: Para pengguna jalan raya yang berulang alik antara pekan KualaTerengganu dan Kuala Berang kini tidak lagi menghadapi masalah apabila jalan yang rosak di sekitar Simpang Tok Ku telah siap dibaiki. Orang ramai berpuas hati dengan keadaan jalan yang sudah baik itu. Pemandu boleh memandu dengan selesa untuk sampai ke tempat yang dituju dan jalan yang baik itu memungkinkan kenderaan masing-masing tidak mudah rosak.

Bagaimanapun kerja membaiki jalan sepanjang kira-kira lima kilometer antara lampu isyarat simpang Tok Ku menghala ke Kuala Berang mengambil masa yang agak lama yang banyak menimbulkan kepayahan lalu lintas. Pengguna jalanraya antara Kuala Berang ke bandar Kuala Terengganu kadang-kadang menggunakan jalan lain walaupun lebih jauh. Dengan demikian mereka lebih selesa dan lebih cepat tiba ke tempat yang dituju.

Tinjauan yang dibuat oleh WARTA mendapati jalan ke Kuala Berang itu sewajarnya dibaiki cepat kerana ia adalah satu daripada laluan penting menuju ke ibu negeri. Urusan membaikinya adalah dalam bidang tanggungjawab Kerajaan Persekutuan. Projek itu dikendalikan oleh syarikat yang diluluskan oleh Kerajaan Pusat. Masalah yang timbul dulu ialah kerja di sepanjang kira-kira lima kilometer itu tidak mengikut kebiasaan iaitu sebelah jalan dibaiki manakala sebelah lagi dibiarkan dulu supaya dapat dilalui oleh kenderaan.

Mengikut sumber pekerja-pekerja Jabatan Kerja Raya Negeri (JKR), biasanya kerja-kerja membaiki disiapkan sebelah demi sebelah. Setelah siap sebelah jalan, maka barulah dikerjakan sebelah lagi. Dengan demikian kerja membaiki tidak mengganggu lalu lalang kenderaan. Tetapi jika kerja membaiki dan melebarkan jalan dijalankan di selebar-lebar jalan itu, kenderaan yang terpaksa lalu adalah seperti berjalan di tanah yang tidak ada jalan.

Keadaan jalan itu telah rosak sejauh lima kilometer dari Wakaf Beruas ke Padang Midin. Projek membaikinya mengambil masa lama kerana proses pengambilan tanah dan sebagainya. Tetapi apabila kerja membaiki berjalan, jalan yang boleh dilalui selama ini pun tidak boleh digunakan. Persoalan yang timbul ialah orang ramai yang tidak tahu apa-apa, mudah menyangka ia sebagai satu kelemahan kerajaan baru. Tetapi membaiki jalan tidak kena mengena dengan kerajaan lama atau kerajaan baru.

Jika cara-cara membaiki jalan dibuat mengikut kaedah biasa JKR, maka ia tidak menimbulkan banyak masalah. Antara jalan-jalan persekutuan ialah dari simpang Tok Ku menghala ke Batu Enam, dari Batu Enam menghala ke Besut, dari Batu Enam ke Merang melalui pantai, dari simpang Tok Ku hingga ke Bulatan Penyu, dari Bulatan Penyu ke sempadan Pahang, dari Bulatan Penyu ke Taman Shahbandar dan dari Ajil hingga ke Jabor.

..................................................
Warta Darul Iman


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 13 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com